Monday, March 19, 2012

Percutian Aku Sekeluarga - Lumut 2006

Ini gambar 2 beradik Azim & Amri semasa aku berhenti rehat solat Zohor kat Masjid KLIA,Sepang.
 Kali ini aku sekeluarga bercuti ke Lumut,Perak Darul Ridzuan.Sambil bercuti,aku ambil kesempatan menerima jemputan perkahwinan Azmin (member classmate masa IKM Jasin dulu)yang melangsungkan perkahwinan di kampung halamannya di Bota,Perak...
 Aku menggunakan jalan lama (tanpa melalui Highway Plus) dari Seremban hingga ke Lumut,Perak.Bukan aku ni jenis kedekut nak bayar tol,tapi aku dan family jenis suka lihat keindahan alam sepanjang perjalanan..Aku melalui laluan Seremban-Sepang-Banting-Kelang-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Manjung-Lumut.Sambil jalan boleh singgah beli goreng pisang,mentarang (kali pertama aku jumpa benda ni kat area Sabak Bernam / Sekinchan)...

 Aku sekeluarga menginap di Teluk Batik Resort,Lumut.Lepas check in,aku dan family jalan-jalan sekitar Pekan Lumut.Orang umah aku bershopping sakan beli udang kering,sotong kering,ikan kering dan naik kering poket aku asyik beli makanan laut kering kat sini...
 Afiq ni memang jenis tak boleh nampak kamera..asyik tunjuk lubang hidung dia...ishhhhh...jangan keluarkan isikandungan yang terdapat dalam hidung tu..
Anak bujang aku bergambar depan lobi hotel sebelum aku check out..
 Aku sampai gak rumah pengantin,Azmin di Bota..seronok dapat jumpa kengkawan lama..Jamal,Panjang,Agos,Ramli....memang best jumpa diorang ni sebab perangai ni semua macam dulu gak..
Selamat Pengantin Baru buat Azmin..Moga berbahagia keanak cucu..Syabas !!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com