Tuesday, January 27, 2015

ANDA SUDAH ADA INSURAN DIRI ??

Kali ini aku nak cerita sedikit tentang Insuran,,Sebut pasal insuran,macam-macam yang terlintas..,Insuran Nyawa...Insuran Diri ..Insuran Kereta..,Insuran Rumah,Insuran Harta... dan beberapa perkara yang aku sentuh berkaitan insuran...Dulu,aku cukup fobia pasal insuran..Sebut bab insuran,aku mula boring dan mula jauhkan diri dari agen insuran..Atau dengan kata lain, "Aku lebih rela bertemu harimau dari berjumpa Agen Insuran"...Tetapi......sejak akhir-akhir ini,aku dah mula sedar betapa pentingnya memiliki insuran @ Takaful...Aku tersedar betapa pentingnya " TAKAFUL " selepas aku lihat sendiri kawan rapat aku meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya..Meninggalkan seorang balu serta 2 orang anak yang masih kecil yang memerlukan kasih sayang seorang ayah.Isteri arwah tidak bekerja dan segala hutang kereta,rumah serta perbelanjaan harian ditanggung oleh arwah.Oleh kerana arwah seorang yang telah membeli dan mempunyai insuran @ takaful,segala perbelanjaan keluarga selepas beliau meninggal dunia ditanggung..Pihak syarikat insuran membayar lebih RM150,00.00 (Seratus Lima Puluh Ribu) dalam bentuk wang tunai,semua hutang rumah langsai kerana arwah mengambil insuran rumah dan keluarga yang ditinggalkan tidak terbeban dengan HUTANG !!..Difikiran aku terlintas tentang insuran,apabila aku sekarang dalam kerjaya sebagai 'Pengamal Keselamatan @ Safety Practicioner....Aku tersedar tentang insuran apabila anak aku sendiri dimasukkan hospital dan terpaksa menjalani pembedahan akibat terjatuh dari bersukan... Aku memerlukan kos rawatan yang melebihi RM30,000.00 untuk perbelanjaan hospital.Kalau aku tak ada insuran atau "Medical Card",aku terpaksa membuat pinjaman atau meminjam dari "Along" untuk membiayai kos rawatan tersebut..Dan yang paling terkesan,apabila aku sendiri dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan / pembedahan.Perbelanjaan hospital selama 2 hari sahaja telah mencecah lebih RM10k....Baru aku tersedar sekarang,bahawa insuran adalah SANGAT-SANGAT penting...

Apabila aku berjumpa dengan kawan-kawan dan bertanya tentang insuran,majoriti memandang sinis tentang insuran..Aku pun sebenarnya memang mempunyai sikap yang sama seperti mereka dahulu...Sebenarnya,kita ni masih ada sikap ego atau SOMBONG...Ego sebab tak mahu melindungi diri sendiri..Ego sebab kita yakin bahawa kita sentiasa selamat...Ego sebab kita rasa kita tidak mungkin akan terlibat dengan sebarang kemalangan....dan paling teruk,kita mungkin Ego atau Sombong bahawa kita tak mungkin mati....Betul tak ???...

Kadang-kadang,aku terfikir sendiri...Kereta dan motosikal kita ada insuran,tapi kita tiada perlindungan Insuran ??...Rumah kita ada insuran,tapi adakah ahli keluarga kita ada insuran atau takaful untuk dilindungi??..Kalau berlaku musibah kepada diri kita,apakah yang akan kita tinggalkan ?? Harta atau Hutang ??Siapakah yang perlu menanggung segala hutang piutang kita??

KISAH BENAR YANG PERTAMA  (1)
Sekarang,aku ingin berkongsi dengan anda semua macamana kisah yang terjadi menimpa diri dan keluarga aku..Aku akan berkongsi apa yang terjadi terhadap anak aku apabila ditimpa musibah..dan terpaksa masuk hospital untuk menerima rawatan..
Ini adalah kos rawatan anak aku apabila menerima rawatan hospital tahun 2014
kat atas tu adalah invoice mukasurat yang pertama..tengok invoice jumlah keseluruhan di bawah ini pulak..
Jumlah keseluruhan kos rawatan ..RM 12,400.00 (lebih kurang)
Jika ikutkan amaun diatas sebanyak RM 12,400 tu,aku memang tak mampu untuk membayar kos tersebut sekiranya duit simpanan aku hanya cukup-cukup makan jer..silap-silap ,kena buat pinjaman dengan ALONG untuk bayar bil hospital anak aku tu !.. Ini adalah kos untuk tempoh 5 hari sahaja di Hospital...Tak caya ?? sekejap,aku lampirkan discharge note selama anak aku di hospital..
Discharge note..tengok sendiri...
Ini semua kisah pada tahun 2014...

