Friday, July 13, 2012

Port Dickson Pantai Yang Indah...

 Aku sekeluarga kadang-kadang menghabiskan cuti hujung minggu sambil bersantai di Pantai Port Dickson.Jarak lebihkurang 20KM dari rumah aku ke pantai ini ..aku bukan suka sangat mandi laut,tapi suka duduk rilex bersama family kat pantai tu..
 Kali ini aku dan family duduk rilex sambil bawak bekalan makan tengahari bersama family di pantai Batu 3 sekitar Bagan Pinang,Port Dickson.Aku pilih tempat sini sebab tak ramai orang yang mandi sekitar kawasan ini,so tak ada gangguan untuk aku lepak kat sini.Siap bawak periuk nasi,lauk serta beberapa bekalan lain untuk aku dan family menjamu selera.Makan disini memang menarik dan rasa berselera sebab angin tiup kencang dan cukup selesa.Selera makan pun bertambah dan terasa enjoy dapat bersama keluarga hujung minggu.....Suasana macam tu membuatkan aura makan bertambah sebab ada kelainan....
 Cuma aku agak terkilan sikit apabila aku mula mencari bangku dan meja untuk menjamu selera bekalan makanan yang aku bawa.Bayangkan,bangku yang disediakan disini semua patah,tercabut dan memang tak selamat untuk duduk...Bahan kayu yang diperbuat nampak macam berkualiti,tapi semua paku,tanggam serta skru penyambung semuanya tercabut...Apa puncanya ?? Vandalisme ? Gajah duduk di bangku ni ? Tiada rondaan oleh pihak berkuasa ? kualiti bahan tidak berkualiti ?......???
Aku terfikir balik,adakah pengunjung yang datang kesini jenis suka merosakkan harta awam ???Aku bukan nak menuduh sesiapa punya angkara ini..Cuma aku rasa sedih sebab masih ada manusia yang takk bertanggungjawab masih lagi berada diatas bumi ni....habis duit aku,duit rakyat akibat daripada orang yang tak ada hati perut...Harap-harap Port Dickson lebih popular dengan pantai yang indah dan bukan kerana sikap pengunjung yang suka merosakkan harta awam....

Percutian Aku Sekeluarga - Kuala Kangsar 2005

 Afiq dan Amri bergambar sebaik sampai di replika Labu Sayong berhampiran Bandar Kuala Kangsar.Amri memang memberikan raut wajah terbaik apabila didepan kamera..
 Proton Waja kesayangan aku telah sampai di Kuala Kangsar..Inilah kampung halaman rakan karib aku,Ismanizam Yahaya....Teman dah sampai kampung miker,yob...hehhehe
 Tiga beradik ni sempat bermain air pancut kat replika ni..Pantang tengok air....
Berkesempatan gak melalui Jambatan Sultan Abdul Jalil...Maklumlah,Jambatan bapak aku..Terimakasih kerana mengabadikan nama arwah Bapa Kesayanganku pada jambatan ini...Mungkin sahabat karib aku,Ismanizam yang letakkan nama jambatan ni..Terimakasih yob ! 

Percutian Aku Sekeluarga - Pulau Pinang 2005

Aku sekeluarga berkesempatan untuk bercuti di Pulau Mutiara pada 4 & 5 hb Jun 2005..Selama 2 hari 1 malam aku sekeluarga menginap di Bayview Batu Feringgi Hotel,Pulau Pinang.Masa tu Peristiwa Tsunami dah berlaku lebihkurang 6 bulan yang lepas.Aku tengok masih ada lagi kesan ombak dan hakisan pantai yang berlaku pada waktu itu.Tapi tak terjejas sangat sebab aku tengok ramai gak orang yang datang bercuti kat area Pantai Batu Feringgi ni..
 Afiq dan Azim ni jenis memang suka berendam...Pantang tengok air,memang berkubang..Dia siap sound lagi,kalu tempah hotel,pastikan ada swimming pool..
 Aku rilex kat kerusi malas tepi kolam renang dengan Amri tengok gelagat Afiq dan Azim berkubang..Amri ni jenis takut pulak dengan air..Tapi itu masa dia kecik..Tapi sekarang,air takut dengan dia pulak...hehhhee
 Gambar matahari terbenam kat atas ni aku ambil dari balkoni Hotel Batu Feringgi Bayview tempat aku menginap.Gambar yang aku snap ni  kira ok gak walaupun guna kamera digital cap ayam aku....
 Ini merupakan aksi yang ditunjukkan oleh Amri apabila aku mengambil gambar dia...Geram jer aku tengok..

Aku Jadi SHO - Safety Health Officer

Selamat Datang Ke Blog Aku Jadi SHO...
Kemaskini : 19.5.2021

Assallamualaikum,
Terimakasih buat anda yang sudi berkunjung ke blog saya ini.'Aku Jadi SHO"..Saya akui dan faham situasi anda...anda sedang mencari ,search serta  google dan terjumpa blog saya ini kerana anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang SHO atau Safety Health Officer...Tahniah kerana anda berjaya menjumpai blog saya ini..Sila baca maklumat seterusnya dan juga ruangan sessi soal jawab dalam blog ini supaya anda lebih memahami tentang apa itu SHO...

Saya sebenarnya ingin berkongsi berkaitan bidang Safety ini ...kerana saya merupakan salah seorang dari SHO yang terdapat di dalam negara kita ini..dan saya juga bukan seorang yang terbaik dikalangan SHO di Malaysia ini..Saya juga masih belajar,masih merangkak dan tidak mempunyai pengetahuan luas di bidang Safety ini..Saya menulis dari apa yang ada pada diri saya,kisah diri saya,pengalaman saya dan saya cuma mampu berkongsi ilmu yang sedikit ini kepada pembaca blog saya..Sekurang-kurangnya,ilmu yang menafaat dapat dikongsi bersama pembaca yang terjumpa blog saya ini.Blog ini juga bukan jurucakap atau wakil dari pusat Latihan atau mana-mana Institusi,kolej mahupun universiti yang menyediakan kursus SHO serta apa jua yang berkaitan..Saya sekadar berkongsi tentang diri saya sebagai seorang SHO dan pengamal safety (OSH Practicioner) di Negaraku Malaysia..

