Wednesday, March 21, 2012

Ronda-Ronda Ke Jelebu @ Kuala Kelawang

Walaupun aku menentap di Seremban,tapi jenis spesis yang macam aku ni yang selalu meronda atau merayau ke bandar-bandar lain dalam Negeri Sembilan adalah menjadi kegemaran aku bersama family setiapkali tiba hujung minggu.Kali ni aku nak cerita sket tentang Ronda-Ronda ke Jelebu @ Kuala Kelawang.Jom ikuti kisah ronda aku kali ini..
Jelebu ?.kekadang aku keliru gak ?apa beza antara Jelebu dan Kuala Kelawang ?..Mungkin gak Jelebu tu nama daerah dan Kuala Kelawang tu nama pekan dia...ada orang Jelebu yg boleh terangkan kat aku?hehehe

Oklah,aku nak start dengan cerita perjalanan aku ni..Biasanya dari rumah aku sekeluarga akan mula bersiap seawal pagi..Untuk ke Jelebu,aku kena melalui jalan lama Ampangan,Kg Pantai (nama jer Pantai tapi bukan ada laut pun) merentasi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tangga,Jeram Toi dan terus ke Pekan Kuala Kelawang @ Jelebu..jarak dari rumah aku lebihkurang 30 km dan ambil masa lebihkurang setengah jam gak...
 Ini gambo yang aku rakamkan sekitar jam 8.00 pagi di puncak Bukit Tangga menghala ke Pekan Kuala Kelawang...Pemandangan cukup menarik dengan kabus tebal di atas puncak bukit ini.Ciptaan Allah cukup indah dengan suasana yang menjadikan kita sentiasa terpegun dengan ciptaanNya..Amin
Ohhh...memang sah ! Selamat Datang ke Daerah Jelebu..Jelebu nama daerah,Kuala Kelawang tu nama 'pokan; (pekan) dia....baru ler den paham..Tapi kabus masih tebal kat area ini (sempadan Daerah Seremban / Jelebu)..suasana sejuk dan agak nyaman sekali...Harap2 suasana begini akan kekal dan hutan-hutan sekeliling yang ada perlu dijaga..kalau tak jaga,confirm akan datang memang kita tak jumpa kabus...
Sebaik sampai Pekan Kuala Kelawang,sebuah replika buah-buahan tempatan tersergam indah di satu lokasi tak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu.Cukup menarik dan setinggi lebihkurang 10 meter...Ada durian,langsat manggis dan sebagainya..Kalau sapa-sapa yang gigi kapak tajam,boleh try makan buah tempatan yang ada kat replika tu....
 Secara kebetulan aku meronda ke Kuala Klawang pagi hari Ahad..Kat sini ada Pasar Tani + Pasar Pagi + Pekan Sehari + Pasar Lambak + Pasar Gesel (bahasa Orang Melaka).Maksudnya,pagi Ahad kat sini cukup meriah sebab ada pasar yang diadun menjadi satu pasar..Ada orang jual sayur,kain,ulam-ulam,jual ikan dan macam-macam ada kat sini..Tapi memang cukup meriah dan gerai cukup banyak.
 Aduuuh...awek aku ni mesti singggah kat kedai tudung.memang itu kegemaran dia.Semua gerai tudung habis dilawatinya..tapi belum tentu beli..hahahhaha
 Pasar Ahad ni terletak betul-betul di tengah pekan Kuala Kelawang berhampiran Muzium Adat.Senang nak cari sebab kemeriahan hujung minggu disini adalah Pasar gesel...hahahhaa.
On the way aku nak balik Seremban,aku singgah sekejap kat area air terjun berhampiran Bukit Tangga...betul-betul ditepi jalan dan senang nampak dari jalan besar KKlawang-Seremban...Aku suka tengok air terjun sambil menghirup udara segar disini...Memang cantik dan menarik.
Tapi aku agak kecewa gak aku sebab ada wakaf sebelah air terjun tu yang dipenuhi sampah sarap.Aku harap pihak berwajib dapat melihat situasi ini.Sambil tu,pengunjung kat sini pun perlulah mempunyai tanggungjawab untuk jaga kebersihan.Jangan hanya datang berkunjung,tapi sampah sarap berterabur...Aduh,hilang selera aku !
 Botol minuman,bekas makanan,pampers,kotak rokok dan macam-macam sampah sarap ada kat area air terjun ni.Harap-harap korang janganlah buang sampah merata-rata macam ni..Buat malu ajer.
Bila sampah dah banyak,air terjun yang cantik ni akan tercemar.Bila dah tercemar,kawasan ini akan menjadi kotor.Bila dah kotor,akan timbul pelbagai wabak penyakit...Bila dah sakit atau dah ada orang yang diserang penyakit atau pengunjung yang mati,mulalah salahkan tikus...Air kencing tikus lah,tikus kencing bersepah lah...tikus jugak yang dipersalahkan....Hampeh !!!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com