KISAH BENAR YANG KEDUA (2)

.Apapun,pada tahun 2015,anak aku Afiq masuk lagi hospital akibat diserang Demam Denggi...Aku kongsi lagi info berkaitan kos rawatan tersebut...jeng-jeng..
Admitted - 22hb Februari,Discharge 28hb Februari 2015 (7 hari)

Anak aku Afiq menerima rawatan selama 7 hari di hospital berkenaan...Terbayang dalam kepala aku pada mula-mula dia masuk wad adalah berkaitan kos rawatan ! kos rawatan ! dan kos rawatan !...So,selepas discharge,aku pun tengok bil dan kos rawatan sepanjang di hospital....perghhhh
Jumlah keseluruhan kos rawatan melebihi RM 7,000 dalam masa 7 hari...
Kalau ikut dari jumlah tersebut,aku memang tak mampu untuk membayarnya..biarlah duduk hospital kerajaan..Tapi inilah hakikatnya....Walau bagaimanapun,aku lebih terkejut kerana aku telah memperolehi elaun harian sepanjang anak aku berada di Hospital ini selama 7 hari..rupa-rupanya ada keistimewaan untuk mereka yang mengambil pakej takaful ini..Syukur Alhamdulilah,sudah bayaran hospital ditanggung oleh syarikat insuran,aku dapat pulak elaun harian....Amin...
Terkejut gila sebab dapat duit lagi....Syukur Alhamdulilah,berbaloi-baloi...

Inilah realitinya dalam kehidupan seharian kita sekiranya kita tidak mempunyai persediaan,simpanan serta 'perlindungan' terhadap diri kita....Kita kena bersedia dari sekarang sebelum apa jua yang bakal berlaku dimasa akan datang...Ianya akan terkesan dan menjadi bertambah parah sekiranya kita tidak membuat persediaan awal..Bayangkan sekiranya kereta kita tiada perlindungan insuran dan cukai jalan kita tamat tempoh..Kita akan cepat-cepat cari duit untuk memperbaharui insuran dan roadtax kenderaan kita,,Tetapi,sekiranya kita tiada insuran diri,adakah kita cepat-cepat beli insuran untuk perlindungan ??? Tepuk dada tanya diri sendiri..
Kena bertindak dari sekarang....
Aku sekarang lebih sedar tentang kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa..Aku sekarang banyak belajar tentang kemalangan sebab aku berkecimpung dalam kerjaya sebagai seorang 'safety officer'..,Pengamal Keselamatan....Setiapkali aku mengendalikan ceramah atau latihan berkaitan 'Safety", ianya akan berkait rapat tentang isu-isu kemalangan,risiko,matlamat pencegahan kemalangan serta akibat dari sesuatu kejadian kemalangan..Kesan kemalangan samada cedera ringan,parah,dimasukkan hospital,menjalani pembedahan,kos ubat-ubatan dan yang paling membebankan apabila seseorang itu meninggal dunia....Kesan dari mereka yang meninggal dunia samada "harta atau hutang" yang ditinggalkan untuk insan tersayang samada isteri,suami,anak-anak,ibu bapa serta waris terdekat...


Kini,aku mengharapkan agar pembaca blog aku ini lebih memahami betapa pentingnya insuran untuk melindungi diri kita,keluarga kita serta harta kesayangan yang kita tinggalkan sekiranya kita meninggal dunia..Mati adalah pasti dan kita tidak boleh mengelak dari menghadapi situasi tersebut..ianya akan tiba jua..

