Saturday, August 27, 2011

Aku sebagai pelajar IKM (Institut Kemahiran Mara)

Memang aku sebenarnya tidak pernah terlintas dalam cita-cita hidup aku untuk menyambung pelajaran di Institut Kemahiran Mara (IKM).Orang sekeliling biasanya lebih respek kalu kita masuk Universiti atau IPTA.Kalu setakat IKM tu,kebanyakan orang tak pandang.Kalau ada pun orang cakap"IKM tu untuk orang yang tak lulus SPM jer"...itu adalah pandangan orang yang 'kurang cerdik'...kalu masuk IPTA atau U sekalipun,tapi malas dan asyik habiskan duit emak bapak,tak guna gak...aku bukan nak bandingkan tentang taraf ,tapi sebenarnya aku cuma layak masuk IKM jer kalu dikira dari segi keputusan SPM aku yang hampir-hampir lingkup tu..hehehe..
IKM ! sesungguhnya aku dah lama tahu nama dia..Hari-hari aku ulang alik dari rumah ke tempat kerja melintas IKM ni.Apatah lagi aku telah terpilih menyambung pelajaran di IKM Jasin yang tak jauh dari rumah aku.Tapi kalau berjalan kaki melecet jugak celah peha...Apapun,aku anggap peluang untuk menyambung pelajaran ini tidak akan aku lepaskan begitu sahaja..Lantaklah apa orang nak kata.Kalu aku susah pun,bukannya ada orang nak tolong...So,aku kena terus melangkah untuk mencorakkan kerjaya hidup aku.Orang lain kalu sekadar mengutuk,biasalah..hasad dengki tu memang tak lengkang dari sanubari hidup orang Melayu...Kalu kita maju sikit,mulalah mengata kita jual dadah,makan rasuah,tipu orang,guna kabel dll...
IKM Jasin !aku mula melapurkan diri untuk sessi Disember 1992 sebagai seorang 'Freshie",walaupun agak dah 'otai' usia aku masa tu..Maklumlah,ada orang panggil aku 'uncle' masa aku menjejakkan kaki di IKM Jasin tu..Dikesempatan ini,aku nak ucapkan setinggi-tinggi jutaan terimakasih yang tidak terhingga buat sahabat karib aku,Abd Majid Md Jais dan Abd Latib Samad sebab dia berdua yang sanggup menjadi penjamin aku untuk aku mendapatkan pinjaman selama 2 tahun menyambung pelajaran di IKM Jasin ni.Aku cukup terharu dengan kesanggupan dia menjadi penjamin aku walaupun dia bukan dari kalangan ahli keluarga dan adik beradik aku..Dia berdua ni adalah kawan baik aku semasa kerja di Pejabat Tanah,Jasin.Lagipun,dia berdua saja yang layak menjadi penjamin sebab dia ni kakitangan kerajaan kumpulan B..Kalu tak betul-betul,tak ada orang sanggup nak jadi penjamin ..Maklumlah,risiko cukup tinggi lebih-lebih lagi kalu nak menjamin diri aku ni...hehhehehe