Siapa Saya ??
umur saya 6 bulan...masih baby

Saya Mohd Rosly Abd Jalil..berasal dari Kg Chinchin,Jasin,Melaka....dilahirkan dari kalangan keluarga yang susah dan tidak memiliki kelulusan akademik yang tinggi..Saya bermula dengan pembelajaran asas di Sekolah Kebangsaan Chinchin,Jasin,Melaka dan terus melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Bendahara,Jasin,Melaka...Selepas selesai SPM,pelbagai kerja saya lakukan dengan membantu ibubapa saya di bendang (sawah),bekerja sebagai penoreh getah,pekerja buruh binaan dan penebar roti canai...Sehinggalah saya bekerja sebagai seorang kakitangan awam di Pejabat Daerah dan Tanah Jasin,Melaka selama 6 tahun 4 bulan...Saya meletakkan jawatan sebagai seorang kakitangan kerajaan dan terus menyambung pelajaran saya di IKM Jasin..Selepas selesai pengajian di IKM selama setahun setengah,saya mengikuti latihan praktikal selama 3 bulan di Advance Part Industry dan 3 bulan di Mintye Metal,Air Keroh,Melaka.Selesai latihan praktikal,saya di tawarkan mengikuti latihan selama beberapa bulan di Seoul,Korea Selatan.Selesai tamat latihan di "Negara K Pop" tersebut,saya telah ditawarkan bekerja di sebuah syarikat Industri Multinasional iaitu Samsung Corning di Senawang,Seremban,Negeri Sembilan selama lebih 20 tahun..semasa di syarikat tersebut,saya mula menceburi dan berjinak-jinak dibidang Safety and Health ini..Bermulalah kisah hidup saya sebagai SHO (Safety Health Officer) yang ingin saya kongsikan bersama semua pembaca blog saya ini....
Saya kini..


Bagaimana Anda Ingin Bermula Sebagai seorang SHO ??

Sebenarnya semua orang tak tahu nak bermula bagaimana dan apa tips yang perlu diikuti termasuklah diri saya dulu ..Semua orang memang 'zero knowledge' dibidang Safety sebelum menyertai kursus SHO ini(termasuk diri saya sendiri)...jangan bimbang,selepas anda menghadiri Kursus SHO ini selama 22 hari, barulah kita tahu apa itu SHO (Safety Health Officer)..,jadi kalau nak cerita lengkap pada waktu sekarang,memang susah nak saya huraikan sebab dikhuatiri nanti orang yang baru nak menjadi SHO akan menjadi lebih pening memahaminya..Apapun,saya cuba kongsikan perjalanan karier saya sebagai SHO..

Apakah Kelayakan Seseorang untuk menjadi seorang SHO?

Mereka yang memiliki SPM, sudah boleh mendaftar untuk mengikuti Kursus SHO (Safety Health Officer) ini di NIOSH...Rajin-rajin search laman web Niosh..refer website Niosh ini : http://www.niosh.com.my
Kena lah rajin sikit google info dari laman web tersebut..Kalau tak faham lagi,hubungi terus pihak NIOSH..kadang-kadang ada maklumat terkini yang NIOSH iklankan,so boleh dapat dari situ...Tak perlu hubungi saya sebab saya bukan bekerja di NIOSH pun..saya sekadar berkongsi info bagaimana ingin menjadi sebagai seorang SHO sahaja.Kalau keputusan SPM tak memuaskan dan tak layak mengikuti kursus SHO ???..wah ! soalan tu saya susah nak jawab..kena hubungi pihak NIOSH atau merayu dan sebagainya..Bab tak layak saya tak boleh nak tolong yer..Sebab ramai yang bertanya saya bagaimana kalau tak cukup syarat ???..Jawapan saya senang sahaja,cukupkan syarat ...itu sahaja...Saya harap pembaca faham dan tak akan bertanya soalan sebegitu lagi kat saya sebab saya tak boleh ubah keputusan exam anda.sebab saya sekadar seorang SHO jer dan bukan Pengarah Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan..hehehhe

Disamping itu,ada juga institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang menawarkan kursus berkaitan Safety atau OSH (Occupational Safety and Health) ini dari peringkat Diploma sehingga ke Master/PhD..kena rajin search dan tanya bahagian pengambilan pelajar di universiti berkaitan...Ada juga IPTS/Kolej swasta  yg berdaftar dgn Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP/DOSH). .Walau bagaimanapun,kena check betul2..kadang2 ada juga sijil dan diploma OSH yang tidak diiktiraf oleh DOSH (Department of Occupational Safety & Health) dari institusi tersebut..Check betul-betul pusat latihan yang diiktiraf oleh DOSH..jangan pulak dah abis belajar baru tau pusat latihan tersebut tidak diiktiraf oleh DOSHJ...ramai gak yang tanya soalan tersebut kat saya..saya terus jawab,no komen sebab saya ni sekadar SHO saja...apapun,try serach kat sini : http://www.dosh.gov.my .. 

Apapun,selalunya pihak NIOSH yang cukup sinonim dan popular dalam menyediakan training atau kursus berkaitan SHO ini.... Selalunya kursus SHO ni  akan ambil masa 22 hari untuk yang fulltime (Isnin - Jumaat) dan untuk partime  lebihkurang 4 bulan  (sabtu dan ahad) pada setiap minggu. Harga lebih kurang RM4950 (semasa zaman saya dulu...2008) termasuk kos untuk 4 paper exam..Apabila tamat kursus SHO tersebut (22 hari) ,anda akan menerima sijil kehadiran..Apabila sudah ada sijil kehadiran ini,anda layak untuk menduduki peperiksaan SHO tersebut. sekarang ada 4 kertas peperiksaan SHO yang perlu anda duduki.Akan datang saya tak pasti berapa kertas exam..sebab saya adalah sekadar SHO sahaja..maklumat lanjut,hubungi....dan
Refer website nih : http://www.niosh.com.my



Oklah,Saya sertakan sekali maklumat dan kandungan berkaitan Kursus SHO untuk mereka yang berminat mendalami bidang SHO ini...Sebelum lupa,pihak NIOSH juga memberi anda pilihan untuk mempelajari bidang SHO melalui interaksi atau nota samada dalam Bahasa Malaysia atau English...So,boleh pilih sendiri samada buku nota didalam BI atau BM...ikut kesesuaian anda...Walaupun slide NIOSH semuanya dalam BI,tetapi biasanya penceramah berinteraksi dalam Bahasa Malaysia..jangan risau...

SHO - NIOSH CERTIFICATE PROGRAMME (maaf content ni dalam BI)..
DURATION: (Tempoh ) Kursus SHO

FULL-TIME: 22 DAYS
MODULAR: 22 DAYS (5/6 DAYS PER WEEK)
PART-TIME: 22 DAYS (SATURDAY AND SUNDAY ONLY)
LANGUAGE: English/Malay

SHO/TR (Full-time)
SHOM/TR (Modular)
SHOP/TR (Part-time)
HRDF SCHEME: SBL (ini skim utk mereka yang sedang bekerja dan pihak majikan boleh claim HRDF)

COURSE FEES:  (kos ini mungkin berubah mengikut keadaan..hubungi NIOSH untuk maklumat lanjut)
PENINSULAR M’SIA : RM 4,000.00
SABAH and SARAWAK: RM 4,400.00
25% discount on Course Fee for Members of NIOSH and Government Agencies.


