Setelah aku tamat pengajian di IKM Jasin dibidang Pemesinan Am,aku telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat multinasional iaitu Samsung Corning (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan.Aku berhijrah meninggalkan bumi Hang Tuah,Melaka dan meninggalkan ibu dan keluarga tercinta untuk menetap di Seremban.Aku melapurkan diri sebagai kakitangan Samsung Corning pada 23hb Januari 1995.Inilah kerjaya kedua dalam hidup aku setelah menjawat sebagai kakitangan kerajaan selama 6 tahun lebih sebelum ini.
Syukur Alhamudlilah sebab aku berpeluang untuk menyambung pengajian serta latihan di Seoul,Korea Selatan setelah sebulan melapur diri bertugas di Samsung Corning.Sesuatu kejayaan yang turut dikongsi oleh seluruh sanak saudara aku terutama ibuku yang tersayang.Beliau antara insan yang paling gembira kerana aku telah berjaya melangkah setapak lagi sambil mengharumkan nama beliau dan keluarga serta seluruh penduduk kampung aku..cewahh..Terimakasih emak atas restu dan doa yang diberi dan saya takkan dilupakan hingga akhir hayat.Ibuku adalah pembakar semangat untuk aku menjadi insan cemerlang
Jejaka idaman sedang bermain salji berhampiran tempat penginapan di Kyeongi Do,Korea.Pengalaman menjejakkan kaki di 'Negara Kim Chi'...."Anyong Ha Seyo"...
Jejaka handsome ini bergambar di hadapan pintu masuk utama Stadium Olimpik Seoul.Masa tu aku punya body slim jer..macam slim river.Tapi sekarang,faham-faham ajerlah..
Inilah kengkawan yang sama-sama belajar di Korea pada masa tu..paling besar badan sebelah kiri tu En Khalid,sebelah tu Cik Azian,Al Hamzah,Aku,Fadil,Adnan dan hujung sekali Awie...semuanya dah berhenti cuma tinggal aku jer yang masih bekerja kat Samsung Corning.
Cuaca kat Korea memang sejuk masa aku baru-baru sampai (Januari 1995)..Pakai baju 4 lapis pun masih sejuk sampai ke tulang..Kalu boleh nak pakai tudung litup atau purdah sebab terlalu sejuk sekitar 5 darjah celcius..
Tapi gambar kat atas ni pulak semasa musim bunga..suhu tidak terlalu panas tapi suasana cukup menarik sebab semua pokok bunga mekar indah mengeluarkan bunga yang cantik-cantik.
Kad ini aku dapat dari Korea Muslim Federation sebagai tanda arah ke masjid Itaewon kalu tersesat.Kalu kat sini sama macam JAKIM.
Setiap hari Jumaat,aku akan ke Bandar Itaewon,Seoul untuk menunaikan Solat Jumaat.Cuma kat sini saja satu-satu masjid yang ada di Korea Selatan.Ramai jugak warga muslim di sini dan jemaah terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaysia,warga Islam dari Timur Tengah,kakitangan kedutaan serta mereka yang tugas disini.Ini saat-saat yang cukup menarik dikalangan mereka yang menyertai 'team building' semasa di Korea.Cukup menarik,terbaik dan ceria sebab memang suasana yang cukup menghiburkan....
salam tuan,
ReplyDeletenak tanya skit berkenaan company ni...ok tak keje kat samsung corning ni? saya ada interview dgn company ni minggu depan...11/12/12
En Karlx7...Maaf agak lama tak reply mesej tuan..apapun terimakasih kerana sudi menjenguk blog saya..So far, saya rasa seronok kerja di Samsung Corning...dah hampir 20 tahun..tkasih
DeleteAssalamualaikum encik. Saya ingin meminta pendapat. Saya ingin berniaga handphone. Klau boleh sy mahu direct ambil handphone dari kilang.Tetapi sy tidak tahu bagaimana caranya. Boleh encik tunjuk ajar. Dan apa document2 yg prlu sy sediakan. Dan, apa syarat2 yg dikenakan kepada pembeli. Sy harap, encik dapat tunjuk ajar kepada saya. Jasa baik encik hanya allah yg dpat membalas...terima kasih encik.
ReplyDeleteWaalaikum salam Izwan Anuar,saya sebenarnya bekerja di syarikat Samsung yang beroperasi mengeluarkan produk jenama Samsung tetapi bukan handphone...Jadi,saya kurang arif tentang jualan handphone.Apapun,En Izwan boleh hubungi rakan saya En Ismanizam Yahaya (019 6616765) dan tanya beliau bagaimana untuk jadi usahawan handphone dengan harga murah.Terimakasih
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTumpang tanya,kilang samsung taman tuanku jaafar ni mula beroperasi pada tahun bila ya?