Apapun,aku bukan sebarang manusia yang lupa daratan...Akan ku balas jasa En Abd Majid & Latib Samad dengan menjadi penuntut cemerlang di IKM Jasin...Akan aku buktikan kepada beliau berdua bahawa Mohd Rosly Boleh !! cewah,semangat nampak.....???
Atas ni gambo aku dengan kengkawan sekelas depan bengkel Pemesinan Am.Diorang semua ni kepala ngam punya.Semua yang keluar dari IKM group aku ni boleh dikatakan menjadi dan berjaya dalam kerjaya masing-masing..termasuk ler aku..hehheee
Aku seperti biasa menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut IKM untuk tempoh setahun setengah di dalam kampus dan 6 bulan mengikuti latihan dalam loji (In Plant Training)..Aku bermula dengan 'freshie' dan menjalani minggu silaturrahim.Kena sergah dengan senior tu perkara biasa...Tapi aku buat selamber jer.Maklumlah,ramai senior yang suka meragging freshie tak tahu yang aku ni orang Jasin...Aku pantang kalu orang langsung tak hormat orang tua..jenis kurang ajar ni memang aku tak berkenan..So,bila ada freshie yang hingus masih meleleh cuba nak sergah aku,aku terus bisik kat telinga dia "Kalu nak ragging ,ragging ler orang lain"..kalu ragging Budak Jasin,takut nanti berterabur gigi kat Simpang Kerayong..hhehehe..bila ramai yang dah tahu aku orang Jasin,semua mula takut nak ragging aku sebab risau nak ke Jasin pun nanti tak lepas..hehhee
Ni gambo sebelum kelas bermula..walaupun dah lebih 17 tahun aku tamat belajar kat IKM ni,tapi ikatan silaturrahim tetap ada antara aku dengan semua dalam gambar ni.Dikesempatan ini,aku nak sedekah 'Al fatihah' buat Allahyarham Rahim Sarbani(berdiri paling kiri sekali ) yang telah kembali kerahmatullah akibat kemalangan jalanraya di Johor semasa kami menjalani latihan dalam loji.
Aku ambil jurusan Pemesinan Am di IKM Jasin..aku memang langsung tak ada asas tentang mesin
tapi demi masa depan dan kerjaya,aku belajar dengan tekun...cewah !!.

Di IKM ni aku mengenali lebih ramai kawan-kawan baru..walaupun diorg lebih muda dari aku,tapi semuanya cukup sporting...dan hingga kini aku tetap menghubungi kawan-kawan yang sama belajar di IKM ini dulu..Aku cuba share gambar-gambar lama yang ada dalam simpanan aku ini..
Kawan sekelas Pemesinan AM..tapi ujung sekali kanan tu bukan yer...
3 dara pinggitan..dia 3 orang jer budak pompuan dlm kelas aku..dari kiri..Fazillah,Hasnah & Nora
Study Group....tapi Nazari memang selalu ada sebagai 'instructor'..kikikiki
Dari kiri..Arwah Rahim Sarbani,Wak Din @ Samsuddin Md Dron (MPL),Agos Salim,AL ,Azmin & Farid
Sebenarnya banyak lagi kisah menarik di IKM Jasin yang tak dapat aku lupakan dan menjadi kenangan sepanjang hayat...Ramai kawan-kawan aku dah berjaya sekarang ini...
Ini kitaorang panggil "Mahkamah Tengah"..khas untuk tempat lepak Senior...
Ada juga yang melibatkan diri dalm Business..pelbagai business yang cukup berdaya saing..
Ini Chalet Izuddin di Teluk Senangin,Lumut,Perak...Tahniah Din..

Izzuddin sedang urut kaki..sebelah dia ialah YB Nizar,bekas MB Perak...

.Jutaan terimakasih buat En Zakaria,En Ibrahimsa,En Osman Siron,En Kamarulzaman,En Mustafa Uda,En Taib,En Abdullah,En Yahaya serta Allahyarham En Effendi yang telah banyak memberikan tunjuk ajar buat aku sehingga aku berjaya memperolehi Sijil Kemahiran pada akhir semester di IKM Jasin.
Arwah En Efendi Zakaria..Al Fatihah

Tak sangka,dari zero aku akhirnya menjadi 'hero' semasa mengikuti setahun setengah pembelajaran aku di IKM Jasin.
Ini sijil yang aku dapat selepas tamat pengajian di IKM Jasin..walaupun sekeping,mahal tu beb..

Dikesempatan ini jugak aku nak ucapkan ribuan terimakasih buat Tuan Pengetua IKM,En Hamid dan Penolong Pengetua masa tu,En Zamrud Mansor yang banyak memberi sokongan dan dorongan sehingga aku diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Pelatih IKM Jasin sessi Dis 91 - Mei 94 semasa aku di semester akhir.Bukan itu ajer,aku juga dilantik sebagai Pengerusi BKSP (Badan Kebajikan Sosial Pelatih IKM Jasin) serta Ketua Pengawas pada sessi tersebut.Aku pun tak tahu macamana diorang boleh pilih aku untuk pegang jawatan utama tersebut..Mungkin atas dasar 'ketampanan' aku yang membuatkan ramai yang mencalunkan aku memegang tampuk pemerintahan IKM waktu itu..hehheee..
Nampak tu,hanya jejaka 'tampan' sahaja yang dibenarkan pakai kot semasa bergambar bersama dengan Penolong Pengetua..hahhaha...