OBJECTIVE:
The programme will:
  • Enhance the candidate’s knowledge in matters pertaining to occupational safety and health concepts and principles
  • Train the candidates, enabling them to perform OSH activities/programmes to meet the requirements of OSHA and its Regulations
  • Prepare the candidates for an examination leading to their designation as competent Safety and Health Officers (SHO)
TARGET GROUP:
Under the Occupational Safety and Health Act 1994, certain classes of industries are required to employ a Safety and Health Officer. This course is intended to train competent individuals to hold this responsibility.
  • Safety Personnel/Managers
  • Supervisors
  • OSH Practitioners
  • Safety and Health Committee Members
  • Unregistered Safety and Health Officers
  • Engineers, Designers and Architects
  • Interested Individuals
COURSE CONTENT
TOPICS:
Module I – Occupational Safety and Health Management
  • Historical Perspective (Local and International)
  • Principles of Loss Prevention
  • OSH Policy, Organisation and Arrangements
  • Documentation, Manuals, Procedures and Instructions
  • Hazard Identification, Risk Assessment and Control
  • Incident Investigation
  • First Aid at Work
  • Emergency Plan and Preparedness
  • Performance Measurement and Monitoring
  • OSH Promotion and Communication
Module II – Occupational Safety and Health Legislation
  • The Setting Up and Importance of Safety and Health Committees
  • Sources of Information on other International Acts and Regulations
  • Historical Background of the OSH Legislation
  • Common Law Duties. The Tort of Negligence Vicarious Liability
  • Occupational Safety and Health Act 1994
  • Factories and Machinery Act 1967
  • The Approach of the Act and its 17 Regulations
  • Regulations on Health
  • SOCSO
  • Fire Services Act 1988 and Regulations: Feb 1995
  • Introduction and Overview of other related Legislations and Codes of Practices
Module III – Occupational Health
  • Occupational Health Overview
  • Occupational Diseases and Health Related Problems
  • Fundamentals of Toxicology
  • Occupational Health Standards
  • Occupational Health Monitoring and Surveillance
  • Ionising and Non-Ionising Radiation
  • Chemical Hazard Management
  • Specific Hazards
  • Pesticides
  • Occupational Dermatitis
  • Noise and Hearing Conservation Programme
  • Ventilation and Indoor Air Quality
  • Confined Space Hazards
  • Heat Stress
  • Respiratory Protection and Chemical Protective Clothing
  • General Health Promotion and Healthy Lifes
Module IV – Occupational Safety
  • Machinery Hazards
  • Safeguarding of Machinery
  • Safe Machine Operation
  • Maintenance of Machine, Guards and Tools
  • General Area Fencing
  • Housekeeping and Physical Arrangements
  • Safe Devices and Operation of Pressurised Equipment
  • Electrical Safety
  • Site Visit
  • Safety Devices and Safe Operation of Hoisting Machinery
  • Construction Safety
  • Safety of Hand and Portable Power Tools
  • Material/Manual Handling
  • Office Safety
  • Ergonomics
  • Defensive Driving
  • Personal Protective Equipment (For Safety)

Apakah Langkah Seterusnya selepas selesai Exam SHO ??

Selepas selesai semua exam  SHO dan lulus, seseorang SHO mestilah bekerja selama 3 tahun dlm apa2 bidang OSH (Safety). Selepas 3 tahun, boleh la mendaftar di JKKP..Kenapa 3 tahun  diperlukan dan mesti dibidang OSH (Occupational Safety And Health )??...tu kena tanya DOSH sendiri.sebab saya sekadar SHO sahaja bukan pencipta undang-undang SHO..ikut ajer peraturan tu kalau nak jadi SHO...hehehhee...
Competent SHO adalah SHO yg berdaftar dgn JKKP...Competent adalah bermaksud orang yang berkelayakan ...Kalau dah layak sebagai Competent  SHO,anda akan dianugerahkan Green Book (Buku Hijau) sepertimana yang saya perolehi sekarang...Green Book ni sama macam lesen memandu jugak...ada lesen bermaksud anda sudah jadi "competent driver" ..
Dalam ertikata yang lain : SHO ditauliahkan oleh DOSH dan lesen memandu pula ditauliahkan oleh JPJ...faham ??

Apa beza kalau tak ada Green Book SHO ??

Kalau tak ada Green Book bermaksud anda bukan orang yang berkelayakan atau competent di bidang Safety..tetapi anda masih boleh bekerja di bidang safety...Sama juga,anda boleh memandu kenderaan walaupun anda tak ada lesen..tetapi anda tidak diiktiraf sebagai pemandu yang berlesen...Dah jangan pening-pening kepala tentang Green Book SHO ni...

Ada yang gagal dapat Green Book SHO ?

Ya memang ada..mungkin disebabkan tidak cukup pengalaman dalam bidang safety selama 3 tahun atau tidak ada rekod atau bukti bekerja di bidang safety atau juga menipu maklumat apabila diminta oleh DOSH..

Apakah sebenarnya kerjaya sebagai SHO atau Safety Health Officer.???

Safety and Health Officer (SHO) atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan merupakan seorang pegawai yg dilantik oleh majikan untuk mentadbir dan menguruskan sistem keselamatan serta kesihatan di tempat kerja samada sektor industri, perlombongan,pembinaan, perhotelan, atau sektor kerajaan.

Ramai juga masyarakat yang keliru apa itu Safety Officer dan apa itu Security Officer..ramai yang mengganggap bahawa SHO ni sama seperti Security Guard..sebenarnya kedua-dua jawatan ini berbeza macam langit dengan bumi..disini saya terangkan dengan lebih jelas peranan serta kerjaya sebenar sebagai seorang SHO (Safety Health Officer) atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Sebenarnya, tugas sebagai SHO adalah merupakan seorang penasihat kepada pihak majikan tempat dia bekerja mengenai isu2 keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Isu-isu berkaitan yang boleh menyumbangkan kepada berlakunya kemalangan,kebakaran serta pelbagai isu keselamatan di tempat kerja. Selain dari itu, SHO juga menasihati majikan supaya mematuhi segala aspek2 yang telah ditetapkan oleh undang2 kerajaan samada di bawah Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA), Akta Jentera & Kilang (FMA), Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) dan byk lg undang2 lain yg termaktub yang berkaitan dengan tempat kerja.


So, menjadi tanggungjawab majikan untuk melantik seorang atau lebih (bergantung pada industri masing2) SHO untuk menasihati, mentadbir dan mengurus segala selok belok keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini untuk syarikatnya.

Kenapa kerjaya SHO?

OSH (Occupational Safety and Health) di Malaysia ini sebenarnya masih lagi bertatih...(peringkat permulaan)..Masih lagi ada kalangan masyarakat,majikan serta pekerja yang masih mengganggap bahawa keselamatan adalah isu remeh..Perlaksanaan OSH atau Keselamatan serta Kesihatan di tempat kerja ) samada dari agensi kerajaan mahupun swasta masih kurang. Seboleh-bolehnya kita cuba mempertingkatkan mutu OSH di sektor pekerjaan. Dengan mewajibkan SHO di setiap kilang, SSS (Site Safety Supervisor) di bidang construction serta pelbagai jawatan berkaitan OSH ,majikan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja mereka sendiri.Malah sekarang ini sudah ada di Sekolah,Kolej mahupun IPTA sekarang sudah mula menerapkan Konsep Keselamatan serta jawatan pengamal OSH ditempat kerja mereka. Tidak hairanlah,kadang2 SHO yang berdaftar dgn JKKP serta berkelayakan ini akan di bayar gaji yang agak lumaayan.

