Wednesday, August 20, 2014

Terjumpa Honda Kapcai kat Seri Menanti

Aku dengan sahabat aku Isma,pergi sarapan pagi kat pekan kecil Seri Menanti,Kuala Pilah pada pagi Ahad,17hb Ogos 2014 aritu...Lebihkurang 20 minit jer dari Seremban,aku berdua singgah kat warong kampung tu tak jauh dari Istana Seri Menanti..

Selepas order nasi lemak telur mata dan hidangan yang sama gak Isma order,aku berdua terus duduk kat hujung meja warong tu..Aku tak sangka sebelah meja aku ada 2 bijik Honda Kapcai seperti kapcai kesayangan aku...Tapi kapcai ni nampak unik..Perghhh...aku terus terhenti untuk menyuap nasi lemak dan bergegas ke dalam kereta Wish dan aku ambik kamera cap ayam aku..terus aku ambik gambau ni...

lain macam jer seat dia tu....
Ni rakan kapcai yg lagi satu.....merah menyala...parking berjiran jer...



Aku tengok honda kap ni diubahsuai agak kreatif.Maklumlah,tuanpunya motor ni modified ignition suis guna kayu..
Tengok tu,tempat kunci pun dibuat dari produk berasaskan kayu..

Tapi aku tak sanggup duduk atas seat dia..memang keras giler ..aku rasa kalau ride dari sini ke Seremban,mahu berlaku pendarahan bahagian punggung aku...Apapun ,ini kali pertama aku jumpa motor kapcai sebegini rupa..

Double seat...hanya yang punggung keras jer boleh ride motor ni..

Apapun,aku tak pasti samada JPJ tahan atau tidak rider ni kalu ada roadblock sebab plat motor ni pun dibuat dari kayu..
Kalu ikut dari no plat,motor aku sebenarnya lebih antik atau lebih otai dari motor ni..


Aku tak pasti sapa owner motor ni..samada tauke warong atau pakcik yang tegur aku 'minat ker?' semasa aku snap gambau ni...tak kisahlah,bukan aku nak rembat pun motor ni..aku pun ada motor yang sama..cuma aku memang mengharapkan agar motor kapcai sebegini akan tetap kekal dan menjadi kenangan untuk generasi akan datang..Aku tak mahu kapcai sebegini 'pupus' ditelan arus kemodenan...


Tuesday, August 12, 2014

Konvoi Raya 2009

Ini gambar sebelum konvoi untuk sambutan raya tahun 2009 di Agrotek Garden Resort di Hulu Langat,Selangor..Aku semua dapat jemputan dari pihak resort tersebut untuk memeriahkan sambutan 'Rumah Terbuka' disitu...Cukup menarik dan enjoy walaupun sekadar pergi open house jer..Bermula di Stesen Petronas Jalan Templer Seremban,kami sebanyak 15 buah kereta berkonvoi melalui Mantin,Semenyih dan tamat di resort tersebut. 

Wednesday, August 6, 2014

Explorace TV3

Tahun 2005,aku dan beberapa orang Rakan Waja aku telah terpilih untuk mengendalikan program Explorace anjuran pihak TV3..Pemilihan team Rakan Waja aku selaku crew untuk program bertaraf dunia ini mungkin adalah hasil kepercayaan dan kejayaan Explorace TV3 pusingan awal yang berlangsung di Negeri Sembilan.Buat kali pertama aku telah dilantik sebagai Lead Crew untuk kenderaan rasmi semua peserta,technician,producer,jurukamera serta mereka yang terlibat menjayakan program Explorace ini.
Aku dan rakan yang lain sekali lagi diberi penghormatan untuk mengendalikan siri Grand Final Explorace anjuran TV# ini yang berlangsung pada 31/3/2005 yang lalu.Laluan kali ini lebih mencabar dimana tugasan kami adalah bermula di Genting Highlands mengikuti tugasan peserta Explorace yang perlu ke Templer Park,Bukit Bintang,Kelang,Jalan Raja Laut dan berakhir di Dataran Merdeka.
Aku sempat bergambar dengan pengacara Explorace TV3 - Dalphine Iking

Banner Rasmi

Juara Explorace TV3 - Hanif dan Narin

Antara Krew yang terlibat

Mengabadikan kenangan bersama Cik Narin

Semua krew yang menjayakan Grand Final Explorace TV3 2005 di Dataran Merdeka


Sunway Lagoon

Bercuti memang kegemaran aku..kali ni aku bawak family aku bercuti di Sunway Lagoon...sesekali abiskan cuti hujung minggu...anak-anak aku memang happy..cuma tak happy bila tak puas berendam...


Gaya tiga orang jejaka aku yang bergambar kat replika anak gajah...hihihi

Ronda-Ronda Melaka -12.6.2008

Time aku balik kampung ke Melaka,aku sering gak merayau-rayau kat Bandar Melaka..aku pun dah macam pelancung gak...Aku bawak family kali ini naik bot menyusuri Sungai Melaka..best gak walaupun aku sembunyi-sembunyi sikit takut terlihat oleh orang kampung...hahhaha
Amri duduk sambil aku sering perhatikan agar dia tak melompat masuk sungai...

Afiq dah besar sikit masa tu..tak risau sangat...

Azim ni pulak tak boleh cahaya terang,mata kompom sepet..

Menyusuri belakang rumah kedai tepi sungai Melaka

macam kat Venice,Italy...

Patut ker ramai pelancung datang ke Melaka

Memang cantik dan menjadi tumpuan pelancung

Walaupun Aku Budak Melaka,tapi aku memang jarang berkesempatan bercuti disini..Maklumlah,kampung sendiri..

Perjalanan ni mengambil masa lebihkurang 45 minit untuk 2 hala perjalanan dari Dataran Rempah ,Jalan Mata Kucing


Aku panggil Amri supaya toleh muka untuk aku ambil gambar dia dengan Azim...

Tapi dia merungut dan dia buat muka dia macam tu depan kamera..Aduhhhhh...

Motor Kapcai Kesayangan Aku

Aku suka bawak jalan-jalan sambil makan angin dengan motor honda kapcai kesayangan aku ini...
Rehat sekejap kat area Dataran Senawang

Motor kawan aku..Epol

Parking dua bijik jer yang ada

Ada member baru yang mempunyai minat yang sama

Cantik gak motor dia ni

Bergambar depan kedai member..harap-harap dapat sponsor tshirt..hihii
Aku sebenarnya bercadang nak modified motor kapcai honda aku ni menjadi lebih klasik/antik lagi..kalau boleh yang macam Honda kapcai 50cc jer..aku cuba google dan dapat beberapa model yang aku rasa menarik....
Nampak sempoi....


sedang cari handle macam moto ni

Susah cari benda ni..
So,kalau ada sapa-sapa yang nak jual lampu dan handle ni,tolong roger aku..aku nak beli..0196526265