Thursday, March 22, 2012

Percutian Aku Sekeluarga - Pulau Pangkor 2007

24hb Disember 2007,aku sekeluarga bercuti ke Pulau Pangkor,Perak...Seronok juga bercuti disini sebab banyak tempat menarik boleh dilawati serta banyak ikan kering boleh dibeli...hehhee
 Hero aku bergambar sekitar tapak Kota Belanda,di Pulau Pangkor..pagi buta lagi aku dah sampai kat sini.
 Ni kat salah satu destinasi pelancungan kat Pulau Pangkor yang aku singgah..belakang tu ada ler sikit mini Zoo dan taman permainan kanak-kanak..Tapi paling besar kat sini..Tokong..
 Ini pulak tarikan utama anak-anak aku..Kalu ada air,pasti meriah diaorang punya percutian...

 Naik Feri untuk ke Pulau Pangkor....semua macam baru bangun tido sebab naik feri trip yang pertama.
Bila balik,semua badan diorang dah berbelang-belang sebab tengah panas berendam kat laut...

Gambar Kreatif Hero-Hero Aku....

Sebenarnya aku bukan lah jurugambo profesional.Tak pernah pun join kelas kemahiran mengambil gambar dan sebagainya..Kamera aku pun jenis compact dan bukan DSLR..Murah jer..itupun beli masa offer...Harga pun bawah RM500 masa tu...(5 tahun dulu)....Itu jer yang mampu..Tapi aku cuba menghasilkan gambar kreatif menggunakan kamera 'cikai' aku tu..Inilah hasilnya...
 Ni gambo anak aku , Afiq ketika bercuti di Cameroon Highland...hasilnya cukup unik...
 Ini gambo Azim sedang lepak kat dalam rumah....sambil menguap..
Gambo Amri sedang lepak kat depan Masjid KLIA.....amacam?ok tak ? hehhehe...

Wednesday, March 21, 2012

Ronda-Ronda Ke Jelebu @ Kuala Kelawang

Walaupun aku menentap di Seremban,tapi jenis spesis yang macam aku ni yang selalu meronda atau merayau ke bandar-bandar lain dalam Negeri Sembilan adalah menjadi kegemaran aku bersama family setiapkali tiba hujung minggu.Kali ni aku nak cerita sket tentang Ronda-Ronda ke Jelebu @ Kuala Kelawang.Jom ikuti kisah ronda aku kali ini..
Jelebu ?.kekadang aku keliru gak ?apa beza antara Jelebu dan Kuala Kelawang ?..Mungkin gak Jelebu tu nama daerah dan Kuala Kelawang tu nama pekan dia...ada orang Jelebu yg boleh terangkan kat aku?hehehe

