Friday, October 31, 2014

Rumah Banglow / Bunglow Yang Aku Minati

Tetiba ajer aku rasa terpegun tengok sebuah rumah Banglow setingkat semasa aku ke utara pada 24.10.2014 yang lalu..Rumah ni betul-betul ditengah-tengah sawah (Bendang ..bak kata org utara) tetapi menarik rekabentuk dia...Jom kita share gambau Banglow ni...
Baru jer siap bikin....ada lagi peninggalan bahan  kerja-kerja kontraktor.
 Rumah ini terletak ditengah-tengah laluan dari Alor Setar ke Kangar....Kalu tak silap area Simpang Ampat..Rumah ni kalau tak silap berada di dalam Negeri Perlis Indera Kayangan...
Cantek..depan ada sawah....
 Kedudukan rumah banglow ini adalah sebelah kiri kalau dari Alor Setar dan secara automatik,sebelah kanan dari arah Kangar...Pemandangan memang cantik sebab kedudukan rumah ni berada di tengah-tengah sawah...Kompom banyak angin.....dan kemungkinan juga banyak ular...hihii (Biological Hazard..sptmana yang aku belajar dalam bidang Safety).
Jarak lebihkurang 20 meter dari jalan besar..
 Dalam banyak-banyak rumah yang aku tengok sepanjang laluan aku dari Seremban sampai Perlis, ni yang aku rasa terpikat ..Aku tertarik dengan rekabentuk rumah ni...Secara peribadi,aku memang minat tengpk design rumah ni dari luar....Pada anggaran aku,rumah ni berharga dalam RM180 ke RM200 ribu...aku anggarkan jer..Tak tahu ler pulak harga bahan binaan kat sini mahal atau murah..
memang cantik..tapi pada mata aku..mata korang aku tak tahu ler...
Aku tak sempat nak mendekati rumah ni..nanti takut tuan rumah ingat aku ni Perompak ker,Penyamun ker..so,aku sekadar ambil gambar dari jarak 20 meter jer..itupun dari dalam kereta sebab ni tempat orang..nanti gangster kampung dusun kejar aku,parah nanti...hihii..apapun,aku ucapkan tahniah buat tuan rumah ni sebab design dia terbaikkk.....Moga dia baca blog aku ni jemput untuk datang makan2 tanda penghargaan atas promosi percuma rumah dia dalam blog aku ni....

Thursday, October 9, 2014

Ronda-Ronda Melaka

 Petang Raya haji 2014 aritu,aku dengan family ronda-ronda sekitar Bandar Hilir Melaka..cadang nak naik Menara Tamingsari,tapi orang ramai gila,so aku ambik keputusan pergi ke Dataran Rempah tempat pengkalan River Cruise , Melaka di Pengkalan Rama
Orang ramai kat Stadhuys....

Menyusur sungai Melaka


Mat salleh ramai beb..mentedarah arak..

dalam River Criuse..


Cantik gak

Lukisan kat dinding tu..lawa beb

Ohhh..ada shooting video klip rupanya...penyanyi yang pakai baju hitam tu...

kawasan Kg Morten

Suasana kampung







Selamat sampai ke Pengkalan semula...lebihkurang 45 minit menikmati keindahan Sungai Melaka

Rumah Banglow Sedaraku

Selepas solat hariraya haji 1435H (2014) aritu,aku sempat visit rumah sedara aku,Kak Bedah ..tak jauh dari Masjid Chinchin,kampung aku..dia jemput dengan emak aku singgah sambil makan ketupat,rendang dan sarapan bersama..secara kebetulan,kereta aku parking depan rumah dia..aku pun singgah kat Bunglow dia yang baru..baru tak baru tapi dah 2 tahun dia buat..
Pandangan depan rumah ni..emak aku sedang berposing depan pintu...
 Aku tertarik dengan rekabentuk rumah Kak Bedah ni....cantik design dia...
Pandangan sisi sebelah kanan
 Nampak tersergam indah dan rekabentuk yang menarik....Aku mintak contact dari Kak Bedah contractor...dia bagitahu tauke kat area Air Keroh...
Ruang tamu
 Ruang tamu juga cukup sesuai dan tidak nampak serabut...memang tersusun
Dapur
 Dapur tak berselerak dan siap dengan kitchen cabinet....kat tepi ni aku makan ketupat dengan rendang daging kak Bedah...sedapnya...
Laluan ke dapur
 Lantai tiles yang cukup halus pemasangannya ..pada aku memang simple rumah ni..
Bilik Stor 
 Ada 4 bilik dan 3 bilik air dalam rumah ini...cukup puashati..
Bilik Utama
 Bilik memang luas dan sesuai untuk anak 4/5 orang....tapi kalu ada cucu rasanya kena fikirkan keluasan seterusnya..
Sebelah luar master bedroom
 Aku sempat ambik gambau kawasan sebelah luar..memang tertarik
Pandangan sisi kiri rumah


