Sunday, November 3, 2013

Pulau Langkawi 2006

Kali ini aku sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi..Aku bawak semua anak-anak aku untuk dia merasai sendiri program percutian keluarga yang aku rancang ini.Macam biasa,diorang memang suka bercuti apatah lagi menaiki kapal terbang..
Azim dan Amri memang kali pertama menaiki pesawat.Cuma Afiq yang kali kedua sebab masa dia kecik dalam lingkungan setahun aku pernah bawa dia ke Langkawi..masa tu aku dapat pakej percutian sebagai pekerja terbaik di Samsung Corning 1998...cewah....
Kali ni aku menaiki Air Asia..everyone can fly..tiket tambang murah jer..aku dapat harga promosi untuk 5 orang pergi balik cuma RM 300..Itupun lebih 8 bulan aku tempah tiket harga murah ni..Kira murah ler berbanding bawak kereta dengan kos tol dan petrol..Apapun,anak-anak aku happy naik kapal terbang,,
Aku menginap di resort area Pantai Cenang..betul-betul di tepi pantai..Memang kegemaran anak aku berdua ni..Afiq dan Azim..Amri pada waktu ni takut air..So,dia duduk jauh jer dan tak berani nak join main air laut.
Azim dan Amri sedang bergaya depan kamera sebelum kami bersiap-siap nak merayau sekitar Pulau Lagenda ni..
Ni kereta Proton Iswara Aeroback yang aku sewa sepanjang 4 hari 3 malam aku berada di Langkawi.Sewa kalau tak silap RM80 sehari..Kira satu pulau aku meronda sampai abis petrol..Memang enjoy...
Bergambar bersama Afiq di Monumen Helang yang menjadi mercu tanda pulau lagenda ini.Kalau tak bergambar kat sini menjadi bukti aku pernah sampai disini..hihii
3 orang hero aku ni ambil kesempatan makan jajan sementara tunggu mama dia shopping area Pekan Kuah...Kitorang memang tak boleh follow orang pompuan bershopping...hampir 3 jam kitaorang berada kat sini baru mama call angkat pinggan mangkuk,kain batik dan pelbagai lagi barangan yang dibeli...
Baru dapat bergambar berdua sebab sebelum ni gambar anak-anak jer..Sekarang ni,diorg dah boleh ambik gambar papa dan mama dia...dirakamkan di Padang Matsirat International Airport,Langkawi sebelum berangkat pulang ke LCCT.
Azim dan Amri bergambar bersama Mahsuri..Walaupun dia sibuk tanya siapa tu Mahsuri.?
 Bergambar di depan pesawat Air Asia sebaik tiba di LCCT,Sepang...bergaya depan kamera sebelum kena halau dengan security yang bertugas kat situ....hihiii...Percutian aku sekeluarga kali ini cukup menarik dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan..

Friday, November 1, 2013

Bolasepak PASTI 2009

20.6.2009,Amri telah terpilih mewakili Tadika PASTI Negeri Sembilan ke Kejohanan Bolasepak PASTI peringkat Kebangsaan di UNISEL,Ijok,Selangor..
Banner rasmi Sukan PASTI
Khemah Rasmi Kontigen Negeri Sembilan

 Amri mewakili Negeri Sembilan dalam acara bolasepak.Ini kali pertama dia bermain mewakili 'negeri'..walaupun tak menang,tapi sekurang-kurangnya dia terdedah dengan program yang lebih besar di peringkat kebangsaan...

Port Supai,Kuala Linggi

Aku kali pertama sampai disini...Port Supai,Kuala Linggi , Melaka...Tepi pantai,tempat menarik dan angin dari Selat Melaka bertiup kencang semasa aku sampai..


 Kat pintu masuk dah terpampang papan tanda "Restoren Terapung" yang aku rasa salah satu tarikan disini...Maklumlah,kalau restoren terapung,gerai terapung,hotel terapung selalunya akan menjadi suatu tarikan sebab ianya unik....Tapi,keselamatan disini adalah 'Tanggungjawab Sendiri"..
 Aku faham maksud keselamatan tanggungjawab sendiri tu...So,kalau anda terjatuh,tercedera,mati dan sebagainya,anda tidak boleh mendakwa sesiapa dan tidak boleh menyalahkan sesiapa...Cuma aku agak terkilan sebab keadaan jeti untuk ke restoren terapung tu agak bahaya.Patut ler dia letak papan tanda Tanggungjawab sendiri....Jeti tersebut hanya dipagarkan dengan tali bubut yang agak usang..Ada yang dah tercabut diantara beberapa tiang..Lihat saja gambar diatas tu....
Aku agak terkilan dengan lokasi yang menarik sebegini,tetapi soal keselamatan langsung tidak diambil berat.Mungkin sudah ada yang terjatuh kelaut,baru pagar tersebut diganti dengan tiang konkrit dan sebagainya?Entahlah,aku pun tak faham apa tujuannya dibuat jeti tanpa ada sebarang penghadang mengelakkan orang dari terjatuh ..atau ini sebagai satu 'jerat'untuk orang ramai ?Aku harap pihak yang terlibat dapat melihat perkara begini.Utamakan keselamatan dan perlu sentiasa memeriksa keadaan jeti tersebut.Oleh kerana aku tidak sanggup melihat ahli keluarga aku terjatuh dari atas jeti tersebut,aku terus membatalkan untuk menjamu selera di restoren terapung tersebut.Restoren tersebut telah hilang pelanggan orang seperti aku..Mungkin ada pelanggan lain yang akan datang melalui jeti tersebut...Harap-harap,jeti tersebut telahpun dibaiki atau menjadi lebih selamat untuk dilalui orang ramai pada waktu ini.Tapi,sejak dari itu,aku belum pun menjejakkan kaki disitu untuk kali kedua.......

Thistle Hotel,PD

13.9.2009..aku berbuka pulak di Thistle Hotel,PD..


Berposing depan pintu masuk Hotel Thistle Port Dickson..dulu hotel ni nama dia Guoman Hotel..
 Orang lain puasa gak..tapi tak ler letih macam ni....

Tiara Beach Resort

12.9.2009..aku bawak Pak Lang ,Mak Lang dan Ain untuk berbuka di Tiara Beach Resort,Port Dickson..Terimakasih Ms May sebab memberi aku peluang untuk berbuka secara percuma di TBR


Setiap kali bila tiba Ramadhan,aku akan bawak Pak Lang satu keluarga untuk berbuka puasa di mana-mana hotel..Sebagai menghargai jasa Mak Lang dan Pak Lang yang menjaga anak-anak aku selama ini.Sumbangan yang mereka berikan amat aku hargai.
 Aduhh.....kacau betul budak ni..orang nak ambik gambar dia sibuk tunjuk gigi dia depan kamera..

Berbuka Puasa di Corus Hotel,Port Dickson

6.9.2009..aku dan family berbuka puasa di Corus Hotel,Port Dickson..
 Bergambar tepi laut sebelum berbuka..Juadah kat sini memang best...banyak dan murah