Oklah,aku nak start dengan cerita perjalanan aku ni..Biasanya dari rumah aku sekeluarga akan mula bersiap seawal pagi..Untuk ke Jelebu,aku kena melalui jalan lama Ampangan,Kg Pantai (nama jer Pantai tapi bukan ada laut pun) merentasi Banjaran Titiwangsa di Bukit Tangga,Jeram Toi dan terus ke Pekan Kuala Kelawang @ Jelebu..jarak dari rumah aku lebihkurang 30 km dan ambil masa lebihkurang setengah jam gak...
 Ini gambo yang aku rakamkan sekitar jam 8.00 pagi di puncak Bukit Tangga menghala ke Pekan Kuala Kelawang...Pemandangan cukup menarik dengan kabus tebal di atas puncak bukit ini.Ciptaan Allah cukup indah dengan suasana yang menjadikan kita sentiasa terpegun dengan ciptaanNya..Amin
Ohhh...memang sah ! Selamat Datang ke Daerah Jelebu..Jelebu nama daerah,Kuala Kelawang tu nama 'pokan; (pekan) dia....baru ler den paham..Tapi kabus masih tebal kat area ini (sempadan Daerah Seremban / Jelebu)..suasana sejuk dan agak nyaman sekali...Harap2 suasana begini akan kekal dan hutan-hutan sekeliling yang ada perlu dijaga..kalau tak jaga,confirm akan datang memang kita tak jumpa kabus...
Sebaik sampai Pekan Kuala Kelawang,sebuah replika buah-buahan tempatan tersergam indah di satu lokasi tak jauh dari Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu.Cukup menarik dan setinggi lebihkurang 10 meter...Ada durian,langsat manggis dan sebagainya..Kalau sapa-sapa yang gigi kapak tajam,boleh try makan buah tempatan yang ada kat replika tu....
 Secara kebetulan aku meronda ke Kuala Klawang pagi hari Ahad..Kat sini ada Pasar Tani + Pasar Pagi + Pekan Sehari + Pasar Lambak + Pasar Gesel (bahasa Orang Melaka).Maksudnya,pagi Ahad kat sini cukup meriah sebab ada pasar yang diadun menjadi satu pasar..Ada orang jual sayur,kain,ulam-ulam,jual ikan dan macam-macam ada kat sini..Tapi memang cukup meriah dan gerai cukup banyak.
 Aduuuh...awek aku ni mesti singggah kat kedai tudung.memang itu kegemaran dia.Semua gerai tudung habis dilawatinya..tapi belum tentu beli..hahahhaha
 Pasar Ahad ni terletak betul-betul di tengah pekan Kuala Kelawang berhampiran Muzium Adat.Senang nak cari sebab kemeriahan hujung minggu disini adalah Pasar gesel...hahahhaa.
On the way aku nak balik Seremban,aku singgah sekejap kat area air terjun berhampiran Bukit Tangga...betul-betul ditepi jalan dan senang nampak dari jalan besar KKlawang-Seremban...Aku suka tengok air terjun sambil menghirup udara segar disini...Memang cantik dan menarik.
Tapi aku agak kecewa gak aku sebab ada wakaf sebelah air terjun tu yang dipenuhi sampah sarap.Aku harap pihak berwajib dapat melihat situasi ini.Sambil tu,pengunjung kat sini pun perlulah mempunyai tanggungjawab untuk jaga kebersihan.Jangan hanya datang berkunjung,tapi sampah sarap berterabur...Aduh,hilang selera aku !
 Botol minuman,bekas makanan,pampers,kotak rokok dan macam-macam sampah sarap ada kat area air terjun ni.Harap-harap korang janganlah buang sampah merata-rata macam ni..Buat malu ajer.
Bila sampah dah banyak,air terjun yang cantik ni akan tercemar.Bila dah tercemar,kawasan ini akan menjadi kotor.Bila dah kotor,akan timbul pelbagai wabak penyakit...Bila dah sakit atau dah ada orang yang diserang penyakit atau pengunjung yang mati,mulalah salahkan tikus...Air kencing tikus lah,tikus kencing bersepah lah...tikus jugak yang dipersalahkan....Hampeh !!!

Monday, March 19, 2012

Wedding Of The Year 1997

9hb Ogos 1997 merupakan detik bersejarah buat aku dan isteri tersayang..Detik manis dimana aku berjaya menggengam erat tangan imam kampung aku yang juga jurunikah aku masa tu....Sah ! Sah ! itu jer ayat yang aku tunggu dari saksi disekeliling aku pada waktu itu..akhirnya aku bergelar sebagai suami mithali tepat jam 11.15 pagi pada tarikh keramat itu..
Akhirnya aku bergelar suami isteri...Amacam ? tengok gambo pengantin lelaki ni..wajah seorang yang beriman..Amin...
Inilah kenangan yang tak dapat aku lupakan sepanjang hayat.Berita perarakan pengantin menaiki motosikal berkuasa tinggi telah disiarkan sehari selepas majlis pernikahan aku.Ini baru 'Wedding Of The Year'....

Percutian Aku Sekeluarga - Lumut 2006

Ini gambar 2 beradik Azim & Amri semasa aku berhenti rehat solat Zohor kat Masjid KLIA,Sepang.
 Kali ini aku sekeluarga bercuti ke Lumut,Perak Darul Ridzuan.Sambil bercuti,aku ambil kesempatan menerima jemputan perkahwinan Azmin (member classmate masa IKM Jasin dulu)yang melangsungkan perkahwinan di kampung halamannya di Bota,Perak...
 Aku menggunakan jalan lama (tanpa melalui Highway Plus) dari Seremban hingga ke Lumut,Perak.Bukan aku ni jenis kedekut nak bayar tol,tapi aku dan family jenis suka lihat keindahan alam sepanjang perjalanan..Aku melalui laluan Seremban-Sepang-Banting-Kelang-Kuala Selangor-Sabak Bernam-Teluk Intan-Manjung-Lumut.Sambil jalan boleh singgah beli goreng pisang,mentarang (kali pertama aku jumpa benda ni kat area Sabak Bernam / Sekinchan)...