So, ni serba sedikit perkongsian saya mengenai SHO ...sesiapa yang berminat nak menceburi bidang OSH ni dapat sedikit gambaran..apapun OSH ni bukan setakat SHO jer, tetapi banyak cabang dan pilihan dalam bidang Safety ini..

Diharap suatu hari nanti, pembaca blog saya ini dapat meningkatkan kesedaran dibidang OSH bukan sahaja ditempat kerja tetapi di rumah supaya anak kita,isteri serta seluruh keluarga kita mengambil berat tentang soal keselamatan.

Ingatlah, Keselamatan perlu menjadi perkara utama dan bukan sekadar buat-buat lupa !..Safety First !..Utamakan Keselamatan !

Adakah di tawarkan kerja sebagai SHO selepas tamat Kursus SHO di NIOSH?

Untuk makluman pembaca blog saya ini,rezeki serta kejayaan seseorang adalah ditangan tuhan.Saya tak dapat nak menjanjikan pekerjaan seseorang selepas habis kursus SHO.Saya sekadar menceritakan tentang bagaimana untuk menjadi SHO dan saya tidak menyediakan sebarang pekerjaan.Mohon pembaca faham dan tidak bertanyakan soalan yang sama berkaitan peluang kerja selepas tamat kursus SHO.

PERHATIAN !!

BERKUATKUASA SERTA MERTA,SESIAPA SAHAJA YANG INGIN BERTANYA TENTANG SHO,SOAL JAWAB BLOG SAYA INI,MENJEMPUT SAYA MEMBERI CERAMAH,MEMPELAWA SAYA MENGENDALIKAN LATIHAN DALAM TOPIK SAFETY DITEMPAT KERJA ANDA ATAU APA-APA SAHAJA PERTANYAAN BERKAITAN,SILA EMAIL KEPADA SAYA : afqbiz@gmail.com atau whatsapp sahaja ke no hp saya : 0196526265.
PERBUALAN MELALUI TELEFON AMAT TIDAK DIGALAKKAN KERANA SAYA SERING SIBUK DENGAN AKTIVITI CERAMAH DAN LATIHAN YANG SAYA KENDALIKAN.SAYA AKAN CUBA MEMBALAS EMAIL ATAU WHATSAPP YANG DIHANTAR KEPADA SAYA MENGIKUT MASA YANG SESUAI.KERJASAMA ANDA AMAT DIHARGAI.

Terimakasih

************************************************************
ISTIMEWA BUAT PEMBACA BLOG SAYA...

***************************************************************************

1. Saya ada menyediakan beberapa langkah-langkah untuk menjadi seorang SHO,beberapa contoh soalan yang lepas-lepas utk Exam SHO,tips berkaitan kursus SHO serta contoh-contoh soalan dan jawapan Paper #1,#2,#3 serta WPA (Workplace Assigment) Paper 4 # untuk bakal-bakal SHO yang benar-benar berminat untuk membuat rujukan.Saya jual secara online khas untuk pembaca blog saya..


HARGA PROMOSI : RM 100 UNTUK SEMUA SAMPEL SOALAN DIATAS !! TEMPAH SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI KHAS UNTUK AHLI VVIP ; PEMBACA BLOG SAYA INI..SIAPA CEPAT DIA DAPAT DENGAN TAWARAN HARGA ISTIMEWA INI..
KEPADA YANG BETUL-BETUL BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN CONTOH-CONTOH SOALAN DAN JAWAPAN EXAM SHO INI ,BOLEH WHATSAPP KEPADA SAYA  : 0196526265 DAN SERTAKAN : NAMA PENUH,EMAIL ADDRESS DAN ALAMAT PENUH ANDA.SAYA AKAN EMAIL SELEPAS SEMUA BAYARAN TELAH DITERIMA.TERIMAKASIH


3.Sejak akhir-akhir ini agak sibuk dengan pelbagai jemputan ceramah,latihan serta audit berkaitan OSH.Syukur Alhamdulilah..Boleh rujuk aktiviti saya dengan klik sini...Cuma saya kadang-kadang sibuk dan tak sempat nak update maklumat dan info terkini.Maaf juga sekiranya saya lambat reply serta lewat menjawab pertanyaan pembaca blog saya..Maafkan saya.... 
Untuk melihat sendiri tugasan serta kerjaya saya sebagai seorang Safety Consultant,Sila layari : www.roysafety.blogspot.com  atau Like FaceBook saya : Afq Training And Services atau email : afqbiz@gmail.com..Segala soal jawab boleh diajukan melalui Facebook saya kerana saya tidak dapat menjawab segala pertanyaan anda melalui telefon atau watsaap...Sila like atau join FB saya untuk maklumat lanjut.
..
4. Di kesempatan ini,saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pembaca yang tidak putus-putus menghubungi saya melalui watsapp dan bertanyakan pelbagai soalan dan pencerahan berkaitan SHO.Saya amat menghargai segala soalan yang diberikan walaupun ada jawapan dan persoalan telah tertera dalam blog saya ini..Mohon pembaca dapat membaca segala komen yang tertera dalam blog ini dan memahami segala soal jawab yang diterangkan...
Oh ya! atas ucapan terimakasih dan penghargaan,saya senaraikan mereka yang bertuah dan pembaca setia blog pilihan saya yang menghubungi melalui watsapp...Kesungguhan dan sokongan anda amat dihargai...Moga kita terus dapat berhubung antara satu sama lain..

Terimakasih

******************************************************************************

PENGUMUMAN KHAS UNTUK PEMBACA BLOG SHO INI !!..disertakan beberapa iklan Kursus SHO selain yang disediakan oleh NIOSH.Hubungi terus pihak yang menyediakan Latihan/ Kursus SHO ini..

Program Safety and Health Officer (SHO)


*******************************************************************************

KEPADA MEREKA YANG SUDAH BEKERJA SEBAGAI SHO,TETAPI MASIH TIDAK TAHU NAK MEMBUAT LAPURAN SEBAGAI SHO ??..MUDAH SAHAJA ! ANDA BOLEH MEMBELI DARI PIHAK KAMI SAMPEL-SAMPEL LAPURAN YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK ANDA SEMASA BEKERJA SEBAGAI SHO..JIKA BERMINAT,SILA HUBUNGI ADMIN UNTUK MAKLUMAT LANJUT DENGAN HARGA YANG ISTIMEWA..MUDAH DAN ANDA CUMA ISI MAKLUMAT SAHAJA..FORMAT LAPURAN KAMI TELAH SIAPKAN UNTUK ANDA...
  
