Monday, December 29, 2014

Projek Sijl Penghargaan

Aku try design sijil untuk client aku...sijil sebagai tanda penghargaan....tak tahu mana satu nak pilih....
Sample 1

Sample 2

sample 3

sample 4
Mana satu nak pilih ni???

Desa Balkis,Kuala Linggi,Melaka

Aku baru-baru ni sempat gak pergi ke Desa Balkis,Kuala Linggi,Melaka..Iaitu kawasan resort serta penginapan yang cukup sesuai untuk mereka yang gemar bercuti di Melaka...Jom,aku share beberapa gambar untuk tatapan pembaca berkaitan Desa Balkis ini ...
Rumah Bunglow kayu

Mula-mula sekali aku nampak sebuah bunglow kayu (2 tingkat) yang cukup cantik rekabentuknya..Terletak di pintu masuk Desa Balkis ini...sesuai untuk keluarga dan berkapasiti 15 orang dewasa ...harga aku tak pasti sebab aku datang cuma nak ambik gambau jer sebab nak sharing..
Cantik...
Rumah ini antara yang ada di kawasan resort disini..macam dalam sebuah perkampungan Melayu..
Amacam?? Cantik kan..

Aku suka pada rekabentuknya,,,


Terpegun dengan keindahan

Tangga Batu....ciri-ciri Rumah Melaka
Ini Surau Desa Balkis..Cantik ka??
Siap ada Kolam Renang beb..memang menarik..

Bilik berkonsepkan hotel penginapan

Tepi pantai..memang cantik dan bersih
Siap padang permainan untuk acara sukaneka..

Bangunan di tepi laut..Menghadap Selat Melaka..
Aku sekadar berkongsi Desa Balkis ini sebagai salah satu destinasi percutian di Negeri Melaka Bersejarah ini...Aku tak tahu berapa harga chalet ini sebab aku datang sini tak jumpa pun tauke atau pekerja disini..korang boleh google Desa Balkis,Kuala Linggi,Melaka...Tapi aku yakin,inilah salah satu tempat percutian terbaik dan tercatik yang pernah aku lawati...

Sunday, December 28, 2014

Re Union SMDB Jasin Melaka (Batch 1981-1985)

27hb Disember 2014,mencatit sejarah buat aku..Re Union atau Perjumpaan semula rakan-rakan sekolah aku di SMDB ,Jasin,Melaka (Sekolah Menengah Datuk Bendahara) bagi tahun 1981 (Tingkatan 1) sehingga 1985 (Tingkatan 5-SPM).Aku pulak dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa bagi majlis tersebut...Budak nakal macam aku ni telah dilantik sebagai Pengerusi..Apapun,inilah kenangan terindah buat kami..setelah lebih 29 tahun kami ditemukan dalam majlis tersebut..Cikgu Faridah Fadhil dan Cikgu Safiah Mohd Sultan telah hadir sebagai tetamu jemputan kami...
Terimakasih buat kawan-kawan aku yang sanggup datang dari jauh bagi merealisasikan 'Malam Kenangan Terindah' yang julung-julung kali diadakan ini.Mereka sanggup datang dari Shah Alam,Kelang,Kuantan,Seremban,Bangi serta mereka yang telah menetap di Bumi Hang Tuah,Melaka...Pelbagai acara menarik diserikan pada malam tersebut seperti tayangan multimedia kisah kami di Sekolah 29 tahun dulu...pertukaran hadiah cenderamata sesama kami,sessi fotografi dan jamuan makan malam bersama.
Gambar kelas aku..tahun 1982 (Tingkatan 2)

Zamri Mawar (kiri),Aku (ditengah) dan Hassan (kanan)..1985 (Form 5)..handsome kan?

Thursday, December 18, 2014

Tanam Pokok Kat Rumah

Dah lama gak tak update blog ni..sibuk dengan keje..apapun hari ni aku nak sharing tentang aktiviti aku kat rumah time ujung minggu..Aku suka tanam pokok sayur kat dalam pasu depan rumah..
Sebelum 
 Mula-mula clear semua sampah sarap kat depan rumah...kumpul pokok2 yang sesuai...tempat agak sempit tapi cuba adjust...