 Aku sekeluarga menginap di Teluk Batik Resort,Lumut.Lepas check in,aku dan family jalan-jalan sekitar Pekan Lumut.Orang umah aku bershopping sakan beli udang kering,sotong kering,ikan kering dan naik kering poket aku asyik beli makanan laut kering kat sini...
 Afiq ni memang jenis tak boleh nampak kamera..asyik tunjuk lubang hidung dia...ishhhhh...jangan keluarkan isikandungan yang terdapat dalam hidung tu..
Anak bujang aku bergambar depan lobi hotel sebelum aku check out..
 Aku sampai gak rumah pengantin,Azmin di Bota..seronok dapat jumpa kengkawan lama..Jamal,Panjang,Agos,Ramli....memang best jumpa diorang ni sebab perangai ni semua macam dulu gak..
Selamat Pengantin Baru buat Azmin..Moga berbahagia keanak cucu..Syabas !!

Percutian Aku Sekeluarga - Langkawi 2005

Aku sekeluarga memang suka bercuti.Kalau tak bercuti atau makan angin,badan mesti lenguh-lenguh..Kali ini,aku sekeluarga bercuti ke Pulau Langkawi..
 Semasa berada di LCCT,Sepang sebelum berlepas..sempat berposing (gambar diambil oleh Afiq)
 Naik Air Asia jer..tambang murah harga promosi masa tu..cuma RM 300 tiket pergi balik untuk 5 orang..Kira murah ler tu..kalu jalan kaki ke Langkawi,diupah RM 300 pun aku tak sanggup.
 Sebelum naik pesawat,sempat berposing..maklumlah,Amri dan Azim buat kali pertama menaiki pesawat..Dulu dia pernah naik,tapi masa tu dia dua orang masih lagi dalam perut..hahhahaa
 Aku punya anak ni jenis pantang dengan air..maksudnya pantang jumpa..janji hotel mesti ada kolam renang,mesti ada laut atau  mesti ada tempatdiorg bertiga nak berkubang....kalau tak ada tempat berair macam ni,mesti diaorang mengamuk.
Ini masa nak pergi ke Gunung Mat Cinchang - tempat kabel car.....berhenti rehat kat area Awana Porto Malai..
Diorang lepak ngan aku semasa mama dia sibuk shopping area Pekan Kuah...Takkan kitorang bujang pun sibuk nak beli kain batik,pinggan mangkuk ngan mama....tak main la....hehhee
 Ini kereta yang aku sewa selama 4 hari 3 malam sepanjang berada di pulau lagenda tu..puas gak aku lenjan kereta ni mengelilingi pulau..Mujurlah Pulau Dayang Bunting tu kena naik feri kalu nak gi..Kalu tak,memang aku harung jer pakai Iswara Putih ni...
Sempat gak berposing awek aku ni kt tepi Pantai Cenang....

Friday, March 16, 2012

Kereta Aku..

Ini kereta pertama yang aku mula-mula miliki..Proton Iswara 1.3 ..beli pun 2nd hand jer..tu jer yang aku mampu..Janji tak kena panas atau hujan...Syukur Alhamdulilah..
Macam biasa..lepas beberapa tahun pakai Proton Iswara,mula dah nak tukar kereta yang lebih selesa,besau (besar dalam bahasa Orang Melaka)..Maklumlah,anak dah mula ramai,badan aku pun dah mula besau,so hajat pun dah mula besau..Apalagi,terpaksa ler korbankan Proton Iswara kat atas tu..aku jual Proton Iswara,terus sambar Proton Waja...No plat Proton Waja ni  aku tempah dan sama dengan nombor motor kesayangan aku gak...6265..So,bermulalah tradisi no plat kenderaan aku mesti identiti 6265....
Cuba tengok no plat tu..sama kan ???