Kali ini,aku ingin memperkenalkan suatu bentuk konsep insuran yang aku rasa cukup murah dan dan cukup mudah untuk mereka yang sentiasa beri alasan tidak mahu membeli sebarang polisi insuran...Kepada mereka dan pembaca yang sudah memiliki insuran,TAHNIAH kerana anda sudah mengambil langkah bijak dalam hidup anda.. 
Tiada alasan lagi bahawa insuran ini menambah beban buat kehidupan korang semua.....Elakkan risiko yang lebih teruk yang perlu anda hadapi jika tidak mempunyai sebarang perlindungan insuran...Jika anda meninggal dunia tanpa sebarang perlindungan insuran,kami hanya mampu sedekahkan "Al Fatihah"..

Kini,aku ingin berkongsi Kad Insuran (PA-Personal Accident) dari MAA Takaful yang aku rasa memang bagus untuk semua..Ianya dinamakan kad Kasih Rakyat MAA Takaful..! Apa dia  Kad Kasih Rakyat ni?Meh sini aku terangkan lebih lanjut...Ok,Kad Kasih Rakyat ni adalah untuk Takaful Kemalangan Diri.Sebagai perlindungan tambahan jika berlaku kemalangan pada kita...dikeluarkan oleh syarikat MAA Takaful..Mengamalkan konsep syariah yang membantu antara kita sebagai pemegang Kad Kasih Rakyat..
Anda Sudah Ada Perlindungan Diri ??

Sebagai Contoh : Kita hari-hari menggunakan kenderaan samada memandu kereta atau menunggang motosikal.Samada pergi dan balik kerja atau kemana-mana sahaja menggunakan kenderaan....Kita terdedah dengan sebarang kemalangan !!!..samada kita dilanggar atau kita melanggar ...Elok sangatlah kalau ambik Takaful Kasih Rakyat ni.Tak nak amik sebab dah ada plan atau polisi lain?Tak pe walau banyak mana takaful lain korang ada, korang tetap boleh claim jugak kalo terjadi musibah atau kemalangan....(memang kita tak minta tapi ianya sebagai perlindungan)

Kenapa Aku Cadangkan Kasih Rakyat MAA Takaful?
-Anda hanya perlu bayar RM50 setahun sahaja !!..Saya ulang lagi..RM50 setahun sahaja !! Kalo terjadi apa² pada kita, family kita akan dapat jugak sumbangan...
-Kalo tak jadi apa²???Janganlah rasa rugi pulak dengan melabur RM50 setahun! ,,,,Anggap je kita sedekah dan membantu orang yang menimpa musibah.Kalo nak tunggu kita sedekah dalam setahun memang susah la kan betol tak?Anggap je jika kita pulak menimpa musibah, orang lain yang tolong kita.Itu konsep Takaful

Kenapa Orang Selalu Bagi Alasan Tak Mahu Ambil Insuran??

Duit gaji sikit masih tak cukup untuk bayar insurans..bla..bla.
Kalau gaji kita bawah RM1200, memanglah kita tak mampu nak bayar macam²...Kalo gaji dah RM2000 rugila kalo kita nak ketepikan benda penting macam ni....Sebabnya kita terlebih sibuk pikir tentang kasut, Rokok,baju, alat make up,handbag,ASTRO,Internet,tukar Smart Phone,Top Up setiap bulan??Dan sekiranya anda meninggal dunia,bil ASTRO atau duit Rokok anda tidak dapat membantu keluarga anda yang anda tinggalkan.

Tak Ada Penyakit?
Ye..aku pon penah terfikir macam ni jugak.Keluarga aku tak de penyakit merbahaya so aku pon dah tentu tak de penyakit....Giler berlagak kan??Kalo Allah nak tarik nyawa atau tetiba kita pergi dahulu??fuhh memang tak da la back up untuk family yang kita tinggalkan..Cuma kita mampu meninggalkan hutang..

Orang Lain Yang Akan Ditimpa Musibah
Kadang² kita terfikir, ...buat apa aku nak ambik insurans?..aku tak akan ditimpa musibah sebab sewaktu memandu, "orang lain yang akan kena".. perghh! ayat berani mati tu.....Bolehkah anda tahu bahawa sepanjang hayat kita, tak akan kena musibah atau kecelakaan...Adakah mati disebabkan usia je ??....Sorry bro,kanak-kanak atau bayi pun meninggal dunia dan bukan disebabkan faktor usia..Jadi,berhati-hati keluar kenyataan...hehehe

Insurans Company Sudah Ada La..
Tahu ke sampai bila nak keje situ?Mana tahu satu hari nanti kita tidak bekerja disitu?Banyak ke dia cover?setahu aku, kebanyakkan company hanya cover sikit² je.Tak rugi tambah Takaful Kasih Rakyat ni, masuk hospital jangan risau Kasih Rakyat ada faedah tunai harian...Anda tetap boleh claim untuk kemudahan tambahan..

