Sunday, March 4, 2012

Sahabat Sejati Aku...

Aku mempunyai ramai kawan rapat sejak dulu lagi.Kawan sejati adalah yang benar-benar faham dengan sikap,tabiat serta sifat aku..Sahabat sejati aku adalah sahabat atau rakan baik yang turut sama-sama berkongsi susah senang dengan pasangannya.Diaorang ini rapat dengan aku adalah melalui hati yang ikhlas dan jujur sepertimana hubungan aku dengan dia.Bukan senang nak dapat kawan macam ni...Bukan bermaksud aku tak berkawan dengan orang lain..cuma yang ini merupakan rakan sejati..
Encik Abd Majid Md Jais...sahabat sejati aku semasa aku bertugas di Pejabat Tanah Jasin,Melaka bermula pada 1986 dulu.Beliau sekarang bertugas di Jabatan Tanah & Permetaan, Putrajaya (maaf Jade kalu silap nama jabatan ko..)..Dia ni sejak bujang lagi memang kamcing dengan aku dan kehulu kehilir memang dengan Majid ni...Masa dia kahwin ni ,aku jadi pengapit dia....Hubungan aku sampai dengan dia sampai sekarang masih mesra. 
Encik Ismanizam Yahaya,rakan karib aku jugak...berasal dari Kuala Kangsar,Perak,Encik Ismanizam ni aku kenal semasa aku sama-sama bekerja di Samsung Corning.Ismanizam boleh dikatakan sahabat yang terlalu rapat dengan aku serta seluruh keluarga aku mengenali dia.Ismanizam boleh dikatakan antara sahabat yang sanggup bersama-sama aku menghadapi apa jua kisah pahit manis selama ini.Ramai yang anggap antara aku berdua ini merupakan pasangan paling rapat di Samsung..sampai ada yang cakap..dimana ada Rosly,disitu ada Isma....dimana ada Isma,disitu mesti ada Rosly...
Huyooo....bergambo siap ada air terjun belakang tu yob..Miker memang berani yob..

Apapun,aku dengan Ismanizam merupakan pasangan sahabat sejati....Tahniah Yob !kerana sudi berkawan dengan teman..hehhehe
Tahniah Yob ..You sekarang dah jadi Chairman NSSDC untuk penggal 2012 - 2014...Teman berbangga yob !
Dimana ada Rosly,disitu ada Ismanizam...Dimana ada Ismanizam,disitu mesti ada Rosly..Itulah sahabat sejati..
Spiderman jumpa Ismanizam untuk mohon kebenaran panjat Menara KL..Tapi Ismanizam tak bagi sebab atas sebab keselamatan..Maklumlah,berkawan dengan SHO,keselamatan mesti diutamakan..Betul tak yob ? Akhirnya Spiderman ini pulang ke negara asal dia dan terus ambik upah panjat pokok kelapa....hehhehehe

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com