Ni kelas B -Pemesinan Am
2 keping Gambar kenangan diatas adalah classmate aku gak untuk Jurusan Pemesinan Am...Time tu,ada 2 kelas ..so ramai intake aku dalam Pemesinan Am ni..
Kenangan hujung minggu ..Bersama kengkawan di Air Terjun Gunung Ledang,Sagil

Khairul Hanif..bukak bengkel Ketuk Cat kenderaan
Khairul Hanif sekarang dah bukak kedai cat dan mengetuk kenderaan..Dulu masa IKM belajar Pemesinan Am,tapi sekarang memang ramai bertukar bidang..Aku di bidang Safety & Health,Kassim dengan Insuran,Jamal dengan perniagaan percetakan,Sajeb dengan Hartanah dan sebagainya...Apapun,kehidupan perlu diteruskan dan kejayaan perlu dikecapi..
En Ibrahimsa - Pengajar kelas aku masa di IKM

Oh ya!tak lupa juga aku nak ucapkan kepada Pengajar Pengajian Am aku semasa di IKM terutama kepada Puan Hanifah Abdullah (Bahasa Inggeris),Ustaz Wan,Ustaz Sabri & Ustazah Kamariah(Agama Islam),Puan Sharifah,Puan Zaiton Othman (Perdagangan & Perakaunan) dan kepada Ketua Warden (En Roslan Taib) atas ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan.Aku takkan lupa segala-galanya.
Puan Hanifah Abdullah...Pengajar Bahasa Inggeris semasa aku di IKM...banyak memberi aku ilmu yang berguna..Thank's Madam..

Ini projek hujung minggu kitorang..bersantai bersama kengkawan IKM Jasin..seronok giler dapat kengkawan yang memang understanding & sporting..Aku layan jer..maklumlah,ketua pelatih..hehhee


Aku,Azmin dan Panjang..kat Karpak..
Aku sebenarnya tidak menyangka boleh terpilih diantara pelatih IKM Jasin yang berjaya merangkul hadiah percutian ke Medan,Indonesia sebaik sahaja keputusan akhir semester diumumkan.Selama ini,aku langsung tak terfikir aku berjaya mendapat hadiah percutian tersebut selama seminggu di kepulauan Sumatera yang cukup terkenal dengan keindahan Tasik Danau Toba.Semuanya di tanggung oleh pihak IKM Jasin bermula dari tiket kapalterbang,penginapan serta makan minum selama seminggu di negara tersebut.Aku macam tak percaya dan cukup teruja untuk menjejakkan kaki di bumi Indonesia buat kali pertama dalam hidup aku...

Ni gambo aku semasa berada di atas bot merentasi Tasik Danau Toba,Medan ,Indonesia.Tasik ini merupakan salah satu tempat terindah di dunia yang mana tasik tersebut terhasil dari kawah gunung berapi...Sungguh menakjubkan keajaiban ciptaan Tuhan..

Jejaka Handsome yang sedang berposing ni berada di kawasan pelancungan Air Terjun Sipiso-Piso ,Pulau Sumatera.Air terjun disini juga cukup menarik..tak dapat nak tunjukkan gambar sebab kodak @ filem dah habis....hehhee

Gambo ni diambil di Brastagi - sejam perjalanan dari Danau Toba...tapi bukan naik kuda,tapi naik bas..Kuda ni memang jinak,cuma aku kekadang gerun takut kuda ni tiba-tiba naik angin...

Apapun,percutian aku di Medan , Indonesia cukup menyeronokkan kerana inilah tempat yang kali pertama aku sampai dalam hidup aku.Aku macam jutawan sebab bawak duit 2 guni (matawang rupiah) masa shooping kat sini..barang memang murah kat sini berbanding dengan KL terutama barang kulit.Insyallah,dilain waktu kalu ada peluang,aku nak datang bercuti lagi di Medan ni...Horasss!!