Tak rugi pon kalo kita bayar RM50 setahun.Kalo nak amik Plan Takaful yang kena bayar mahal memang bukan semua orang mampu yela kita nak bayar sewa rumah, motor, kereta, makan minum, yuran pengasuh, pampers, susu anak dan ibu bapa.Tapi kalo terjadi kemalangan² diri pada kita seperti yang tertera sekurang²nya kita ada perlindungan.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan Plan Takaful Kasih Rakyat - MAA Takaful ini dengan membaca pamphlet yang disertakan ini.


Yang berminat nak tengok rupa kad Kasih Rakyat??
Ini rupabentuk kad kasih rakyat...(sample)
Ini kadnya.Kad ni ada tertulis tarikh mula dan tarikh tamat perlindungan anda, Bermaksud, cukup setahun korang kena renew dan memperbaharui Takaful Kasih Rakyat ini..Dengan hanya membayar lagi RM50,apalah sangat berbanding RM50 kita sanggup habiskan dengan membeli barang yang tidak berfaedah..
Bahagian belakang kad Kasih Rakyat
kad belakang ni pon ada tertera manfaat perlindungan yang diberi

hanya dengan mengisi borang Kasih Rakyat ini

ANDA BERMINAT???

(Takaful Kemalangan Diri) hanya RM 50 setahun!!!!!

Produk ini direka khas bagi memenuhi kehendak semua pihak yang berusia 16 tahun keatas

Kad Kasih Rakyat merupakan Sijil Takaful
Diperlukan mengisi borang yang mudah yang hanya mengandungi :-
-Nama.
-No. K/P
-Alamat dan No. untuk dihubungi

Nama Peserta, No. K/P dan Tempoh Takaful akan dicatat di Kad

KELAYAKAN
-24 JAM DISELURUH DUNIA (BAGI WARGANEGARA MALAYSIA) ATAU HANYA DIDALAM MALAYSIA (BAGI BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA)
-BERUMUR DARI 16 HINGGA 60 TAHUN, PEMBAHARUAN SEHINGGA 65 TAHUN
-SIHAT TUBUH BADAN DAN TIDAK MENGALAMI SEBARANG KECACATAN

PENGECUALIAN AM
-Perlindungan terhad selepas waktu kerja bagi kakitangan beruniform
-1 Kad sahaja bagi setiap pemohon
-Pemohon yang mengalami kecacatan dikehendaki supaya mengiystiharkan kecacatan mereka

SEBAHAGIAN PENGECUALIAN
-Peperangan, Perang Saudara
-Membunuh Diri, Kecederaan Yang Disengajakan
-Penyakit Termasuk Demam Denggi dan Malaria; AIDS, STD
-Mengandung Dan Komplikasi Yang Bersabit.
-Pembunuhan & Serangan Yang Didorong
-Anak kapal.
-Melanggar Undang-Undang
-Sukan Profesional, Seni Mempertahankan Diri, Aktiviti Udara, Berlumba.
-Radioaktif Dan Bahan Senjata Nuklear
-Bermotosikal Tanpa Lesen

RM 50 setahun???

S1 SIAPAKAH YANG DIKECUALIKAN MENYERTAI TAKAFUL RAKYAT?

J1Hanya pengecualian biasa seperti peperangan atau tindakan musuh asing, sengaja mencederakan diri sendiri, bunuh diri, tidak siuman, penyakit, AIDS, pengambilan dadah, kehamilan dan kelahiran anak, melakukan perbuatan yang menyalahi undang2, sukan profesional, memandu atau membonceng disemua jenis perlumbaan, memandu pesawat kecuali sebagai penumpang yang membayar tambang, memburu, mabuk, sukan mempertahankan diri, luncur air, selam scuba atau mendaki gunung.

