Thursday, March 12, 2015

Muhammad Azim Mohd Rosly..Cute

Antara anak-anak aku yang paling cute,kecil tubuh badan ialah Muhammad Azim..lebih kecil dari adik dia,Amri..



Monday, March 2, 2015

Tanaman Hydroponik Aku Kecil-Kecilan

Aku sekadar suka-suka jer nak tanam sayur secara hydroponik ni...Secara kebetulan,pada Ahad,1.3.2015 ,aku dengan orang umah gi Pasar Tani Stadium Paroi,Seremban..So,kios jabatan pertanian ni offer kat aku set hydroponik ni...dia ada buat kempen tanaman sayur secara hydroponik ni..harga set ni RM50 jer..siap dengan bekas plastik (takung),sekeping polystren,8 pasu plastik,2 jenis baja,satu bekas benang (media),2 jenis benih (kailan + sawi putih)...Aku pun rembat satu set untuk mencuba..bagus gak,tanaman tanpa guna bahan kimia ni..semuanya organik...
1.3.2015 (Ahad) aku start buat projek hydroponik ni

Ni set yang aku dapat..harga RM 50 / set

Projek permulaan (experimen)..kalu jadi,aku akan tambah set ni lagi..
Aku sebenarnya dah lama tahu konsep tanaman tanpa tanah ni..cuma belum berkesempatan untuk mencuba..So,kali ini aku start nak buat projek ni...try satu set dulu..
 First sekali,aku siapkan tempat untuk aku letakkan set Hydroponik aku ni..Aku letak atas para dicelah-celah pokok orkid dan bonsai aku ni....
 Ok,tempat aku dah sediakan...kena letak atas para supaya tak dimakan oleh semut atau lain-lain musuh tanaman ..So,diorang pertanian tu bagitau tadi,tak digalakkan diletak atas lantai/tanah..
So,yang penting ianya terdedah dengan cahaya matahari..So,tempat yang tersedia ni memang sesuai...aku letak betul-betul sebelah pokok serai wangi aku..
Siap aku letak atas para
Ok,cantek,dalam 15 minit jer,aku dah siapkan set hydroponik aku ni...ada 4 benih sawi putih dan 4 benih kailan aku letak dalam takung ni..Ikut aturan,dia akan ambik masa lebihkurang 5 hari,anak benih ni akan tumbuh..so,sekarang ni proses semaian...jadi,1.3.2015 aku start semai,ikut kata dia,selepas 5 hari akan tumbuh...Kita tunggu...

Media dia cuma gumpalan benang jer..janji dia mencecah air kat dlm takung tu..
Aku letakkan air 3 suku penuh dalam takung tu..media tu seolah-olah macam sumbu supaya dia jejak kat air dalam takung tu..kat dalam takung tu aku letak 2 ekor ikan guppy supaya tak ada jentik-jentik..Setakat hari ni,ikan tu masih hidup dan seronok tengok dia main-main dalam takung tu...lepas ni,hari-hari bleh makan sayur yang berkhasiat..

Oh ya!baja aku dah proses ikut aturan yang mereka bagitahu..baca jenis cair akan dimasukkan pada hari ke 5 nanti..dengan syarat,air dalam takung tu perlu dikeluarkan 5 liter dan diganti dengan air baja yang aku adunkan nanti sebanyak 5 liter juga...Selepas ni,aku akan update info terkini sistem tanaman hydropnik aku ini...Moga berjaya projek aku nanti..Amin..
2 ekor ikan guppy hidup dalam takung hydroponik
  Hari Kelima (5.3.2015)

 Aku tengok benih sayur aku dah mula bercambah...wow,tak sangka dah mula nampak tunas dari biji benih tersebut keluar dengan 2 helai daun kecil..
Semua 8 benih yang aku semai dah bercambah

Ada 3 sekali tumbuh 

Ini benih kailan..

Sawi Putih

Semuanya mula bercambah pada hari ke 3
Hari kelima kalau ikut turutan,aku dah masukkan baja cair yag telah diadun..aku masukkan kat dalam takung ini sebanyak 5 liter dan keluarkan air 5 liter...
Hari Ketujuh (7.3.2015)
Hari ketujuh nampaknya makin segar benih sayur aku ni..Dah mula tumbuh dan mencari sinar matahari..
2 sayur dah tumbuh dlm satu bekas

2 daun sepohon akan keluar dalam tempoh 7 hari

Nampak subur


Air baja tidak menghalang 2 ekor ikan guppy aku untuk hidup

Keadaan kain seperti sumbu
Hari Kelapan (8.3.2015)

Aku tengok benih sayur aku dah mula naik bercambah...dah mula tumbuh dan nampak segar..





Makin seronok pulak aku tengok projek Hydroponik aku ni dah mula membuah hasil....
Hari Kelapan Belas (18.3.2015)
 Selepas 18 hari dah mula nampak kesuburan pada daun kailan..
 Mula bercambah..hanya dalam masa 18 hari,sudah nampak tanaman mula hidup walaupun tanpa tanah.
 Daun sayur agak lebar dan segar hijau..Seronok tengok bila sayur dah mula hidup dan subur
Semua sayur aku tumbuh dan subur.....tiada masalah..

Hari Kedua Puluh Sembilan (29.3.2015)

Dah makin segar

semuanya subur dan mula membiak

Sawi putih nampak lebih besar daunnya berbanding Kailan 

Alhamdulilah,seronok pulak tengok sayur dan membesar


Hari Ke Enam Puluh Empat (04.5.2015)



Makin membesar

Segar bugar..ready untuk di tuai..