HARGA PROMOSI : RM 100 UNTUK SEMUA SAMPEL REPORT DIATAS !! TEMPAH SEKARANG DENGAN HARGA PROMOSI KHAS UNTUK PEMBACA BLOG SAYA INI..
HANYA MEREKA  YANG SERIUS BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN LAPURAN INI,BOLEH HUBUNGI SAYA - MOHD ROSLY BIN ABD JALIL.SILA WHATSAPP  KE NO HP SAYA : 0196526265 DAN SERTAKAN : NAMA PENUH,EMAIL ADDRESS DAN ALAMAT PENUH.SAYA AKAN EMAIL SELEPAS SEMUA BAYARAN TELAH DITERIMA.TERIMAKASIH


*********************************************************************************

 Aku SHO ??? Tak sangka..kekadang aku tak terfikir aku boleh jadi Safety Health Officer (SHO) hari ini.Maklum sahajalah,dulu masa di IKM belajar Pemesinan Am,lepas tu sambung ke Korea belajar CNC Machine,balik ke Malaysia terus handle machine CNC Lathe.....Hehehe....Tak sangka yer..
Aku bukan ada basic atau asas berkaitan Keselamatan / Safety !..aku memang tak pernah belajar tentang safety sebelum ini..Jangan sangka aku ni terror dibidang Safety yer..Aku juga sama macam korang..Memang tak ada langsung pengetahuan tentang Safety...So,semua orang memang tak ada ilmu Safety selagi dia belum menyertai atau menghadiri Kursus Safety termasuklah aku...Aku sebelum ini bekerja sebagai Pengendali Mesin (Machinist)..selepas tu bertukar ke jabatan HR (Sumber Manusia)...berpindah ke jabatan Admin (Pentadbiran)..selepas tu,bekerja di bidang PR (Public Relation) ...memang langsung tak ada kena mengena dengan dunia Safety....Tetapi,pada 2008,tetiba aku dipindahkan ke jabatan Safety atas arahan pengurusan atasan tempat kerja aku ...jabatan yang langsung aku tak jangka boleh bekerja disitu...Aku pun terus belajar dan mula fokus kepada Safety..terus terang aku cakap pada masa tu aku tak ada mentor..tak ada cikgu safety dan tak ada siapa yang aku nak rujuk..Aku diarahkan berpindah ke Jabatan Safety kerana boss Jabatan Safety pada masa tu berhenti kerja..Pihak syarikat memilih aku untuk menggantikan tempat dia yang berhenti tu...terkejut gak pada masa tu sebab aku memang langsung tak ada ilmu Safety pada masa tu...parah macam ni..Kiranya macam bidan terjun..apa nak buat,redah ajer lah beb..

Oleh kerana aku 'dipilih' untuk pindah ke safety,aku pulak 'memohon' untuk mengikuti Kursus SHO di NIOSH...Kalau tidak,susah aku nak lakukan kerja sebab aku bukan ada ilmu Safety pun...majikan aku faham dan aku diberikan perlepasan untuk mengikuti kursus SHO tersebut..Yahoooooo...
Setelah mendapat kelulusan dari majikan,aku terus mengikuti kursus SHO di NIOSH,Bangi,Selangor selama 22 minggu (part time)....Aku FOKUS ! FOKUS ! FOKUS !! dan terus fokus untuk mendapat sijil SHO seterusnya menjadi orang yang kompeten dan pemegang Buku Hijau @ Green Book Holder -SHO !!Alhamdulilah Syukur..aku berjaya ,walaupun aku memang langsung tak ada basic safety sebelum ini...Kita kena berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya..
Sebenarnya aku memang tak pernah bermimpi menjadi 'Orang Yang Berkelayakan' atau Competent Person dalam bidang Safety and Health ini.Walaupun kat Malaysia ni ramai yang tak tahu apa itu SHO,tapi setelah aku menjadi SHO,barulah aku tahu betapa pentingnya SHO ditempat kerja.

Peluang untuk mengikuti Kursus Pegawai Keselamatan (SHO) ini secara part time di NIOSH Bangi pada awal 2008 memang aku gunakan sepenuhnya.Tempoh selama 22 minggu aku habiskan demi untuk menjadi seorang SHO.Setiap hujung minggu aku terpaksa korbankan duit petrol,tol, masa bersama keluarga untuk berulang alik dari rumah aku di Seremban ke NIOSH,Bangi..Setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) selama 22 minggu aku memang tak ada rehat langsung..Isnin hingga Jumaat kerja,Sabtu dan Ahad pulak training.Kos membiayai kursus ini hampir mencecah RM5000 tak termasuk duit minyak,tol,makan minum,belanja kengkawan,servis kereta dan sebagaiya...Siapa kata senang nak jadi SHO ??...Susah woo..tak ada yang senang dalam hidup kita ni...Semasa menjalani kursus SHO di NIOSH,Bangi ini,ramai jugak kawan-kawan sekelas aku..Penghulu,Encik Halim...penolong pulak Ms Selvi..serta lain-lain rakan sekelas dari pelbagai latarbelakang dan kerjaya...Seingat aku kengkawan sekelas aku masa tu..Hamsaton kerja di Berjaya Times Square,Khalid dari Sapura,..Syukri dari Construction,Kelvin dari Lafarge Rawang,Tapi sebenarnya,tak semua rakan aku sekarang bekerja sebagai SHO..tak semua yang terus berkecimpung dalam bidang Safety..Tak semua yang ambil exam SHO..dan tak semua yang jadi seorang SHO - Competent Person macam aku....aku rasa tak sampai 15% dari seluruh classmate aku yang menjadikan SHO ini sebagai suatu kerjaya..Ramai rakan-rakan aku yang sekadar hangat-hangat tahi ayam...Sehingga kini,tinggal aku sahaja 2/3 orang yang masih di dalam dunia Safety and Health ini...Aku harap,sesiapa juga pembaca blog aku yang berhajat nak jadi SHO,aku cuma ingin berpesan,kena FOKUS ! FOKUS ! dan FOKUS !..kalau setakat saja nak main-main dan tak ambik serius,aku cadang korang lupakan sahaja hasrat murni korang..membazir jer...
Tapi,aku tetap teruskan juga bidang ini ..walaupun banyak masa,duit dan tenaga yang telah aku korbankan,aku tetap bertekad untuk menjadi seorang SHO yang memegang title 'Competent Person"..Akhirnya aku berjaya menjadi SHO setelah lulus kesemua empat kertas peperiksaan .Aku berjaya dapat Passport Bangla ni (Green Book)...

Syukur Alhamdulilah, sebab bukan senang nak jadi senang ...Tapi,tanggungjawab sebagai SHO cukup besar bagi memastikan tempat kerja sentiasa selamat untuk bekerja dan pekerja pula perlu sentiasa mengamalkan sistem kerja selamat.Apatah lagi,SHO merupakan 'penasihat' kepada pihak majikan...Adakah majikan nak dengar 'nasihat' aku tentang soal keselamatan ?Apapun,setakat ini aku cukup bersyukur bekerja di dalam majikan yang memahami tugas aku,Bukan soal majikan kena dengar  cakap SHO tetapi "Bagaimana SHO boleh mempengaruhi Majikan dalam memastikan soal keselamatan dan kesihatan pekerjaan" sentiasa terpelihara di tempat kerja...

Jadi SHO,nak kerja macam mana ??? Aku sekadar share beberapa bidang tugas kerja aku...Tugas harian,mingguan,bulanan,tahunan dan Emergency & Urgent !!..

