Monday, March 19, 2012

Percutian Aku Sekeluarga - Langkawi 2005

Aku sekeluarga memang suka bercuti.Kalau tak bercuti atau makan angin,badan mesti lenguh-lenguh..Kali ini,aku sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi..
 Semasa berada di LCCT,Sepang sebelum berlepas..sempat berposing (gambar diambil oleh Afiq)
 Naik Air Asia jer..tambang murah harga promosi masa tu..cuma RM 300 tiket pergi balik untuk 5 orang..Kira murah ler tu..kalu jalan kaki ke Langkawi,diupah RM 300 pun aku tak sanggup.
 Sebelum naik pesawat,sempat berposing..maklumlah,Amri dan Azim buat kali pertama menaiki pesawat..Dulu dia pernah naik,tapi masa tu dia dua orang masih lagi dalam perut..hahhahaa
 Aku punya anak ni jenis pantang dengan air..maksudnya pantang jumpa..janji hotel mesti ada kolam renang,mesti ada laut atau  mesti ada tempatdiorg bertiga nak berkubang....kalau tak ada tempat berair macam ni,mesti diaorang mengamuk.
Ini masa nak pergi ke Gunung Mat Cinchang - tempat kabel car.....berhenti rehat kat area Awana Porto Malai..
Diorang lepak ngan aku semasa mama dia sibuk shopping area Pekan Kuah...Takkan kitorang bujang pun sibuk nak beli kain batik,pinggan mangkuk ngan mama....tak main la....hehhee
 Ini kereta yang aku sewa selama 4 hari 3 malam sepanjang berada di pulau lagenda tu..puas gak aku lenjan kereta ni mengelilingi pulau..Mujurlah Pulau Dayang Bunting tu kena naik feri kalu nak gi..Kalu tak,memang aku harung jer pakai Iswara Putih ni...
Sempat gak berposing awek aku ni kt tepi Pantai Cenang....

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com