Sunday, September 19, 2010

Selamat Datang Ke Blog Aku

Assallamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Sebagai manusia biasa serba sederhana,saya ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk terus membaca,meneliti seterusnya menjadi pembaca setia blog mohdrosly ini.Di blog ini juga saya akan berikan pelbagai maklumat,peluang serta kemudahan yang tidak mungkin anda perolehi ditempat lain.Oleh itu,segala keistimewaan yang diberi serta disediakan hanyalah untuk pengunjung setia blog mohdrosly ini.

Siapa saya ? Mohd Rosly Abd Jalil,dilahirkan dan berasal dari Chinchin,Jasin,Melaka.Membesar dalam keluarga yang sederhana.
 Semasa berusia 6 bulan ..aku sempat senyum kepada jurugambar yang mengambil gambar aku.

 mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chinchin dan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Datuk Bendahara,Jasin,Melaka sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang 'cukup-cukup makan'..

Dengan keputusan SPM yang paras hidung tu,aku terpaksa cari duit poket.Maklumlah,aku ni bukan dari kalangan keluarga yang berada.Arwah bapa dan ibuku adalah aku punya mentor..Dia pergi menoreh getah,aku pun ikut sama agar sekurang-kurangnya dapat duit belanja.Aku jenis yang memang tak boleh duduk rumah tanpa aktiviti.So,dapat juga aku duit poket hasil membantu orang tua aku di kebun getah...Tak ada gambar yang nak aku paparkan kat sini.Maklumlah masa tu aku ni pemalu sket untuk berhadapan dengan kamera...hehehehe


Apapun,setelah beberapa bulan membantu orang tua aku menoreh getah,aku terpaksa berhenti sebab dapat 'better offer' bekerja di kedai makan (restoren) bapa sedara aku di Bandar Hilir,Melaka.Bukan sebab aku tak tahan bau getah semasa menoreh,tapi bapa sedara aku seboleh-boleh minta aku membantu di kedai makannya.Aku dapat restu dari kedua orang tua aku untuk bekerja sebagai pekerja restoren.Alhamdulilah...disitu aku belajar buat roti canai,menyediakan minuman serta kenal ramai pelanggan sekitar Bandar Melaka....Sekarang ni,restoren tu dah tak ada lagi sebab dah dijadikan tempat letak kereta Dataran Pahlawan.Tinggal nostlagia jer tempat tu..rasa sayu bila setiapkali aku lalu dekat area tu..korang memang tak rasa sebab bukan korang bukan ada kenangan pun...hehhehe...Apapun,disitulah bermulanya aku sebagai seorang yang berjinak-jinak dalam dunia perniagaan walaupun aku bukan tuan punya restoren tu...

Ada kenangan manis yang aku nak cerita semasa aku bekerja di restoren bapa sedara aku tu..masa tu (31hb Ogos 1985) untuk kali pertama,Sambutan Hari Kebangsaan telah diadakan di Padang Pahlawan,Bandar Hilir,Melaka ..sambutan betul-betul dihadapan kedai makan bapa sedara aku..Aku mengambil kesempatan cari duit lebih (part time) dengan mengenakan 'charge' untuk tandas di kedai makan bapa sedara aku...Sapa-sapa nak buang air,aku charge 10 sen..murah sket berbanding tandas awam - 20 sen...Kunci tandas aku pegang dan sapa-sapa yang tak tahan,kena jumpa dan bayar dulu kat aku sebelum guna...ada sorang mamat tu datang dalam keadaan cemas(nak buang air besar ler tu ..)aku charge dia RM1.00pun dia sanggup bayar..hehhehe.Kalu tak mahu bayar,bleh buang air kat tepi longkang.....Sehari saja aku dapat income lebih RM 100 hasil pendapatan dari tandas...Wow ! lumayan beb..

Selama hampir 9 bulan aku bekerja disitu,tetiba aku dapat peluang dipanggil temuduga untuk jawatan Pembantu Am Rendah oleh pihak Kerajaan Negeri Melaka...masa tu,saja main hantar jer borang permohonan nak kerja 'gomen'...tak sangka,dapat pulak dipanggil temuduga di Bangunan Seri Negeri,Melaka..Aku cuba jer tapi tak sangka,masa temuduga tu diaorang tanya pengalaman kerja..aku cakap aku boleh buat roti canai dan teh tarik jer..diaorang gelak dengar cerita aku..Oleh kerana penemuduga tu enjoy dengan cerita aku tu,akhirnya aku diterima bertugas sebagai Pembantu Am Rendah kat Pejabat Tanah dan Daerah Jasin...Aku pun tak tahu bahawa Pembantu Am Rendah adalah jawatan paling rendah dalam organisasi rupanya..hehhee..dah mula kerja baru tahu tugas aku yang sebenar....kahakahahah..Tipah Tertipu.Apapun aku bersyukur sebab berjaya sebagai 'penjawat awam' atau pekerja gomen dan keluarga aku (terutama emak dan bapa kesayangan aku) adalah orang yang paling happy sebab anak kesayangannya ini berjaya mendapat pekerjaan ' tetap dan berpencen'....


Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Bekerja di jabatan kerajaan dengan suasana yang cukup tenang,aman serta mendapat gelaran 'pekerja gomen' hanya memberi aku untuk bertahan cuma 6 tahun 3 bulan sahaja apabila aku meletakkan jawatan sebagai 'pekerja gomen' pada tanggal 1 Dec 1992...apa jadi selepas itu ?Apapun,banyak kenangan pahit manis yang aku alami di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dibawah ni gambar aku semasa bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dari kiri,Abd Majid Md Jais(budak Tehel),sebelah kiri aku,Wahid (budak Asahan) dan hujung sekali,Azwan Marshad (budak Paya Dalam).Diaorang bertiga ni antara member rapat aku.Majid sekarang ni bertugas sebagai pengaturcaraan komputer di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya..Wahid jadi cikgu di salah sebuah sekolah di Tangkak,Muar,Johor..Azwan kali terakhir aku jumpa di Pejabat Daerah Melaka Tengah.

Zaman Persekolahan Aku

Peringkat Menengah,aku bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Bendahara Jasin,Melaka.Bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.Aku cuma ingat beberapa guru yang mengajar aku seperti Cikgu Misratin Mispani,Cikgu Marsilah Ibram,Cikgu Safiah Mohd Sultan,Cikgu Normi Jantan,Cikgu Rabiah Husin,Cikgu Faridah Fadil,Cikgu Zainon Abdullah.........eh,Cikgu Perempuan jer..? Tak,aku masih ingat lagi Mr Tara Singh (mendiang),Cikgu Ali Aman,Cikgu Osman Md Tana,Cikgu Osman Wahab,Cikgu Noorsir Sarip dan ramai lagi yang dah lupa...Masa tu,Pengetua Cikgu Rahmat Jantan dan Penolong Kanan-Cikgu Jalil Morah....
Zaman sekolah menengah,aku taklah sebagus mana.Kawan-kawan memang ramai tapi aku cuma mampu lulus SRP dan sekadar pangkat 3 - SPM...itulah hasil yang aku perolehi akibat tak bersungguh-sungguh menumpukan pelajaran..Buat Ibuku dan arwah bapa aku,aku mohon maaf kerana gagal membawa kecemerlangan dalam keputusan SPM aku....Insyallah,aku akan perbaiki masa depanku demi untuk keluarga,bangsa dan agama....Bila ? Macamana ?...sabar..nantikan seterusnya..
Kepada semua kengkawan di SMDB,Jasin..aku harap korang sentiasa success sentiasa...

Sunday, February 7, 2010

Selamat Datang Ke Blog Mohd Rosly

Assallamualaikum Dan Salam Sejahtera,


Sebagai manusia biasa serba sederhana,saya ingin menjemput semua pengunjung blog ini untuk terus membaca,meneliti seterusnya menjadi pembaca setia blog mohdrosly ini.Di blog ini juga saya akan berikan pelbagai maklumat,peluang serta kemudahan yang tidak mungkin anda perolehi ditempat lain.Oleh itu,segala keistimewaan yang diberi serta disediakan hanyalah untuk pengunjung setia blog mohdrosly ini.

Siapa saya ? Mohd Rosly Abd Jalil,berasal dari Chinchin,Jasin,Melaka mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Chinchin dan melanjutkan pelajaran peringkat menengah di Sekolah Menengah Datuk Bendahara,Jasin,Melaka sehingga peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Kerjaya ? Setelah mendapat keputusan SPM yang kurang memberangsangkan,masa menggangur diisi dengan bekerja sebagai pembantu restoren di Mini Restoren (Restoren Bapa Saudara sendiri),Banda Hilir,Melaka.Hampir 8 bulan bekerja direstoren tersebut,pengalaman yang sukar dilupakan adalah mahir menebar roti canai.Itulah beruntungnya bekerja di restoren saudara sendiri kerana ilmu yang amat berguna ini tidak mungkin diperolehi ditempat lain.Glamour ?
Sambil menebar roti canai,tetiba dapat peluang pulak untuk bertukar kerjaya.Walaupun bukan cita-cita tetapi dapat juga bekerja sebagai Pembantu Am Rendah di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin bermula 1 Ogos 1986.Hari berganti hari,minggu berganti minggu,bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun.Bekerja di jabatan kerajaan dengan suasana yang cukup tenang,aman serta mendapat gelaran 'pekerja gomen' hanya memberi aku untuk bertahan cuma 6 tahun 3 bulan sahaja apabila aku meletakkan jawatan sebagai 'pekerja gomen' pada tanggal 1 Dec 1992...apa jadi selepas itu ?Apapun,banyak kenangan pahit manis yang aku alami di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dibawah ni gambar aku semasa bertugas di Pejabat Tanah dan Daerah Jasin.Dari kiri,Abd Majid Md Jais(budak Tehel),sebelah kiri aku,Wahid (budak Asahan) dan hujung sekali,Azwan Marshad (budak Paya Dalam).Diaorang bertiga ni antara member rapat aku.Majid sekarang ni bertugas sebagai pengaturcaraan komputer di salah sebuah jabatan kerajaan di Putrajaya..Wahid jadi cikgu di salah sebuah sekolah di Tangkak,Muar,Johor..Azwan kali terakhir aku jumpa di Pejabat Daerah Melaka Tengah.

Ni gambar aku diambil sekitar umur aku 6 bulan.Itupun emak aku yang bagitau.Maklumlah,aku cuma tahu meniarap jer masa tu.Tak sangka,boleh terjumpa balik gambar aku ini.Terimakasih buat Bang Long di Kuantan kerana masih lagi menyimpan gambar aku ini