Audit,Inspection & Patrol 
TUGAS HARIAN (Routine Job/Task) Tugas aku setiap hari adalah buat Inspection/Patrolling (Rondaan),Audit serta buat daily report hasil dari aktiviti harian tersebut..Hari-hari aku kena berjalan lebihkurang satu kilometer sekitar tempat kerja untuk sessi pagi (1st round) dan sessi petang (2nd round)....Kalau aku tak buat audit,report aku pada hari tersebut...boss mula jeling,apa kerja yang ko buat hari ni ???Suka tak suka,kena cari finding jugak...
Audit sesuatu mesin..Selamat Atau Tidak ???
Kalau ada mana-mana chemical atau alatan yang tidak selamat,pastikan dibuat lapuran dan minta pihak berkaitan dapat memastikan ianya sentiasa selamat.Semua chemical kena register,kena daftarkan,pastikan ada CSDS/MSDS/SDS....mesti strorage dan simpan chemical dalam keadaan selamat...
Pastikan dilabel atau disimpan tempat yang selamat dan sesuai
Walaupun melibatkan perkara remeh,semua 'unsafe condition' perlu dilapurkan..Jangan pandang sebelah mata unsafe act & unsafe condition...Jangan sampai dah accident,baru nak buat improvement...dah lambat..
Zink nak jatuh pun kena lapur..takut angin tiup boleh diterbangkan dan 'memotong' leher mangsa...
Setiap minggu kami selalu adakan 'Weekly Safety Day' dimana kami memilih hari-hari tertentu untuk menjalankan aktiviti safety..Kadang-kadang,SHO akan bersama Pihak Pengurusan tertinggi Syarikat akan membuat rondaan sekitar tempat kerja dan melihat sendiri keadaan safety disitu...Apa !! ingat kerja SHO goyang kaki ker ???....belum lagi pegawai DOSH datang visit..berpeluh gak nak jawab soalan diaorg...

SUSAH KER KERJA SHO ??
Ramai yang tanya pada aku,adakah susah nak jadi SHO??sebenarnya susah senang bergantung kepada kita..bergantung kepada minat kita dan bergantung kepada keikhlasan kita..Nak jadi SHO sebab nak gaji banyak atau nak bantu orang ???..tanya diri sendiri....Aku sekadar nak berkongsi dalam blog aku ini..Untuk jadi SHO memang kena banyak berkorban..korban masa,duit dan tenaga ..semua kena berkorban...Kalau sekadar nak main-main,aku rasa elok lupakan sahaja bidang SHO ni.Pergi cari kerja lain...Sebabnya, tak semua orang boleh tumpukan pelajaran dalam kelas SHO ni...Kelas aku sendiri ada 25 orang,tetapi aku rasa tak sampai 5 orang yang betul-betul meneruskan kerjaya dalam bidang Safety..Ini realiti..Bila aku jumpa balik diorang selepas 3/4 tahun,diorang semua dah kerja selain dari bidang Safety..bila tanya kenapa?..tak best lah,Safety susahlah dan mula menunding jari kepada pihak lain selain dari menyalahkan diri sendiri....Maaf cakap,aku sebenarnya memang "zero knowledge" dalam bidang safety sebelum aku menghadiri kursus SHO ni..tapi bila aku masuk kursus SHO ini,aku terus memberikan 200% bidang SHO ini tanpa menoleh kebelakang lagi...Aku terus belajar-belajar-dan belajar hingga ke saat ini...Aku pergi kesana kemari,masuk blog,buka FB,like dengan senior2 Safety,tanya Otai-Otai SHO,hadir semua kursus safety,join safety seminar,jumpa ramai orang,buat muka tak malu,cari info Safety terkini,keluar masuk pejabat DOSH negeri,Putrajaya ,berbincang dengan pelbagai consultant,tak faham angkat tangan semasa dalam kursus,join persatuan safety,join bengkel safety,bayar duit seminar safety....dan semua buku-buku safety aku beli...Memang habis duit melebihi dari yuran kursus SHO..Hasilnya,inilah yang aku dapat pada hari ini.....BERBALOI-BALOI !!

Weekly Safety Day Audit
Bukan sahaja pekerja,tetapi vendor atau contractor ditempat kerja aku juga aku audit berkaitan cara kerja selamat.Ini bermakna,mana-mana manusia dalam premis tempat kerja aku akan aku pastikan semua bekerja dalam keadaan selamat..Semua aku periksa,semua aku audit / inspect dan membuatkan ramai yang rimas bila aku datang...Ramai yang kurang senang dengan tugas aku...Lantak korang nak kata apa,aku tetap jalankan tugas sebelum korang ditimpa kemalangan atau musibah..Kalau dah berlaku kemalangan,jangan salahkan aku yer...Ingat !! Mencegah Lebih Baik Dari Mengubatinya.."Prevention Is Better Than Cure"
Menerangkan kepada pekerja syarikat vendor tentang Unsafe Act / Condition
PPE Vendor juga sering kena periksa dan audit..Itu adalah tugasan aku..Kena follow Basic Safety Rules & Regulations..Kalau tak boleh ikut,akan kena penalti..
Safety helmet perlu dalam keadaan baik dan dipakai dengan sempurna apabila bekerja.
APA DUGAAN KERJA SEBAGAI SHO ??
Dugaan dan cabaran adalah asam garam SHO..kalau tak ada jatidiri,jangan jadi SHO....kita kena firm tentang apa jua tindakan jika kita dipihak yang benar...Kalau pekerja tak pakai Safety Helmet,SHO kena tegur dia..Kalau dia tak pakai jugak,ambik tindakan..Masih lagi degil?boleh guna denda..TAPI !! Perlu ada Safety prosedur..SHO kena cipta Safety Management Prosedur dan mendapat kelulusan pengurusan syarikat..kena bagitau semua orang semasa hari pertama dia masuk kerja..bagi diorang safety briefing dan Induction Safety sampai mereka betul-betul faham...Nama pun,Safety First !!....Masih degil lagi tak ikut prosedur??..halau dari tempat kerja!..kenapa halau pekerja yang degil ??..sebab dah ada safety prosedur,kenapa tak ikut ??..Lebih elok kita halau dia daripada dia mati sebab kepala pecah kerana tak pakai helmet !!..lebih baik .. kita halau dia sekarang daripada kita terpaksa kutip mayat dia sebab accident tak ikut Safety Prosedur..Faham tak bakal SHO semua ??  Ingat !! tugas kita nak bantu diaorang dari tercedera atau terlibat kemalangan...SHO mesti berjiwa Kental !

Dengar Pantun Tugas SHO ini......
SHO selalu dibenci orang ??..Ya betul,sebab SHO selalu berhentikan mesin operasi ?? Sebab apa SHO berhak berhentikan operasi ?? Sebab SHO tak mahu ada orang putus tangan kaki ??..Pasal apa boleh putus tangan kaki ??..Masih ada manusia degil dan tak ikut Safety ??..Kenapa tak ikut Safety ??..sebab Safety Health Officer (SHO) ramai yang orang benci...Kenapa SHO dibenci ?? sebab SHO ada tugas hakiki ?? Apakah tugas hakiki ??...SHO PERLU PASTIKAN JANGAN ADA PEKERJA YANG MATI......Faham tak ????