Sebelah kanan

Sisi kanan dari tepi jalan

cantekk
Paling aku terkejut,kos membina rumah ni tak sampai pun RM 90 ribu........perghhh,kalu market sekarang ,aku rasa memang murah.....

Tuesday, October 7, 2014

Seronoknya Berbulan Madu @ Honeymoon Ke Medan

Aku sebenarnya sejak kahwin memang belum berkesempatan untuk berbulan madu atau honeymoon..Masing-masing sibuk dan cuti kahwin aku pun dulu tak lama..maklumlah,kerja kilang mana ada cuti panjang...Lagipun semangat untuk bekerja selepas kahwin memang cukup membara..Sebab lain bukan kerana tak der duit,tapi wife terus 'bunting pelamin' selepas aku nikah..dia pulak sering muntah-muntah dan loya-loya bila megandung..tu sebab honeymoon aku tertangguh sehinggalah aku dapat 3 orang anak..hihiii...
Apapun,hajat dah niat aku berdua untuk berbulan madu akhirnya tercapai..kali ini aku memilih Medan , Indonesia utk destinasi berbulan madu...12hb April -15hb April 2014... aku berdua ambik cuti..

Tiket flight AirAsia aku dah tempah lebihkurang 3 bulan lalu...itupun harga promosi..RM 400 pergi balik..kira ok ler tu..janji dapat terbang ke sana...

Flight yang aku naik.....
Seawal jam 7.00pagi aku dah berada di LCCT...lebhkurang 45 minit dalam flight,dah sampai aku di Kualanamu Airport,Medan..kiranya ni airport baru...Sebenarnya zaman bujang dulu aku dah pernah sampai Medan ni..tahun 1994 (20 tahun dulu...)masa tu airport Polonia di tengah-tengah bandar Medan..tapi Kualanamu Airport yang baru ni agak jauh gak dari Medan..Apapun,syukur alhamdulilah selamat sampai gak.
Ni mercu tanda airport Kualanamu,Medan..
..Sampai jer kat Airport,aku terus contact pemandu pelancung aku..Bapak Baktiar..Orang Medan...dia ni yang akan bawak aku sepanjang aku berdua berada di Medan..dia ni agak sempoi tapi berpengaruh di sekitar Medan..kiranya macam "Ayahanda' Medan..lebihkurang macam "Abang Kawasan "...So,selepas urusan imimgrasi (Emigresen) dan Kastam,aku terus dibawa oleh Bapak Bakhtiar ni kat kereta dia..Toyota Avanza beb..kira baru gak model ni tapi kat Malaysia memang tak nampak Avanza dia ni..
Ni dia..Pak Bakhtiar...Pemandu Pelancung selama aku di Medan
Destinasi pertama aku adalah dari Kualanamu Airport menghala ke Danau Toba..Tasik Danau Toba merupakan salah satu detinasi yang 'wajib lawat' di Medan..kiranya tak cukup syarat ke Medan sekiranya tak datang ke Danau Toba.Pak Bakhtiar bagitau aku perjalanan dari airport lebihkurang 5 ke 6 jam bergantung keadaan traffik...So,aku pun ok jer..cuma aku mintak dia singgah mana-mana restoren untuk aku mentedarah sarapan + makan tengahari..lapar gila pulak sampai kat Medan ni...So,aku pun dibawa terus menghala ke Danau Toba...
Ni laluan sepanjang perjalanan..Jalan sempit..kenderaan sesak..perghhhh
  Selepas 2 jam dalam perjalanan,kitaorang singgah untuk makan tengahari + breakfast di sebuah Restoren di Pekan Permatang Siantar..kira nampak restoren tu kira standard dan sesuai untuk tekak aku berdua..maklumlah,memang kebulur masa tu...Restoren ni boleh tahan gak besar dan selesa..makanan pun boleh tahan banyak..
Ni restoren yang aku singgah untuk makan tengahari...makanan pun sedap ..