Kawan-kawan dan kenalan rapat memang tahu bebenor plat kereta dan motosikal aku ni.Kalau nombor 6265 tu,confirm semua tahu itu kenderaan aku..No handphone aku pun aku guna 4 digit terakhir sebagai nombor identiti aku....Sebenarnya bukan ada apa-apa pun pasal nombor plat tu...ianya sekadar nombor.
Oh ya!selepas aku pakai Proton Waja,wife aku pulak kena guna kereta sebab senang dia nak ulang-alik gi kerja..So,aku belikan pulak seekor kancil...eh silap,sebuah Perodua Kancil...Maklumlah,dia kerja tempat lain,aku kerja tempat lain..kerja pun tak sama shift,aku normal shift,dia 'abnormal' shift..
Ini kereta kancil orang umah aku..guna nombor plat 6265 gak.....amacam ?ok tak ?...Ingat,nampak jer Kancil ni kecik,tapi dah berjaya sampai ke Cameroon Highlands...amacam?ada berani ?

Entahlah,tetiba jer aku nak tukar kereta lain..Kali ni,minat kat kereta import buatan Korea..Hyundai Getz...aku terus tolak / jual kereta waja aku,terus sambar Hyundai Getz pulak..tapi masih mengekalkan no plat 6265...
Ok,gambo Hyundai Getz aku...

Aku sebenarnya dah lama mengidam nak pakai kereta jenis MPV (Multi Purpose Vehicle) atau dalam Bahasa Melayu disebut Kenderaan Pelbagai Guna...maklumlah,anak dah makin besar.Kereta yang ada makin sendat nak tampung kedudukan ketiga-tiga anak aku kalau berada dalam kereta Getz..So,aku dah berkira-kira nak pakai beberapa kereta MPV idamanku...Memula cadang nak Pakai Proton Exora,tapi memandangkan dah puas aku pakai Kereta Buatan Malaysia sebelum ni,so niat untuk beli Exora terbantut.Aku cadang nak pakai Toyota Alphard,takut pulak setiap bulan makan pasir ulam batu ,memang mengidam tapi takut tak mampu...Lepas tu,terfikir nak beli Toyota Estima,risau pulak takut setiap bulan asyik mentedarah maggi...So,aku kumpul duit sikit-sikit untuk cari deposit dalam masa lebihkurang 6 bulan.Sementara nak kumpul duit,aku terpaksa menggunakan kereta lasak buat sementara waktu untuk berulang-alik ke tempat kerja.
 Kereta Daihatsu Charade ini memang terbaekk ...Memang tak ada masalah selama aku gunakan kereta ini.Minyak jimat,kereta pun smart,power cukup hebat
 Paling mantap kereta ni ialah dia punya aircond..Memang cukup puashati walaupun usia kereta ni dah 'Otai'..

Alhamdulilah,akhirnya aku berjaya gak pakai kereta MPV yang aku idamkan.Toyota Wish berjaya aku miliki walaupun hutang...Syukur Alhamdulilah..
 Toyota Wish...kau buat aku tak tidur malam hampir 6 bulan sebelum aku berjaya memilikimu...cewah
 Pandangan hadapan..Masih kekalkan plat yang sama dengan kenderaan aku yang lain..tapi kali ni,plat MCB 6265 menjadi pilihanku..MCB bermaksud,Memang Cantik Bergaya...kahkahkahha...
Ni pandangan dari belakang..Kalau sapa-sapa nampak kereta ni,sila bunyi horn...hahhahaa..

Monday, March 5, 2012

Aku Sebagai Mat Motor..

Dulu aku memang kaki motor..Tapi aku bukannya seorang Mat Rempit..Masa dulu,aku tak pernah ditahan oleh polis akibat terlibat lumba haram.Aku memang tak minat nak berlumba apatah lagi lumba haram dijalanraya.Sepanjang berstatus mat motor,aku sebenarnya minat untuk berkonvoi dan mengembara dengan menunggang motosikal kesayangan aku...
Ini motosikal kesayangan aku yang disimpan hingga ke hari ni..Bagi aku,motor Yamaha RXS ni memang cukup bernilai buat aku...Motor ini dibeli hasil dari titik peluh aku semasa bekerja di Pejabat Tanah Jasin..inilah harta yang dapat aku kumpulkan ...