Kini aku cukup berbangga menjadi bekas 'Graduan IKM Jasin'..banyak ilmu yang aku perolehi serta menjadikan aku lebih berusaha demi untuk mencapai sesuatu kejayaan...
Mizal Khozizan..classmate aku masa di IKM dulu...sekarang jadi Manager kilang di Penang..tapi kaki mancing..

Sunday, August 14, 2011

Selepas Meletakan Jawatan Sebagai Kakitangan Kerajaan

Selepas berhenti dari Pejabat Tanah Daerah Jasin,aku terus gagah melangkah dan menuju ke alaf baru.Dengan restu ibu tersayang,keluarga tercinta serta rakan-rakan semua,aku melanjutkan pelajaran ke IKM Jasin,Melaka.Satu-satunya institusi pengajian awam yang layak untuk aku sambung belajar.Walaupun aku sendiri tak pernah terfikir aku dapat memasuki IKM ni.Aku mula daftar sebagai 'graduan baru @ freshie' IKM Jasin untuk sessi Disember 1992.Aku faham,ahli keluarga dan adik beradik aku agak terkejut dengan langkah drastik aku ni.Maklum sajalah,diorang pun sebenarnya tak terfikir yang aku boleh melanjutkan pelajaran ke IKM Jasin ini.Apatah lagi,aku sebenarnya telah mempunyai jawatan 'tetap dan berpencen' di Pejabat Tanah Jasin dan meletakkan jawatan tanpa sebarang sebab.Kerja rilex,tak ada tekanan pun 'Dak Lin' ni bleh berhenti.(Dak Lin...adalah gelaran yang diberikan oleh ahli keluarga aku pada aku selama ini)..Sesungguhnya,'berani buat berani tanggung'..hehheee..(aku cuba memberikan semangat kepada diri aku sendiri agar menjadi manusia yang berguna buat Agama,Bangsa dan Negaraku"..amacam .?ada gaya pahlawan tak ?hehehee
Aku masih bujang....Memang macam hero...hehhehehe

 

Thursday, August 11, 2011

Kenapa Aku Berhenti Dari Kerja Kerajaan ??

Aku sebenarnya memiliki Sijil Pelajaran Malaysia pangkat 3 jer.Nak masuk Universiti jauh sekali,nak masuk maktab perguruan tak layak,cuma yang layak masuk adalah UTM...(Universiti Toreh Menoreh...hehhee)Apapun,aku tak pernah menyesal dengan kelulusan yang aku perolehi semasa zaman persekolahan dulu.Ni semua salah aku sendiri..emak suruh gi sekolah aku ponteng,cikgu suruh belajar aku gi hisap rokok....jadi,keputusan SPM yang aku dapat tu sememangnya berbaloi dengan hasil pembelajaran aku kat Sekolah Menengah Datuk Bendahara,Jasin dari 1981 hingga 1985....TAPI !! aku bukan jenis orang yang mudah putus asa.Aku bukan seorang yang sekali gagal dan terus kecewa...tengok orang la sket.Aku jenis manusia yang ada wawasan gak macam Tun Dr Mahathir...
nampak tu..jejaka yang sentiasa menjadi rebutan serta sebutan seluruh rakyat Malaysia..hahhaha
Selama lebih 6 tahun sebagai kakitangan kerajaan di Pejabat Tanah Jasin,makan gaji,'tetap dan berpencen',duduk bawah ketiak emak,kerja rilex,tak ada tekanan,tempat kerja dekat....apa lagi yang aku nak ?Selama 6 tahun aku sebagai kakitangan awam,orang kampung semua respek,kengkawan pun ramai,orang yang nak berkawan dengan kita pun ramai,mudah kesana kemari..so,apa lagi yang aku cari ???
Inilah rumah emak aku kat Jalan Loji Air,Chinchin..aku dibesarkan disini

