Sunday, February 7, 2010

Selamat Datang Ke Blog Mohd Rosly

Assallamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Sebagai manusia biasa serba sederhana,saya ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk terus membaca,meneliti seterusnya menjadi pembaca setia blog mohdrosly ini.Di blog ini juga saya akan berikan pelbagai maklumat,peluang serta kemudahan yang tidak mungkin anda perolehi ditempat lain.Oleh itu,segala keistimewaan yang diberi serta disediakan hanyalah untuk pengunjung setia blog mohdrosly ini.

Siapa saya ? Mohd Rosly Abd Jalil,berasal dari Chinchin,Jasin,Melaka mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chinchin dan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Datuk Bendahara,Jasin,Melaka sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya ? Setelah mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan,masa menggangur diisi dengan bekerja sebagai pembantu restoren di Mini Restoren (Restoren Bapa Saudara sendiri),Banda Hilir,Melaka.Hampir 8 bulan bekerja direstoren tersebut,pengalaman yang sukar dilupakan adalah mahir menebar roti canai.Itulah beruntungnya bekerja di restoren saudara sendiri kerana ilmu yang amat berguna ini tidak mungkin diperolehi ditempat lain.Glamour ?
Sambil menebar roti canai,tetiba dapat peluang pulak untuk bertukar kerjaya.Walaupun bukan cita-cita tetapi dapat juga bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin bermula 1 Ogos 1986.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Bekerja di jabatan kerajaan dengan suasana yang cukup tenang,aman serta mendapat gelaran 'pekerja gomen' hanya memberi aku untuk bertahan cuma 6 tahun 3 bulan sahaja apabila aku meletakkan jawatan sebagai 'pekerja gomen' pada tanggal 1 Dec 1992...apa jadi selepas itu ?Apapun,banyak kenangan pahit manis yang aku alami di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dibawah ni gambar aku semasa bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dari kiri,Abd Majid Md Jais(budak Tehel),sebelah kiri aku,Wahid (budak Asahan) dan hujung sekali,Azwan Marshad (budak Paya Dalam).Diaorang bertiga ni antara member rapat aku.Majid sekarang ni bertugas sebagai pengaturcaraan komputer di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya..Wahid jadi cikgu di salah sebuah sekolah di Tangkak,Muar,Johor..Azwan kali terakhir aku jumpa di Pejabat Daerah Melaka Tengah.

Ni gambar aku diambil sekitar umur aku 6 bulan.Itupun emak aku yang bagitau.Maklumlah,aku cuma tahu meniarap jer masa tu.Tak sangka,boleh terjumpa balik gambar aku ini.Terimakasih buat Bang Long di Kuantan kerana masih lagi menyimpan gambar aku ini