Ini geran motor Yahama RXS aku....bukan motor curi beb....hehhehe

Gambar bersama motosikal kesayangan ketika menyertai konvoi motosikal anjuran Lucky Strike suatu ketika dulu menjelajah Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Majalah Roda Roda.
Konvoi motosikal melalui Bandar Diraja Pekan,Pahang Darulmakmur.Aku sempat bergaya sebaik sahaja selamat sampai di papan tanda tersebut.
Motosikal Yamaha RXS 115 cc yang telah banyak berjasa buat aku....aku cukup sayang kenderaan 2 roda ini yang tetap aku simpan hingga ke saat ini....
Ketika konvoi sampai di Kota Gelanggi,Jerantut semasa menghala ke Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara...Memang cukup mencabar dan kenangan bermotosikal yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Konvoi motosikal merupakan aktiviti utama aku sepanjang memiliki motosikal.Konvoi atau Ekspedisi bermotosikal adalah kegemaran aku sebab ianya menjadikan aku sebagai lelaki tabah dan sedia menghadapi hujan panas sepanjang konvoi dengan penuh sabar..Lelaki yang bermotosikal aku anggap sebagai 'Lelaki Sejati'.....cewahhhh
Ini bukan motor aku..ni motor pinjam sekejap sementara aku nak bergambar dengan motor ni..Semasa tiba di Litar Pasir Gudang untuk menyaksikan Perlumbaan Motosikal Endurance Dunia...masa tu Kevin Schwantz dan Eddie Lawson tengah popular....

Ini apa pulak ?? Besi buruk ?..sorry Bro,inilah satu-satunya hadiah istimewa dari arwah bapa mertuaku untuk menantu dia yang tersayang macam aku..Kalu aku ni hantu,memang tak dapat hadiah motor buruk ni...hehhehe

Oklah,aku nak cerita sikit pasal motor honda kapcai ni...Motor ni sebenornya dah lama tersadai kat pangkal pokok rambutan depan rumah bapa mertuaku..Aku ni pulak jenis memang peminat motor-motor lama (antik).So,aku memang berhajat nak ambik motor kapcai ni..tapi segan nak mintak kat bapa mertuaku..Jadi,terpaksalah mintak tolong orang umah aku supaya motor buruk yang dah uzur tu diserahkan kat aku...Alhamdulilah,bapa mertuaku serahkan motor buruk dia tu kepada aku...Aku rasa macam nak berguling depan halaman rumah mertuaku tanda happy sebab dapat hadiah motor buruk ni..Aku terus sewa lori angkut motor buruk ni dari Melaka ,bawa ke rumah aku kat Seremban..
Ini ler rupa motor kapcai tu...besi buruk ler katakan...
 Gambo ni aku ambik sebaik sahaja sampai kat rumah aku di Seremban...aku tengah berfikir nak cari duit nak bikin balik,repair dan pastikan motor hadiah arwah bapa mertuaku akan menjadi motosikal terbaik dan tercantik....macam aku..hehhehehe

Bro,antara sebab utama aku bersungguh-sungguh nak repair balik motor ni,sebab motor ni ada geran.Kalau tak ada geran motor ni,aku pun tak sanggup nak angkut besi buruk ni dari Melaka.Cuma roadtax dan insuran dah lama mati (tamat tempoh)..Biasalah,dah hampir 10 tahun motor ni tersadai kat bawah pokok rambutan...kena hujan,panas,salji.....cewah,saje jer aku tambah ayat tu supaya sedap sikit korang baca kisah motor aku ni..
Ni geran motor honda kapcai tu....

Aku ambik masa lebihkurang sebulan gak nak repair dan bikin semula motor buruk honda ni...Aku terpaksa study dan buat design untuk motor honda kapcai aku ni supaya dia nampak menarik.
Ini design motor kapcai tu....aku cuba nak buat yang terbaik

Berkat kesabaran,kecekalan serta sifat tabah yang ada dalam jiwaku ini (cewah...)akhirnya siap jugak projek pembikinan motor honda kapcai kesayanganku ini...Jangan Terkejut !!
Amacam ?? Cantik tak ?...inilah hasilnya dari besi buruk terus jadi barangan berharga..
Ni pandangan dari sebelah kanan pulak....perghhhh..siap terjongket tayar belakang..
Ni pulak view dari sebelah depan....(kekadang risau gak bila parking kat Bandar Seremban sebab ramai jer yang jeling )..jeling ada 2 maksud,satu mungkin dia suka tengok motor ni dan yang satu lagi memang nak curi motor ni....dulu masa besi buruk sorang pun tak pandang..kahkahakah..
Tengok tu....Menteri Besar,Negeri Sembilan (Dato Hj Mohamad Hasan) pun pakai motor kapcai macam aku gak...hehhehe