Wednesday, February 22, 2012

Karier Aku Sebagai Pekerja Kilang

 Setelah aku tamat pengajian di IKM Jasin dibidang Pemesinan Am,aku telah mendapat tawaran bekerja di sebuah syarikat multinasional iaitu Samsung Corning (M) Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar,Seremban,Negeri Sembilan.Aku berhijrah meninggalkan bumi Hang Tuah,Melaka dan meninggalkan ibu dan keluarga tercinta untuk menetap di Seremban.Aku melapurkan diri sebagai kakitangan Samsung Corning pada 23hb Januari 1995.Inilah kerjaya kedua dalam hidup aku setelah menjawat sebagai kakitangan kerajaan selama 6 tahun lebih sebelum ini. 


Syukur Alhamudlilah sebab aku berpeluang untuk menyambung pengajian serta latihan di Seoul,Korea Selatan setelah sebulan melapur diri bertugas di Samsung Corning.Sesuatu kejayaan yang turut dikongsi oleh seluruh sanak saudara aku terutama ibuku yang tersayang.Beliau antara insan yang paling gembira kerana aku telah berjaya melangkah setapak lagi sambil mengharumkan nama beliau dan keluarga serta seluruh penduduk kampung aku..cewahh..Terimakasih emak atas restu dan doa yang diberi dan saya takkan dilupakan hingga akhir hayat.Ibuku adalah pembakar semangat untuk aku menjadi insan cemerlang
Jejaka idaman sedang bermain salji berhampiran tempat penginapan di Kyeongi Do,Korea.Pengalaman menjejakkan kaki di 'Negara Kim Chi'...."Anyong Ha Seyo"...

Hujung minggu aku memang suka merayau sekitar Seoul sebab banyak tempat menarik disini.Bergambar kenangan di Everland,Seoul iaitu taman tema yang cukup terkenal di Korea Selatan.
Jejaka handsome ini bergambar di hadapan pintu masuk utama Stadium Olimpik Seoul.Masa tu aku punya body slim jer..macam slim river.Tapi sekarang,faham-faham ajerlah..
Inilah kengkawan yang sama-sama belajar di Korea pada masa tu..paling besar badan sebelah kiri tu En Khalid,sebelah tu Cik Azian,Al Hamzah,Aku,Fadil,Adnan dan hujung sekali Awie...semuanya dah berhenti cuma tinggal aku jer yang masih bekerja kat Samsung Corning.
Cuaca kat Korea memang sejuk masa aku baru-baru sampai (Januari 1995)..Pakai baju 4 lapis pun masih sejuk sampai ke tulang..Kalu boleh nak pakai tudung litup atau purdah sebab terlalu sejuk sekitar 5 darjah celcius..

Tapi gambar kat atas ni pulak semasa musim bunga..suhu tidak terlalu panas tapi suasana cukup menarik sebab semua pokok bunga mekar indah mengeluarkan bunga yang cantik-cantik.
Kad ini aku dapat dari Korea Muslim Federation sebagai tanda arah ke masjid Itaewon kalu tersesat.Kalu kat sini sama macam JAKIM.
Setiap hari Jumaat,aku akan ke Bandar Itaewon,Seoul untuk menunaikan Solat Jumaat.Cuma kat sini saja satu-satu masjid yang ada di Korea Selatan.Ramai jugak warga muslim di sini dan jemaah terdiri dari pelajar-pelajar dari Malaysia,warga Islam dari Timur Tengah,kakitangan kedutaan serta mereka yang tugas disini.

Ini kawan baik aku..Mr Rhim.Dia ni kira aku punya cikgu masa aku belajar kat sana..Dia banyak mengajar aku cara mengendalikan mesin CNC Lathe.Dia ni memang tak lokek ilmu dan aku banyak terhutang budi.Aku rasa cukup bertuah dapat cikgu macam Mr Rhim Lee Ryong...Kam Sa Ham Nida !
Ini saat-saat yang cukup menarik dikalangan mereka yang menyertai 'team building' semasa di Korea.Cukup menarik,terbaik dan ceria sebab memang suasana yang cukup menghiburkan....