Rupanya ada hikmah juga aku bekerja sebagai kakitangan kerajaan ni...aku dah mula belajar erti 'kehidupan' yang sebenar.Selama 6 tahun aku bekerja,aku memang dapat gaji 'tetap'...rupanya memang 'tetap' dan tak berganjak gaji aku...kalu ada pun,gaji naik cuma RM30 setahun..paham-paham jer,10% dari gaji pokok..hahhaa.Dari situ timbul dalam benak aku,sampai bila aku masih mengharapkan 'gaji tetap' ni?Selama 6 tahun sebagai kakitangan awam,aku mampu memiliki harta cuma sebuah motosikal Yamaha RXS 115 cc.Dahlah beli moto 2nd hand,hutang pulak tu...alhamdulilah,sampai sekarang aku simpan harta kesayangan aku tu..Itu jer yang mampu aku beli.Nak beli rumah awam pun tak mampu masa tu...Kekadang,lepas dapat gaji bagi emak sket duit,tak sampai seminggu mintak balik kat emak sebab minyak motor RXS aku dah rizab...
Jelingan manja jejaka ini yang selalu menyebabkan ramai gadis-gadis pada masa itu diserang penyakit sawan dan cirit birit ....hahhahha
Akhirnya,satu hari aku termenung seketika.Adakah aku mahu terus berubah atau terus mengalah untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang kakitangan awam.Kalu nak dikira,aku hanya mampu capai jawatan Ketua Kerani dalam perkhidmatan awam selagi aku memiliki SPM Pangkat 3.Itupun dengan syarat aku ada 'kabel' sebesar pemeluk atau kenal rapat dengan Ketua Setiausaha Negara...
Aku terpaksa memilih satu antara dua dalam hidupku..Berjaya atau Gagal ???
Jadi,aku rasa persaingan untuk jawatan tertinggi sebagai Chief Clerk tu terpaksa aku lupakan.Memang tak layak..Tapi dah tak layak,aku nak buat macamana??takkan nak peluk tubuh jer..Mesti ada tindakan atau countermeasure bagi memastikan aku terus berjaya dalam kerjaya aku...

Alhamdulilah,aku ni jenis percaya kepada Al Quran dan Qada dan Qadar.Aku sehingga kini berpegang kepada ayat 'Tuhan takkan mengubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum tersebut mengubah nasib mereka sendiri"...................amacam ? ada berani ?

Sebagai seorang yang berprinsip,melalui ayat diatas aku mengambil keputusan untuk mengubah halatuju hidup aku.Aku kena berhenti dari menjawat jawatan sebagai kakitangan kerajaan sekiranya aku ingin mengubah kehidupan aku.

Berita aku ingin meletakkan jawatan sebagai kakitangan awam di Pejabat Tanah Jasin pada tanggal 1hb Disember 1992 cukup menggemparkan serta memeranjatkan seluruh rakan-rakan,keluarga aku,adik beradik aku,kenalan rapat,kenalan jauh,kawan sekampung,teman sepejabat,rakan sekolah serta semua yang mengenali aku...Ramai yang terkejut dan ramai yang beranggapan aku ni manusia yang bangang,bodoh dan tolak peluang sebab bukan senang nak dapat kerja gomen ni..aku dah dapat,berhenti pulak..memang tolak tuah..

Hehehhee...korang tengoklah nanti,siapa bangang,siapa pandai.....aku cuba memujuk hatiku walaupun aku sendiri tak confident apa nak jadi aku selepas berhenti dari kerja kerajaan...

Sunday, August 7, 2011

Semasa Di Pejabat Tanah & Daerah Jasin (1986-1992)

Aku sebenarnya bekerja di Pejabat Tanah Jasin sebagai orang bawahan sahaja..Maklumlah,Office Boy jer..Kengkawan masa kat opis panggil aku dengan gelaran 'Opis Boya'@ Buaya Darat...kiranya aku dikira 'jejaka idaman' masa tu sebab yang bagi gelaran tu semuanya dah kahwin,so diorang cemburu sebab masa tu aku ni 'masih teruna yang belum ternoda'.Ramai peminat dari kalangan gadis yang datang berurusan kat Pejabat Tanah Jasin terpikat dengan aku..kahakahah..
Gambar kenangan semasa bertugas di Pejabat Tanah,Jasin...Sedang menjawab panggilan awek...eh silap!panggilan dari orang awam yang nak mohon tanah...(tanah kubur ada ler...hehhee)