S2 SIAPAKAH YANG LAYAK MEMILIKI TAKAFUL RAKYAT?
J- SEMUA Warga dan bukan warga malaysia berusia diantara 16 hingga 65, sihat tubuh badan tidak mengalami sebarang kecacatan fizikal layak mendaftar, walaubagaimanapun, mereka yg melibatkan diri dengan pekerjaan yang merbahaya seperti sukan profesional, perkhidmatan tentera sepenuh masa, pekerjaan di persisiran, penyelam lautan dalam, pembalakan dan yang terlibat dengan bahan letupan boleh diterima tetapi perlindungan hanya semasa luar kerja.

S3 BILAKAH PELINDUNGAN TAKAFUL INI BERMULA?
J- Perlindungan akan bermula pada tarikh anda membayar caruman dan kad KASIH RAKYAT akan dikeluarkan kepada anda.

S4 BILAKAH PEMILIK KASIH RAKYAT INI DILINDUNGI?
J- Perlindungan 24 jam,365 hari seluruh dunia bagi warganegara Malaysia dan terbatas di Malaysia sahaja bagi yang bukan warganegara Malaysia.

S5 ADAKAH KASIH RAKYAT MEMBAYAR TUNTUTAN SEKIRANYA SAYA MEMPUNYAI POLISI INSURAN YANG LAIN ?
J- Sudah tentu! pelan KASIH RAKYAT membayar selain daripada polisi lain yang mungkin anda miliki.

S6 SIAPAKAH YANG DIBAYAR JIKA BERLAKU KEMALANGAN?
J-Kematian akibat kemalangan dan khairat kematian akan dibayar kepada waris anda,lain-lain perbelanjaan yang dikenakan akan dibayar balik kepada anda.

S7 BERAPA LAMAKAH TEMPOH PERLINDUNGAN ?
J- Perlindungan anda akan berterusan selagi anda memperbaharui keahlian anda, masih dalam usia yang ditetapkan dan berterusan membayar caruman tahunan. Anda boleh membatalkan perlindungan anda pada bila2 masa sahaja dengan memaklumkan secara bertulis kepada AG Agencies Sdn Bhd atau MAA Takaful Berhad.

S8 SYARIKAT APAKAH YANG MENGURUSKAN KASIH RAKYAT INI?
J- Skim Kad KASIH RAKYAT ditanggung sepenuhnya oleh MAA Takaful. MAA Takaful adalah hasil daripada usahasama yang strategik di antara MAA Holdings Berhad dan Solidarity Company BSC (C) Bahrain, iaitu salah satu syarikat takaful yang terbesar di dunia Arab. Ditubuhkan pada 1 julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM100 juta beroperasi sebagai Pengendali Takaful Komposit dan mempunyai kekuatan agensi melebihi 25,000.

 MAKLUMAT LANJUT,HUBUNGI : MOHD ROSLY ABD JALIL (0196526265) atau email : afqbiz@gmail.com 

Friday, January 23, 2015

Pemenang Hadiah Pelekat Kereta AFQ Motorsports

Paling menarik disini yang aku nak kongsi adalah,hadiah untuk pemilik kereta yang menampal pelekat kereta AFQ Motorsports..Tampal sticker di kereta,boleh dapat hadiah...tiada tarikh luput dan selagi sticker berada di tempat tersebut...Hadiah menarik disediakan setiap bulan untuk mereka yang dikesan..
Dikesan di Senawang Industrial Park pada 1/8/2014
Sticker diberi percuma setiapkali menyertai aktiviti AFQ Motorsports...klik blog AFQ ini untuk lebih lanjut
berkaitan pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Kepada yang berjaya dikesan,sila hubungi saya untuk mendapatkan hadiah percuma..terimakasih

antara yang dikesan di bandar Seremban

Thursday, January 22, 2015

Makan-Makan di Tanjung Harapan,Kelang

Selepas pergi jalan-jalan dan ronda-ronda di GM Kelang,aku sekeluarga pergi makan-makan di Tanjung Harapan,Kelang..Restoren seafood terapung yang rekabentuknya seperti pelantar menghadap laut..cantik suasana dan time aku sampai tu,dapat gak menyaksikan matahari terbenam..Sunset !!
Ni gambo yang dapat dirakam..ada kapal berlabuh kat situ
Macam biasa,aku sekeluarga cari table yang paling tepi menghadap laut..kalu boleh ditengah-tengah laut...Terus duduk dan pekerja restoren terus menghulurkan menu list untuk aku...aku pilih ikan stim,tomyam campur,sayur kailan ikan masin,air buah 2 jug..untuk lebih mudah,aku ambik set untuk 4/5 orang...
Azim dan Afiq telah memulakan acara suapan..