Aktiviti mingguan aku (setiap Isnin)-WEEKLY TASK... aku akan adakan Safety Weekly Review Meeting bersama Safety Committee ,Manager,Supervisor dan Pengurusan Tertinggi syarikat.Aku sebagai SHO akan menerangkan hasil safety audit kepada yang hadir..nak komplen atau nak pertikaikan,boleh dibuat semasa meeting tersebut.Boleh berbincang..kalau rasa tak puashati kena beritahu semasa meeting,..kalau korang rasa unsafe finding (Keadaan Tidak Selamat) bukan milik anda,sila nyatakan alasan dan berikan alasan yang kukuh..Selepas semua pihak berpuashati,aku akan hantar hasil perbincangan dan minit meeting kepada pihak pengurusan syarikat aku...Tak perlu nak tunggu 3 bulan sekali baru nak hantar report...Lapuran hasil weekly meeting aku kongsi secara online kepada semua pekerja dan pihak majikan..Tiada lagi cakap2 belakang selepas tu yer ..Tak ada seorang pun yang tak puashati atau pertikai tugas aku..Segala kerja aku adalah tanggungjawab aku..Tak suka,tak apa sebab aku jalankan amanah yang diberikan oleh syarikat. 
Inilah pentingnya 'Safety Weekly Review Meeting'
Safety Health Committee-SHC @ Jawatankuasa Keselamatan Di Tempat Kerja perlu diberi kuasa..kuasa untuk memeriksa unsafe act/condition di tempat kerja atau jabatan mereka sendiri,..kuasa memastikan pekerja ditempat kerja mereka memakai PPE yang dibekalkan dan memberi 'kuasa' untuk mereka memberikan idea,pendapat dan pandangan....demi untuk keselamatan semua...Kena support Safety Health Committe (SHC) kerana diorang yang membantu SHO macam aku..berikan penghargaan kepada Safety Health Committee (SHC) walaupun tugas diorang adalah sekadar 'sukarela' atau 'paksa rela'...Diaorang adalah mata dan telinga SHO mcam aku..hargai mereka..berikan diorang pakaian,tshirt atau jeket rasmi serta sesekali berikan hadiah atau belanja makan-makan.....*sekadar idea dan bukannya ada dalam OSHA 1994* pun....hihii
Mereka rasa bangga sebagai Safety Committee
Seminggu sekali aku sering audit alatan keselamatan/PPE serta First Aid Box.Aku nak pastikan segala facilities safety berada dalam keadaan baik.Ianya adalah memastikan agar tiada masalah sekiranya berlaku keadaan kecemasan...
Periksa First Aid Kit secara berkala setiap minggu

Pastikan juga kandungan First Aid Kit mencukupi,lengkap,bersih,dikemaskini serta dijaga dengan sempurna.
Kadang-kadang aku buat 'spot check 'pemeriksaan mengejut' untuk memastikan peralatan safety sentiasa dalam keadaan terbaik..kalau kita buat plan audit atau inspection,diaorang dah prepare siap-siap..semuanya cantik belaka..Tak boleh macam tu..kita mahu keadaan selamat setiap masa dan bukan semasa audit sahaja.
Person In Charge utk First Aid Kit kena ikut sekai audit sebagai saksi

Aku akan pastikan senarai First Aid Kit sentiasa lengkap dan sempurna
Itulah sebahagian tugas mingguan aku sebagai SHO..Apapun,daily routine job diteruskan juga seperti biasa.

Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog aku ini...Untuk lebih lanjut tentang aktiviti yang aku jalankan,sila layari Facebook : Afq Training And Services atau layari www.roysafety.blogspot.com atau www.afq.com.my
SOAL JAWAB BERKAITAN SHO

Ada orang tanya saya macam-macam tentang SHO ini..saya cuba jawab satu persatu secara peribadi..

S1.Macamana nak jadi SHO ??
J1: Layari laman web NIOSH dan baca semua syarat dan keperluan untuk layak menghadiri kursus SHO ini...layari www.niosh.com.my

 S2.Susah ke nak buat kerja SHO ni?
J2.Saya sebenarnya susah nak jawab soalan-soalan sebegitu..Nak kata susah,semua kerja susah..Nak makan nasi pun susah..sebab kena ambik pinggan,isi nasi dalam pinggan,kena basuh tangan,kena masukkan kuah dalam pinggan..selepas tu kena suap ke mulut,selepas tu kena telan dan sebagainya..jadi,tiada kerja senang dalam dunia ni termasuk kerja sebagai SHO.

S3.Kerja ditawarkan ker selepas dapat Green Book ??
J3.Tidak...Cari sendiri,usaha sendiri dan gunakan pengalaman sendiri...Rezeki ditentukan oleh Allah.

S4.Selepas lulus peperiksaan SHO Green Book,apa yang perlu dilakukan ??
J4.Dapatkan pengalaman 3 tahun dibidang Safety..samada menjadi safety committee,melakukan kerja dalam bidang safety,menjadi safety supervisor dan sebagainya..Semua tugas ini perlu di dokumen sebagai evidence.

S5.Bolehkah syarikat mengambil saya bekerja sekiranya saya belum mendapat Green Book tetapi telah menghadiri kursus SHO selama 22 hari ?
 J5.Boleh,tiada masalah dan syarikat berhak mengambil sesiapa sahaja yang mereka inginkan.

S6.Bolehkah saya bekerja di bidang safety sekiranya tiada Green Book tetapi telah menghadiri kursus SHO selama 22 hari ?
 J6.Boleh,terpulang kepada pihak syarikat samada ingin memilih SHO mempunyai Green Book atau tidak.

S7.Saya bukan SHO dan tiada Green Book,bolehkah saya bekerja dan menjalankan tugas-tugas sebagai SHO ?
 J7.Anda boleh bekerja dan menjalankan apa jua tugas SHO ditempat kerja.Tetapi anda sebenarnya tiada pertauliahan sebagai orang yang berkelayakan (Competent Person) sebagai seorang SHO...Ianya sama seperti Lesen Memandu yang dikeluarkan oleh JPJ..Ramai yang boleh memandu,tetapi adakah mereka ada lesen memandu ???...Sama juga dengan SHO atau pemegang Green Book.Anda boleh melakukan semua kerja safety ditempat kerja,tapi adakah anda adalah "Competent Person" ?

S8.Saya seorang perempuan dan berminat bekerja di bidang SHO.Adakah saya boleh bekerja di bidang ini  ?
 J8.Boleh,sesiapa sahaja boleh menceburi bidang ini asalkan dia layak dan memenuhi kriteria serta syarat yang ditetapkan.

S9.Setelah lulus semua 4 paper Exam SHO,apakah yang perlu dilakukan   ?
 J9.Boleh mendaftar dengan DOSH (JKKP) dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan didalam borang permohonan pendaftaran SHO.Anda perlu mempunyai pengalaman 3 tahun dan terlibat secara langsung dalam bidang Safety and Health. 