Selama lebihkurang 6 tahun aku bekerja sebagai seorang penjawat awam di Pejabat Tanah Jasin..Boss aku ,D.O (Pegawai Daerah) yang sempat bertugas dengan aku ialah,Tuan Haji Suib Abd Rahman,En Md Isa Tajol Arus dan En Ismail..lupa plak nama ayah dia (sorry boss)...Tak lupa gak,ADO (Penolong Pegawai Daerah Jasin) yang aku dijadikan sebagai 'orang suruhan' (hehhee) terdiri dari  Tengku Mohd Amin Tuan Sulaiman,En Yahaya Basimin,En Jaafar Wahab,Tn Hj Md Basar,Tn Hj Rusfan,En Marsika,En Bakar Abdullah,En Zawawi dan ramai lagi yang aku tak berapa nak ingat..Mungkin Majid Md Jais (cucu mak empik) dapat remind balik kisah di PTJ ni...Apapun,aku tak lupa pada CC (Chief Clerk) aku,En Jalil Baba (kurang pendengaran),Chief SO (Tn Hj Ramli),Allahyarham Tn Hj Md Nor,En Murshid serta SO yang lain terdiri dari kawan baik aku,Latib Samad,Rahman Ali,Arwah Nasir Manaf dan lain-lain lagi..Tak lupa buat Mr Andrew Chong (CC Hasil),Lawrence Ang ,Mr Wan Chee Guan (x CC Hasil),Mr Chee Swee Hoon (dengar sekarang Tauke King Hotel,Air Keroh) dan ramai lagi..Untuk Penghantar Notis,En Hussin Kassim,Anuar Ithnin,Abu Sarif,Azmi Hamzah (busu),Nasir Salleh dan ramai lagi...Kepada Yusop Majid,apa kabo?,Azizi Johan,Aris Doraman,kak Paradeh,Kak Ramlah,Kak Latifah,Kak Saadiah Marmin,Kak Sapiah (Steno),Kak Nadiah (Nani),Kak Faridah,Kak Kalsom dll.....kat mana sekarang ??..Lain-lain kengkawan yang suka menyakat aku..Karim Mohamad (Tok Sidang Taman Maju),Baba Katon,Dahlan Palil,Mohamad Babu,Rosli Yaakob,Razali Bujang,Adam Sulaiman,Othman Taha..?? Dimana anda semua?kalu terjumpa aku,jangan lupa tegur,nanti aku belanja ngeteh kat kedai Daud (sebelah Balai Bomba Jasin)...

Gambo kat atas ni semasa lepas angkat barang pindah dari pejabat lama ke Kompleks Pejabat Daerah & Tanah Jasin yang baru berhampiran Tmn Bahagia,Jasin / depan Sekolah Tun Perak..Aku sedang bergaya dengan gaya 'jejaka tampan'..sebelah kiri aku En Mansor (Pilot),kanan aku Bang Husin,Rahman Kadir....belakang dari kiri,Tok Sidang Tmn Maju,Karim Mohamad,berdiri,Morshid,En Mohamad Ali & En Harun (Pegawai Luar)....aku dapat merasa bekerja kat pejabat baru ni lebihkurang 2,3 tahun jer..
Gambo ni juga lepas angkat barang pindah..Rahman Ali memang geram jer tengok ketampanan aku (ada Berani)..hehhee..kat belakang aku,Md Nor (notice server),Azizi kecik,Rahman Kadir dan Tok Sidang Taman Maju (Karim)...
 Gambo ni masa lepas acara berjalan kaki (lupa plak event apa) mewakili Pejabat Tanah Jasin..dari kiri,Cucu Mat Empik (Majid Md Jais),Mat Jagger(Jaga),Andrew Chong,Aku,Sharif Ahmad,Tn Hj Latif..baju pink belakang ,En Rasip,Yusop Majid dan yang menongkat dagu tu,Arif (dengar sekarang dah jadi Penghulu)..Penghulu kawasan mana aku pun tak tahu Arif ni..tapi kalu jumpa aku,jangan lupa bagitahu kat mana tanah kosong,aku nak beli...hehhehhee
Gambar kat atas ni pulak semasa Pejabat Tanah Jasin buat lawatan sambil kerja ke Negeri Kelantan Darul Naim..biasalah,group 'Jejaka Idaman' ni sentiasa mendapat perhatian jurugambar..seboleh-boleh diorang suruh kitorang berposing..dari kiri yang tinggi macam galah tu,Aris Doraman,Majid cucu Mat Empik,Wahid ,Azwan dan aku dikanan sekali selaku penyeri untuk foto ni...

