Friday, July 13, 2012

Percutian Aku Sekeluarga - Pulau Pinang 2005

Aku sekeluarga berkesempatan untuk bercuti di Pulau Mutiara pada 4 & 5 hb Jun 2005..Selama 2 hari 1 malam aku sekeluarga menginap di Bayview Batu Feringgi Hotel,Pulau Pinang.Masa tu Peristiwa Tsunami dah berlaku lebihkurang 6 bulan yang lepas.Aku tengok masih ada lagi kesan ombak dan hakisan pantai yang berlaku pada waktu itu.Tapi tak terjejas sangat sebab aku tengok ramai gak orang yang datang bercuti kat area Pantai Batu Feringgi ni..
 Afiq dan Azim ni jenis memang suka berendam...Pantang tengok air,memang berkubang..Dia siap sound lagi,kalu tempah hotel,pastikan ada swimming pool..
 Aku rilex kat kerusi malas tepi kolam renang dengan Amri tengok gelagat Afiq dan Azim berkubang..Amri ni jenis takut pulak dengan air..Tapi itu masa dia kecik..Tapi sekarang,air takut dengan dia pulak...hehhhee
 Gambar matahari terbenam kat atas ni aku ambil dari balkoni Hotel Batu Feringgi Bayview tempat aku menginap.Gambar yang aku snap ni  kira ok gak walaupun guna kamera digital cap ayam aku....
 Ini merupakan aksi yang ditunjukkan oleh Amri apabila aku mengambil gambar dia...Geram jer aku tengok..

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com