Ini kereta pertama yang aku mula-mula miliki..Proton Iswara 1.3 ..beli pun 2nd hand jer..tu jer yang aku mampu..Janji tak kena panas atau hujan...Syukur Alhamdulilah..
Kawan-kawan dan kenalan rapat memang tahu bebenor plat kereta dan motosikal aku ni.Kalau nombor 6265 tu,confirm semua tahu itu kenderaan aku..No handphone aku pun aku guna 4 digit terakhir sebagai nombor identiti aku....Sebenarnya bukan ada apa-apa pun pasal nombor plat tu...ianya sekadar nombor.
Pandangan hadapan..Masih kekalkan plat yang sama dengan kenderaan aku yang lain..tapi kali ni,plat MCB 6265 menjadi pilihanku..MCB bermaksud,Memang Cantik Bergaya...kahkahkahha...
Macam biasa..lepas beberapa tahun pakai Proton Iswara,mula dah nak tukar kereta yang lebih selesa,besau (besar dalam bahasa Orang Melaka)..Maklumlah,anak dah mula ramai,badan aku pun dah mula besau,so hajat pun dah mula besau..Apalagi,terpaksa ler korbankan Proton Iswara kat atas tu..aku jual Proton Iswara,terus sambar Proton Waja...No plat Proton Waja ni aku tempah dan sama dengan nombor motor kesayangan aku gak...6265..So,bermulalah tradisi no plat kenderaan aku mesti identiti 6265....
Cuba tengok no plat tu..sama kan ???
Oh ya!selepas aku pakai Proton Waja,wife aku pulak kena guna kereta sebab senang dia nak ulang-alik gi kerja..So,aku belikan pulak seekor kancil...eh silap,sebuah Perodua Kancil...Maklumlah,dia kerja tempat lain,aku kerja tempat lain..kerja pun tak sama shift,aku normal shift,dia 'abnormal' shift..
Ini kereta kancil orang umah aku..guna nombor plat 6265 gak.....amacam ?ok tak ?...Ingat,nampak jer Kancil ni kecik,tapi dah berjaya sampai ke Cameroon Highlands...amacam?ada berani ?
Entahlah,tetiba jer aku nak tukar kereta lain..Kali ni,minat kat kereta import buatan Korea..Hyundai Getz...aku terus tolak / jual kereta waja aku,terus sambar Hyundai Getz pulak..tapi masih mengekalkan no plat 6265...
Ok,gambo Hyundai Getz aku...
Aku sebenarnya dah lama mengidam nak pakai kereta jenis MPV (Multi Purpose Vehicle) atau dalam Bahasa Melayu disebut Kenderaan Pelbagai Guna...maklumlah,anak dah makin besar.Kereta yang ada makin sendat nak tampung kedudukan ketiga-tiga anak aku kalau berada dalam kereta Getz..So,aku dah berkira-kira nak pakai beberapa kereta MPV idamanku...Memula cadang nak Pakai Proton Exora,tapi memandangkan dah puas aku pakai Kereta Buatan Malaysia sebelum ni,so niat untuk beli Exora terbantut.Aku cadang nak pakai Toyota Alphard,takut pulak setiap bulan makan pasir ulam batu ,memang mengidam tapi takut tak mampu...Lepas tu,terfikir nak beli Toyota Estima,risau pulak takut setiap bulan asyik mentedarah maggi...So,aku kumpul duit sikit-sikit untuk cari deposit dalam masa lebihkurang 6 bulan.Sementara nak kumpul duit,aku terpaksa menggunakan kereta lasak buat sementara waktu untuk berulang-alik ke tempat kerja.
Kereta Daihatsu Charade ini memang terbaekk ...Memang tak ada masalah selama aku gunakan kereta ini.Minyak jimat,kereta pun smart,power cukup hebat Paling mantap kereta ni ialah dia punya aircond..Memang cukup puashati walaupun usia kereta ni dah 'Otai'..
Alhamdulilah,akhirnya aku berjaya gak pakai kereta MPV yang aku idamkan.Toyota Wish berjaya aku miliki walaupun hutang...Syukur Alhamdulilah..
Toyota Wish...kau buat aku tak tidur malam hampir 6 bulan sebelum aku berjaya memilikimu...cewahPandangan hadapan..Masih kekalkan plat yang sama dengan kenderaan aku yang lain..tapi kali ni,plat MCB 6265 menjadi pilihanku..MCB bermaksud,Memang Cantik Bergaya...kahkahkahha...
Ni pandangan dari belakang..Kalau sapa-sapa nampak kereta ni,sila bunyi horn...hahhahaa..
Salam.. tuan yang punya kisah.. best gak baca.. yg bestnya.. susah2 dahulu.. senang2 kmudian.. thanks for sharing.. btw sbnarnyer tngah servay tentang aphard.. camana maintainance dia..
ReplyDeleteIrSHa..terimakasih kerana menjenguk ke blog peribadi saya..maaf lewat reply sebab sibuk dgn tugas harian saya..Tahniah kerana bercita-cita untuk memiliki Toyota Alphard..Moga berjaya memilikinya....Mula-mula bercita-cita,selepas tu mesti berjaya !
DeleteGetz ngn waja mana syok?
ReplyDeleteAre you tired of seeking loans and Mortgages,have you been turned down constantly By your banks and other financial institutions,We offer any form of loan to individuals and corporate bodies at low interest rate.If you are interested in taking a loan,feel free to contact us today,we promise to offer you the best services ever.Just give us a try,because a trial will convince you.What are your Financial needs?Do you need a business loan?Do you need a personal loan?Do you want to buy a car?Do you want to refinance?Do you need a mortgage loan?Do you need a huge capital to start off your business proposal or expansion? Have you lost hope and you think there is no way out, and your financial burdens still persists? Contact us (gaincreditloan1@gmail.com)
ReplyDeleteYour Name:...............
Your Country:...............
Your Occupation:...............
Loan Amount Needed:...............
Loan Duration...............
Monthly Income:...............
Your Telephone Number:.....................
Business Plan/Use Of Your Loan:...............
Contact Us At : gaincreditloan1@gmail.com