S10.Setelah lulus semua 4 paper Exam SHO,adakah pengalaman 3 tahun sebelum ini diambil kira atau bermulanya tarikh kita lulus Exam SHO   ?
 J10.Pengalaman 3 tahun tetap diambil kira walaupun anda belum mengikuti kursus SHO ini.Tetapi perlu dibidang yang sama iaitu Safety and Health.Semua perlu rekod,disimpan sebagai bukti dalam bentuk dokumen (hard copy)

 S11.Apakah akan terjadi sekiranya saya gagal Exam SHO?
 J11.Anda diberi peluang untuk mengulangi kertas yang gagal dan menduduki exam tersebut dalam tempoh 2 tahun dari tarikh exam tersebut.

S12.Apakah akan terjadi sekiranya setelah gagal Exam SHO,tetapi saya tidak mengulangi dalam tempoh 2 tahun?
 J12.Anda perlu mengikuti Kursus SHO semula selama 22 hari dan mengikut prosedur sepertimana yang ditetapkan oleh pihak NIOSH.

S13.Apabila sudah memiliki Green Book SHO,apakah yang perlu saya lakukan ?
 J13.Sebagai seorang SHO yang berkelayakan (competent person ),Anda perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang SHO.Setiap tahun anda perlu mengumpul mata CEP (Continuos Education Point) dengan menyertai Latihan,Seminar,Workshop,Conference berkaitan Safety and Health untuk mendapatkan 30 mata (point) dalam tempoh setahun.30 mata setahun perlu dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun yang akan menjadikan jumlah mata keseluruhan 90 mata CEP.Dengan adanya CEP 90 mata akan melayakkan anda memperbaharui Green Book SHO anda pada tahun berikutnya.

S14.Apakah tugas-tugas SHO yang perlu saya lakukan ?
 J14.Rujuk kepada aktiviti dan program yang saya jalankan ditempat kerja dalam blog ini.

S15.Apakah kelayakan mengikuti Kursus SHO sekiranya saya ada Sijil SPM  ?
 J15.Sekiranya anda mengambil SPM tahun 2000 kebawah (tahun 1999,1998,1997 dsbnya),kelayakan minimum hanya perlu lulus SPM.Tetapi sekiranya anda mengambil SPM selepas tahun 2000 (Tahun 2001,2002,2003 dsbnya),sekurang-kurangnya Lulus Bahasa Inggeris,Matematik dan Sains.Sila rujuk kepada pihak NIOSH untuk maklumat terkini berkaitan kelayakan tersebut .

S16.Saya adalah lepasan IPTA/IPTS dan mempunyai Degree/Diploma/Master..Adakah saya layak untuk menjadi SHO  ?
 J16. Kelayakan minimum SHO adalah sepertimana contoh iklan kursus SHO yang dinyatakan dalam blog ini.Jadi,tiada masalah untuk anda mengikuti kursus SHO yang ditawarkan jika anda betul-betul berminat.

S17.Saya berminat di bidang Safety /SHO tapi tiada pengalaman dan langsung tiada maklumat..Macamana nak mula?
 J17.Semua orang termasuk saya bermula dengan 'kosong'..tak ada orang yang terus menjadi SHO dan mempunyai pengalaman dan ilmu.Manusia juga sejak lahir bermula dengan meniarap,merangkak,berjalan dan terus boleh berlari..Kita kena bermula dari Zero..Jadi,tiada yang mustahil kalau kita ingin berjaya dalam bidang safety..kerana kita kena FOKUS ! FOKUS ! FOKUS ! dan berusaha untuk terus berjaya..

S18.Apakah bezanya SHO Green Book dengan Yellow Book ?
 J18.SHO Green Book adalah lebih meluas kepada general safety (OSH)...tetapi Yellow Book atau SSS (Triple S) adalah sebagai Site Safety Supervisor yang lebih menumpukan pengurusan keselamatan di tapak bina @ Construction...Apapun,peranan kedua-duanya adalah penting bagi memastikan keselamatan di tempat kerja dapat diutamakan.Rujuk website NIOSH untuk maklumat lanjut.

S19.Saya tinggal diluar lembah kelang dan ingin belajar di NIOSH..adakah cawangan NIOSH ditempat lain ?
 J19.Saya cadangkan anda selalu rujuk website NIOSH kerana disitu diterangkan pelbagai info serta maklumat yang cukup lengkap dan NIOSH juga ada cawangan di negeri-negeri lain.Blog saya ini hanya lebih menerangkan berkaitan tugasan SHO serta kisah pengalaman saya.

S20.Saya nak belajar SHO tapi tak tahu step serta langkah2 yang perlu diambil ?
 J20.Semua orang memang tak tahu dalam bidang safety ini...Tapi,bermula hari pertama hingga ke hari 22 nanti,anda akan diajar dalam pelbagai bidang safety dan disitu anda akan dapat pengetahuan  dan ilmu yang amat berguna.

S21.Saya berminat untuk belajar SHO dan ingin bertanya adakah perlu saya menduduki exam SHO 4 paper terus selepas selesai 22 hari kursus di NIOSH?
 J21.Bergantung kepada persediaan masing-masing..anda boleh mengambil exam tersebut pada bila-bila masa mengikut jadual exam yang ditetapkan oleh NIOSH.

S22.Saya berminat bidang SHO,tetapi tidak tahu macamana nak mulakan ?
 J22.Memang semua orang tidak tahu sebelum bermula..Jika berminat,sila rujuk website www.niosh.com.my

S23.Saya baru berjinak bidang SHO ini dibidang construction dan apakah langkah yang perlu diambil?
J23.Kena sentiasa rajin memantau aktiviti di tapak bina,kendalikan toolbox meeting setiap hari,buat lapuran audit berkaitan keadaan serta perbuatan tidak selamat di tempat kerja dan berbincang bersama pihak majikan cara terbaik untuk mengelakkan kemalangan di tempat kerja

S24.Saya tak faham apa itu Green Book ?
 J24. Green Book adalah pengiktirafan Kepada mereka yang berjaya dan lulus peperiksaan sebagai seorang SHO serta membuktikan mereka sebagai yang berkelayakan (Competent Person) dibidang tersebut.

S25.Saya perlukan tip sebelum menyertai Kursus SHO ?
 J25. Tiada tip sebenarnya..kena hadir kursus SHO dan diorang akan terangkan secara detail.Saya juga mengikuti kursus SHO tanpa sebarang info..Kita belajar baru dapat info dan ilmu...

S26.Saya baru  habis SPM dan menunggu keputusan..Bolehkan sertai kursus SHO ?
 J26. Tak boleh sebab syarat minima perlu ada sijil SPM.


PERHATIAN !!

Sesiapa yang berminat mengikuti Kursus SHO,sila rujuk maklumat diatas..

Maklumat lanjut,boleh whatsaap saya dengan menyatakan biodata lengkap anda,alamat dan sila nyatakan kemusykilan anda ke talian : 019 6526265.


Moga berjaya.....