Hidangan cukup menarik dan pelanggan agak ramai time tu..maklumlah,cuti tahun baru 2015 pada hari tu...Boleh kata,table semua penuh....
Amri pun bleh tahan gak...habis dipulun udang goreng tepung
Restoren ini menjadi tumpuan sebab suasana cukup menarik menghadap Selat Melaka walaupun pantai disini semuanya berlumpur dan tak sesuai langsung mandi...Restoren ini juga mengamalkan kebersihan dan tak dinafikan memang ramai pelanggan yang datang makan disini..Tak hairanlah dapat diiktiraf sebagai Premis Paling Bersih Kelas A..terbaik
Kategori A..Premis Bersih
Hidangan di Restoren ini cukup sedap dan menyelerakan dan berbaloi kalu makan disini..Ini menurut tekak aku..tekak korang,aku tak tahu..
Selesai makan,aku terus pulang ke Seremban dengan perut kekenyangan...

Wednesday, January 21, 2015

Jadi Penceramah Motivasi Di IKM Jasin Melaka

Assallamualaikum,

Agak lama aku tak menulis dalam blog ni..sibuk dengan tugas harian...kadang-kadang baru bukak PC,mata dah kuyu..Ada pulak,bila bukak PC,idea dah hilang pulak....So,time ada idea ni,aku nak kongsi cerita tentang kisah aku dijemput sebagai Penceramah Motivasi di IKM Jasin,Melaka.
Untuk kali ini,aku sebenarnya dah jadi penceramah motivasi jemputan di IKM Jasin sejak 15 tahun dulu..dah 30 kali aku dijemput sebagai penceramah motivasi terutama untuk Pelajar Baru IKM Jasin,Melaka
Biasanya ceramah yang aku sampaikan adalah waktu malam..bermula jam 9.00 hingga 1100malam..2 jam aku akan berkongsi pengalaman dan cerita kisah aku yang merupakan bekas pelajar IKM Jasin.
Aku akan berikan kata-kata semangat serta motivasi untuk semua anak-anak bangsaku...Aku berikan tips-tips yang berguna untuk mereka..
Sebagai penceramah,aku sekadar mampu menyampaikan perkara serta maklumat terbaik buat semua.Terpulang kepada mereka samada ingin menjadikan motivasi aku ini sebagai panduan atau perhatian mereka.
Aku juga dilahirkan bukan dari kalangan keluarga yang berada...Aku juga sama seperti mereka...Aku dulu telah melalui pelbagai dugaan,cabaran dan pahit getir untuk menjadi orang yang berjaya..Sekadar semangat saja tidak mampu membawa kita kemana-mana..Tapi usaha,ikhtiar dan doa amat diutamakan untuk kejayaan seseorang..
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tersebut,kecuali kaum tersebut yang mengubah nasib mereka sendiri.
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha...Peluang yang ada perlu diambil sebaik mungkin..Dimana jua anda berada,kesungguhan,disiplin dan ketekunan akan membawa anda berjaya...Itulah yang aku amalkan.
Kejayaan,Kesederhanaan dan Kegagalan adalah jalan yang kita pilih..terpulang kepada anda memnentukan halatuju diri anda...
Aku masih lagi berusaha,berkongsi idea,memantapkan ilmu,membantu orang lain serta memastikan aku tidak lupa diri dan tidak lalai terhadap suruhan Ilahi...Syukur Alhamdulilah,sehingga kini aku masih dijemput ke IKM Jasin sebagai Penceramah Motivasi demi meningkatkan jatidiri anak bangsa sendiri...Aku akan membalas jasa dan bakti untuk IKM Jasin Melaka kerana merupakan tapak permulaan untuk aku terus menempa kejayaan...Terimakasih buat semua Pengajar,Pengetua,Pihak Pentadbiran serta seluruh kakitangan IKM Jasin,Melaka yang terus memberikan sokongan terhadap aku sejak dulu lagi...Aku Cukup terharu diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan terhadap aku....Demi IKM Jasin,Melaka..aku rela bersamamu demi kejayaan semua...