 Letak rak-rak bunga lama untuk letak baju baru....
 Susun semula dan pastikan nampak cantik..pokok limau purut,serai,pandan,kunyit semua letak atas rak bunga tu...
Baru sedap sikit mata memandang....ada 3 batang bonsai sebagai penghias...orkid 5/6 pasu sebagai penyeri..itu jer yang mampu....Green  World

Friday, October 31, 2014

Rumah Banglow / Bunglow Yang Aku Minati

Tetiba ajer aku rasa terpegun tengok sebuah rumah Banglow setingkat semasa aku ke utara pada 24.10.2014 yang lalu..Rumah ni betul-betul ditengah-tengah sawah (Bendang ..bak kata org utara) tetapi menarik rekabentuk dia...Jom kita share gambau Banglow ni...
Baru jer siap bikin....ada lagi peninggalan bahan  kerja-kerja kontraktor.
 Rumah ini terletak ditengah-tengah laluan dari Alor Setar ke Kangar....Kalu tak silap area Simpang Ampat..Rumah ni kalau tak silap berada di dalam Negeri Perlis Indera Kayangan...
Cantek..depan ada sawah....
 Kedudukan rumah banglow ini adalah sebelah kiri kalau dari Alor Setar dan secara automatik,sebelah kanan dari arah Kangar...Pemandangan memang cantik sebab kedudukan rumah ni berada di tengah-tengah sawah...Kompom banyak angin.....dan kemungkinan juga banyak ular...hihii (Biological Hazard..sptmana yang aku belajar dalam bidang Safety).
Jarak lebihkurang 20 meter dari jalan besar..
 Dalam banyak-banyak rumah yang aku tengok sepanjang laluan aku dari Seremban sampai Perlis, ni yang aku rasa terpikat ..Aku tertarik dengan rekabentuk rumah ni...Secara peribadi,aku memang minat tengpk design rumah ni dari luar....Pada anggaran aku,rumah ni berharga dalam RM180 ke RM200 ribu...aku anggarkan jer..Tak tahu ler pulak harga bahan binaan kat sini mahal atau murah..
memang cantik..tapi pada mata aku..mata korang aku tak tahu ler...
Aku tak sempat nak mendekati rumah ni..nanti takut tuan rumah ingat aku ni Perompak ker,Penyamun ker..so,aku sekadar ambil gambar dari jarak 20 meter jer..itupun dari dalam kereta sebab ni tempat orang..nanti gangster kampung dusun kejar aku,parah nanti...hihii..apapun,aku ucapkan tahniah buat tuan rumah ni sebab design dia terbaikkk.....Moga dia baca blog aku ni jemput untuk datang makan2 tanda penghargaan atas promosi percuma rumah dia dalam blog aku ni....

Thursday, October 9, 2014

Ronda-Ronda Melaka

 Petang Raya haji 2014 aritu,aku dengan family ronda-ronda sekitar Bandar Hilir Melaka..cadang nak naik Menara Tamingsari,tapi orang ramai gila,so aku ambik keputusan pergi ke Dataran Rempah tempat pengkalan River Cruise , Melaka di Pengkalan Rama
Orang ramai kat Stadhuys....

Menyusur sungai Melaka


Mat salleh ramai beb..mentedarah arak..

dalam River Criuse..


Cantik gak

Lukisan kat dinding tu..lawa beb

Ohhh..ada shooting video klip rupanya...penyanyi yang pakai baju hitam tu...

kawasan Kg Morten

Suasana kampung







Selamat sampai ke Pengkalan semula...lebihkurang 45 minit menikmati keindahan Sungai Melaka

Rumah Banglow Sedaraku

Selepas solat hariraya haji 1435H (2014) aritu,aku sempat visit rumah sedara aku,Kak Bedah ..tak jauh dari Masjid Chinchin,kampung aku..dia jemput dengan emak aku singgah sambil makan ketupat,rendang dan sarapan bersama..secara kebetulan,kereta aku parking depan rumah dia..aku pun singgah kat Bunglow dia yang baru..baru tak baru tapi dah 2 tahun dia buat..
Pandangan depan rumah ni..emak aku sedang berposing depan pintu...
 Aku tertarik dengan rekabentuk rumah Kak Bedah ni....cantik design dia...
Pandangan sisi sebelah kanan
 Nampak tersergam indah dan rekabentuk yang menarik....Aku mintak contact dari Kak Bedah contractor...dia bagitahu tauke kat area Air Keroh...
Ruang tamu
 Ruang tamu juga cukup sesuai dan tidak nampak serabut...memang tersusun
Dapur
 Dapur tak berselerak dan siap dengan kitchen cabinet....kat tepi ni aku makan ketupat dengan rendang daging kak Bedah...sedapnya...
Laluan ke dapur
 Lantai tiles yang cukup halus pemasangannya ..pada aku memang simple rumah ni..
Bilik Stor 
 Ada 4 bilik dan 3 bilik air dalam rumah ini...cukup puashati..
Bilik Utama
 Bilik memang luas dan sesuai untuk anak 4/5 orang....tapi kalu ada cucu rasanya kena fikirkan keluasan seterusnya..
Sebelah luar master bedroom
 Aku sempat ambik gambau kawasan sebelah luar..memang tertarik
Pandangan sisi kiri rumah


Sebelah kanan

Sisi kanan dari tepi jalan

cantekk
Paling aku terkejut,kos membina rumah ni tak sampai pun RM 90 ribu........perghhh,kalu market sekarang ,aku rasa memang murah.....