Friday, July 13, 2012

Port Dickson Pantai Yang Indah...

 Aku sekeluarga kadang-kadang menghabiskan cuti hujung minggu sambil bersantai di Pantai Port Dickson.Jarak lebihkurang 20KM dari rumah aku ke pantai ini ..aku bukan suka sangat mandi laut,tapi suka duduk rilex bersama family kat pantai tu..
 Kali ini aku dan family duduk rilex sambil bawak bekalan makan tengahari bersama family di pantai Batu 3 sekitar Bagan Pinang,Port Dickson.Aku pilih tempat sini sebab tak ramai orang yang mandi sekitar kawasan ini,so tak ada gangguan untuk aku lepak kat sini.Siap bawak periuk nasi,lauk serta beberapa bekalan lain untuk aku dan family menjamu selera.Makan disini memang menarik dan rasa berselera sebab angin tiup kencang dan cukup selesa.Selera makan pun bertambah dan terasa enjoy dapat bersama keluarga hujung minggu.....Suasana macam tu membuatkan aura makan bertambah sebab ada kelainan....
 Cuma aku agak terkilan sikit apabila aku mula mencari bangku dan meja untuk menjamu selera bekalan makanan yang aku bawa.Bayangkan,bangku yang disediakan disini semua patah,tercabut dan memang tak selamat untuk duduk...Bahan kayu yang diperbuat nampak macam berkualiti,tapi semua paku,tanggam serta skru penyambung semuanya tercabut...Apa puncanya ?? Vandalisme ? Gajah duduk di bangku ni ? Tiada rondaan oleh pihak berkuasa ? kualiti bahan tidak berkualiti ?......???
Aku terfikir balik,adakah pengunjung yang datang kesini jenis suka merosakkan harta awam ???Aku bukan nak menuduh sesiapa punya angkara ini..Cuma aku rasa sedih sebab masih ada manusia yang takk bertanggungjawab masih lagi berada diatas bumi ni....habis duit aku,duit rakyat akibat daripada orang yang tak ada hati perut...Harap-harap Port Dickson lebih popular dengan pantai yang indah dan bukan kerana sikap pengunjung yang suka merosakkan harta awam....

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com