Terimakasih IKM Jasin,Melaka........Sumbangan anda amat aku hargai dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..IKM Jasin Melaka,nama mu tetap di atas !!!

Ronda-Ronda Ke Kelang

Selamat Tahun Baru 2015...Sempena cuti tahun baru (1.1.2015),aku sekeluarga pergi jalan-jalan @  ronda-ronda ke Kelang,Selangor...Lebihkurang pukul 11.00 pagi aku keluar rumah dari Seremban..singgah di RnR Dengkil untuk makan tengahari dan solat Zohor....
Selepas selesai berehat disini lebihkurang sejam,aku dan family terus bergerak menghala ke arah utara untuk menuju ke Kelang..suasana kenderaan petang tu agak lengang dan mungkin masih ramai bercuti lagi...aku teruskan perjalanan dan keluar di susur keluar Pulau Indah / Kelang..
Sebaik sahaja keluar dari susur keluar Pulau Indah ini,aku terus melalui depan Proton Shah Alam....
Aku sebenarnya ronda-ronda ke Kelang sebab semata-mata nak pergi buat kali pertama di GM Kelang..dengar dari kawan-kawan aku bagitau kat GM Kelang ni banyak barang dijual dengan harga borong dan murah..samada bohong atau mahal,aku datang sendiri dan tengok sendiri..
Ini rupanya Bangunan GM Kelang..memang besau giler building ni...sekali pandang macam bentuk ikan paus yang terdampar...Dari tepi Lebuhraya Shah Alam dah nampak...Lokasi dia,seperti dalam map yang aku sertakan kat bawah ni..
Aku sampai kat GM Kelang ni lebihkurang dalam pukul 2.30 petang..Boleh tahan gak orang ramai yang datang bershopping kat sini..Parking pun penuh dan terpaksa aku parking kat atas bumbung bangunan ni di tingkat 7..Itu jer yang ada kosong..
Ini rupanya GM Kelang sepertimana yang kengkawan aku bagitau...Aku merayau dari satu tingkat ke satu tingkat..dari satu kedai ke satu kedai dan sehingga separuh ruang legar bangunan tu aku tawaf..memang besau giler,tapi itu jer yang mampu aku rayau..memang menimbun kedai dan macam-macam barang ada kat sini...
Dari baju,pinggan mangkuk,barangan dapur,aksessori,tuala,PC,barangan mainan dan sebagainya ada dijual disini...
Aku rasa barangan kat sini memang murah,cuma kena beli borong...apapun,aku puashati datang kat sini sebab bangunan ini agak selesa dan ada aircond,kedai tersusun ikut kategori dan banyak pilihan..Aku rasa memang puashati ronda-ronda dan beli belah di GM Kelang......GM Kelang,mu tunggu aku datang lagi...

Tuesday, January 20, 2015

Grand Lexis Port Dickson - Kenangan Yang Tidak Dapat Dilupakan..


Baru-baru ni,aku sekeluarga telah menginap di Hotel Grand Lexis,Port Dickson.Negeri Sembilan .Check In pada 22hb November 2014 (Sabtu) dan Check Out pada 23hb November 2014 (Ahad) .Kali pertama aku menginap hotel ni .saja-saja bawak family aku bercuti...Boleh tahan mahal gak harga sebilik kat sini...tapi memang puashati sebab antara hotel terbaik yang pernah aku menginap sepanjang hayat aku ni...

