Thursday, August 11, 2011

Kenapa Aku Berhenti Dari Kerja Kerajaan ??

Aku sebenarnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia pangkat 3 jer.Nak masuk Universiti jauh sekali,nak masuk maktab perguruan tak layak,cuma yang layak masuk adalah UTM...(Universiti Toreh Menoreh...hehhee)Apapun,aku tak pernah menyesal dengan kelulusan yang aku perolehi semasa zaman persekolahan dulu.Ni semua salah aku sendiri..emak suruh gi sekolah aku ponteng,cikgu suruh belajar aku gi hisap rokok....jadi,keputusan SPM yang aku dapat tu sememangnya berbaloi dengan hasil pembelajaran aku kat Sekolah Menengah Datuk Bendahara,Jasin dari 1981 hingga 1985....TAPI !! aku bukan jenis orang yang mudah putus asa.Aku bukan seorang yang sekali gagal dan terus kecewa...tengok orang la sket.Aku jenis manusia yang ada wawasan gak macam Tun Dr Mahathir...
nampak tu..jejaka yang sentiasa menjadi rebutan serta sebutan seluruh rakyat Malaysia..hahhaha
Selama lebih 6 tahun sebagai kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah Jasin,makan gaji,'tetap dan berpencen',duduk bawah ketiak emak,kerja rilex,tak ada tekanan,tempat kerja dekat....apa lagi yang aku nak ?Selama 6 tahun aku sebagai kakitangan awam,orang kampung semua respek,kengkawan pun ramai,orang yang nak berkawan dengan kita pun ramai,mudah kesana kemari..so,apa lagi yang aku cari ???
Inilah rumah emak aku kat Jalan Loji Air,Chinchin..aku dibesarkan disini

Rupanya ada hikmah juga aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan ni...aku dah mula belajar erti 'kehidupan' yang sebenar.Selama 6 tahun aku bekerja,aku memang dapat gaji 'tetap'...rupanya memang 'tetap' dan tak berganjak gaji aku...kalu ada pun,gaji naik cuma RM30 setahun..paham-paham jer,10% dari gaji pokok..hahhaa.Dari situ timbul dalam benak aku,sampai bila aku masih mengharapkan 'gaji tetap' ni?Selama 6 tahun sebagai kakitangan awam,aku mampu memiliki harta cuma sebuah motosikal Yamaha RXS 115 cc.Dahlah beli moto 2nd hand,hutang pulak tu...alhamdulilah,sampai sekarang aku simpan harta kesayangan aku tu..Itu jer yang mampu aku beli.Nak beli rumah awam pun tak mampu masa tu...Kekadang,lepas dapat gaji bagi emak sket duit,tak sampai seminggu mintak balik kat emak sebab minyak motor RXS aku dah rizab...
Jelingan manja jejaka ini yang selalu menyebabkan ramai gadis-gadis pada masa itu diserang penyakit sawan dan cirit birit ....hahhahha
Akhirnya,satu hari aku termenung seketika.Adakah aku mahu terus berubah atau terus mengalah untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang kakitangan awam.Kalu nak dikira,aku hanya mampu capai jawatan Ketua Kerani dalam perkhidmatan awam selagi aku memiliki SPM Pangkat 3.Itupun dengan syarat aku ada 'kabel' sebesar pemeluk atau kenal rapat dengan Ketua Setiausaha Negara...
Aku terpaksa memilih satu antara dua dalam hidupku..Berjaya atau Gagal ???
Jadi,aku rasa persaingan untuk jawatan tertinggi sebagai Chief Clerk tu terpaksa aku lupakan.Memang tak layak..Tapi dah tak layak,aku nak buat macamana??takkan nak peluk tubuh jer..Mesti ada tindakan atau countermeasure bagi memastikan aku terus berjaya dalam kerjaya aku...

Alhamdulilah,aku ni jenis percaya kepada Al Quran dan Qada dan Qadar.Aku sehingga kini berpegang kepada ayat 'Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri"...................amacam ? ada berani ?

Sebagai seorang yang berprinsip,melalui ayat diatas aku mengambil keputusan untuk mengubah halatuju hidup aku.Aku kena berhenti dari menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan sekiranya aku ingin mengubah kehidupan aku.

Berita aku ingin meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam di Pejabat Tanah Jasin pada tanggal 1hb Disember 1992 cukup menggemparkan serta memeranjatkan seluruh rakan-rakan,keluarga aku,adik beradik aku,kenalan rapat,kenalan jauh,kawan sekampung,teman sepejabat,rakan sekolah serta semua yang mengenali aku...Ramai yang terkejut dan ramai yang beranggapan aku ni manusia yang bangang,bodoh dan tolak peluang sebab bukan senang nak dapat kerja gomen ni..aku dah dapat,berhenti pulak..memang tolak tuah..

Hehehhee...korang tengoklah nanti,siapa bangang,siapa pandai.....aku cuba memujuk hatiku walaupun aku sendiri tak confident apa nak jadi aku selepas berhenti dari kerja kerajaan...

1 comment:

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com