Aku sebenarnya antara pekerja paling muda di Pejabat Tanah Daerah Jasin.Maklum sajalah,lepas dapat keputusan SPM (yang cukup-cukup makan jer..)aku berjaya menjawat jawatan sebagai 'Opis Boya'..kengkawan aku macam Majid Md Jais,Aris Doraman,Wahid,Azwan,Azizi Johan semuanya lebih tua dari aku..Kiranya kalau awek yang kepala otak waras,aku adalah pilihan utama awek tersebut atas faktor usia dan ketampanan wajahku..apatah lagi masa tu aku seorang teruna yang belum pernah ternoda berbanding kawan-kawanku yang dah tua bangka tu...hehhee...
Gambar diatas ni membuktikan bahawa aku sorang jer yang tak ada awek..Majid ngan Aris bawak awek,tapi aku sorang jer masih solo..Apapun,tahniah buat Majid & Aris sebab awek yang dalam gambar tu sekarang dah jadi bini masing-masing...hehhehe....Masa diaorang kahwin aku jadi pengapit dia...

Selain daripada itu,aku sempat juga memberikan sumbangan buat Pejabat Tanah Jasin bagi mewakili pasukan bolasepak antara Pejabat-Pejabat Tanah Negeri Melaka...kiranya masa zaman kegemilangan tu,aku antara penyerang merbahaya di Negeri Melaka..kalau tak jaringkan gol,korang jangan panggil aku Rosly..hehhee..3 kali aku berjaya membawa Pasukan Bolasepak Pejabat Tanah Jasin sebagai Juara !! Jangan tak caya,aku juga merupakan penjaring terbanyak dan pernah menerima kasut emas sumbangan Tuan Pegawai Daerah - Md Isa Tajul Arus.....aku dapat boot free hadiah dari boss aku tu.....Oleh kerana kejayaan aku menjadi penjaring terbanyak,Andrew Chong (Setiausaha Mafa @ cc Unit Hasil PTJ) telah memilih aku mewakili Negeri Melaka dan bermain dengan pemain pasukan Negeri Melaka...tengok gambo kat bawah ni kalu ko tak caya....
Aku yang sedang mencangkung sebelah kanan sekali....Barisan depan sebelah kanan aku,Badul,G.Ravichandran,Samsurin Abd Rahman,Ong Kim Swee (sekarang coach Team Harimau Malaysia).
Barisan Belakang Dari Kiri :Abu Yazid,Soh Chor Lean,lupa nama,Murugan,Mazelan Wahid (bekas Goalkeeper Malaysia) & Azuan Aman


Apapun,bertugas di Pejabat Tanah Jasin adalah merupakan kenangan terindah buat aku.Aku dapat mempelajari pelbagai pengalaman berguna sebagai seorang kakitangan awam.Pejabat Tanah Jasin mengajar aku betapa erti kejayan dan memberikan aku inspirasi untuk terus menjalani kehidupan.Syukur kehadrat Allah kerana ada hikmah aku dapat bekerja di Pejabat Tanah Jasin selama 6 tahun lebih.Aku terpaksa meninggalkan jawatan,kerjaya serta kemudahan yang diperolehi di Pejabat Tanah Jasin dalam tempoh tersebut untuk aku melangkah terus dalam mengenali erti kehidupan.Terimakasih buat semua rakan dan sahabat aku di Pejabat Tanah Jasin yang banyak memberikan sokongan,dorongan dan semangat buat aku. Setinggi-tinggi penghargaan buat Abd Majid Md Jais dan Latib Samad sebab dia berdua yang sanggup jadi penjamin aku untuk pinjaman MARA semasa aku ingin menyambung pelajaran.Walaupun aku bukan dari kalangan adik beradik,tapi dia berdua sanggup memberikan kepercayaan terhadap aku.Sumbangan dia berdua akan aku kenang hingga ke akhir hayat...
Aku memang tak boleh lupakan kisah bertugas sebagai 'opis boya' di Pejabat Tanah Daerah Jasin,Melaka...'dimana segalanya bermula'..