Nak cerita sikit tentang Hotel Grand Lexis Port Dickson ni....Dalam bilik ni siap ada private pool..Kolam renang dalam bilik dan boleh berendam sesuka hati...berkubang sampai kecut pun boleh..suka hati korang jer..Itu yang buatkan aku rasa antara hotel terbaik yang pernah aku menginap...
Terbaik...siap ada private pool..patut ler mahal..
Bilik pun agak besar dengan 2 buah katil King Size.....Bilik pun luas dan sesuai untuk 10 - 15 orang dewasa tidur disini..tapi atas lantai ler..Keadaan bilik cukup kemas dan tersusun rapi..Aku share beberapa view suasana bilik di Grand Lexis ni..
Suasana bilik...Katil tepi kolam jer...
Suasana Bilik
Bilik ini juga dilengkapi dengan pantry (dapur kecil) dan memang sesuai untuk ngeteh kat dapur ini dengan rekabentuk yang cukup menarik...Puashati betul menginap disini..
Cantik...
Ruangan Pantry..macam kat rumah
Kolam dalam bilik
Landskap pun cantik
Sarapan percuma untuk 4 orang yang menginap dibilik ini..
Hidangan cukup menarik..

Tapi,aku cuma nak sharing kisah menarik yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku bercuti di Grand Lexis Port Dickson ini....terutama isteri aku..selepas aku menginap di sini...

.....Selepas sehari abis bercuti disini,tiba-tiba isteri aku memberitahu bahawa rantai leher (emas) dia yang dianggarkan bernilai lebih RM2000 telah hilang dan mungkin tercicir dimana-mana..Aku berdua cuba mencari dimana rantai tersebut samada hilang dirumah,dalam kereta atau ditempat lain sebaik saja abis bercuti di Grand Lexis Port Dickson.............................?????

Aku dapat bayangkan rantai leher tersebut telah hilang dan mungkin tercicir dimana-mana dan aku berdua terus buntu untuk mencari rantai kesayangan bini aku.Aku yakin bahawa rantai emas berserta loket tersebut hilang dan mungkin akan dijumpai oleh orang lain...habis lesap...sukar nak dapat balik barang 'rare' tu.....orang umah aku dah mula moyok..sedih...frust dan hilang selera makan kerana 'rantai leher kesayangannya' hilang...
 
Sedih....rantai hilang
Walaubagaimanapun,pada pagi Isnin (24hb November 2014) aku cuba menghubungi pihak Hotel Grand Lexis Port Dickson.Aku sekadar ingin tahu samada rantai tersebut ada dijumpai di sekitar atau dalam bilik hotel Grand Lexis Port Dickson yang aku menginap...Aku kesian tengok orang umah aku yang agak sugul sebab harta kesayangan yang disimpan,dijaga dan dipakai dari kecil hilang dari simpanan dia....Aku pun langsung tak yakin bahawa rantai leher itu boleh dijumpai semula...
 
Frust giler kalu harta kesayangan hilang...??
Aku cuba hubungi pihak hotel tersebut dan aku disambungkan kepada pihak Housekeeping Department, Hotel Grand Lexis Port Dickson dan bercakap dengan Ms Liew Chooi May...
Aku bercerita dan sekadar ingin bertanya kalau-kalau pihak pekerja houskeeping terjumpa rantai leher bini aku tu....Aku cukup terkejut dan terkedu sekejap apabila diberitahu bahawa rantai tersebut disimpan oleh pihak Housekeeping Department dan dijumpai oleh staff beliau bernama Mr Jiblal yang mengemas bilik yang aku menginap 2 hari lepas.

Aku cukup terharu dan ingin merakamkan setinggi penghargaan diatas kejujuran dan sikap bertanggungjawab staff Hotel Grand Lexis Port Dickson kerana memulangkan semula rantai leher isteri aku dengan keadaan baik.Aku begitu gembira dan menghargai "Khidmat Cemerlang" yang diberikan oleh kakitangan pihak Grand Lexis Port Dickson seperti ini.Aku sekeluarga merasakan inilah hotel yang benar-benar mengamalkan model pekerja contoh yang cemerlang yang belum pernah aku alami selama ini.Aku cukup menghargai dan menyanjung tinggi terhadap kejujuran,keikhlasan serta amanah yang diamalkan oleh pekerja Hotel Grand Lexis Port Dickson ini.
  

Aku sekeluarga ingin merakamkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga diatas khidmat cemerlang,jujur dan amanah kakitangan Hotel Grand Lexis Port Dickson ini... terutama dua kakitangan mereka ini.


Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan dan mengharapkan agar sikap dan khidmat cemerlang ini menjadi contoh kepada semua kakitangan hotel yang lain...