Selepas perut kenyang,aku teruskan perjalanan menghala ke Danau Toba...perghh..3 jam lagi kataPak Bakhtiar nak sampai ..laluan agak sempit tapi kenderaan memang banyak...diorang ni bawak kereta boleh tahan gak..kalu memotong kenderaan memang ngeri gak tengok...tapi aku pesan gak ngan Pak Bakhtiar ni "biar lambat asal selamat'....maklumlah, Safety Officer yang dibawa ni..hihiihi...
Ni model Toyota Avanza yang aku naik..kat Malaysia belum ada yang aku jumpa
Sambil tu dalam kereta aku borak-borak dengan Pak Bakhtiar ni..Dia memang peramah dan aku tengok dia ni memang jujur dan aku lebih fikir positif..Umur lebihkurang 50an dan dia pun bukan jenis penyamun...Tapi aku tetap berhati-hati...Aku cuba gak tanya berapa kos untuk dia bawak aku selama 4 hari di Medan?..dia jawab,berapa bapak Rosly bagi,saya ambil...perghhh..aku dengau macam tu,aku lega sikit...So,aku kira-kira dalam hati,aku kena bagi dia ni gaji hari..ada kerja ada gaji termasuk minyak dan makan minum dia...
masa dalam perjalanan,nak ke danau Toba ,aku terjumpa roti ni 

Kawasan pekan semasa laluan

Sepanjang laluan,memang ini keadaannya..semuanya sesak,
Inilah besarnya jalan menghala Danau Toba....hutan pokok pine memang cantik
20 tahun dulu aku sampai,masih lagi ada tugu ni sampai sekarang....

Menghampiri Danau Toba..akan jumpa sign Selamat datang (Horas dlm Bahasa Batak)
Paling best,apabila mula nampak pemandangan indah ciptaan tuhan Tasik Danau Toba...tempat yang pernah aku jejaki 20 tahun dulu..memang menarik keindahan disini..Cuaca sejuk mula menusuk tubuh aku..lebihkurang jam 3 petang aku berdua tiba di Danau Toba..

Cantik Pemandangan ....
Sampai jer kat Parapat ,aku terus cari Hotel untuk bermalam.....untuk berdua jer tau..Pak Bakhtiar,ko pandai-pandai ler nak tidur mana..aku dah bagi duit upah hari ni..RM 150 tu...besau duit tu...


Ni Hotel yang aku menginap
Hotel yang aku pilih ni memang boleh tahan mantap..harga pun kira ok..RM 80 semalam tapi standard macam hotel 4 bintang kat Malaysia ni..ada sarapan pagi walaupun tak sehebat buffet kat hotel di tanahairku.Tapi aku puashati dengan suasana dan environment hotel..memang sesuai untuk aku HONEYMOON...ehem-ehem....

Depan hotel aku ada bot untuk menyusuri Danau Toba
Aku cukup teruja dengan keindahan Danau Toba atau Lake Toba walaupun dah 2 kali aku sampai disini.Tempat ni cukup menarik dan aku begitu kagum dengan keindahan yang menakjubkan yang dicipta oleh Allah..
Pulau Samosir yang aku ambil dari balconi bilik penginapan aku
Sempat gak aku merakamkan keindahan matahari terbenam di Danau Toba ini..indah sungguh suasana disini,..apatah lagi,aku berdua jer dalam bilik hotel bersama pasangan kesayanganku..ehem-ehem...Tiada sebarang gangguan dan inilah suasana Honeymoon aku yang sebenar....

Bot untuk ke Pulau Samosir mengamit pelancung

Aku berdua menghabiskan masa petang hari pertama disini dengan berehat dan minum petang bersama..Aku dan wife merasakan keindahan dan kemesraan ini perlu aku hayati sebab bukannya senang dapat berbulan madu sebegini..BAPAK ! BAPAK !!..ayuh naik bot ke Pulau Samosir..jerit pemandu bot tu ajak aku berdua ke sana..Ahhh..jangan ganggu honeymoon aku..aku ingin berdua tanpa gangguan dalam bilik hotel yang selesa dan nyaman ini..ehem-ehem...

Pandangan bilik penginapan aku dari tebing Danau Toba
Selepas maghrib,aku berdua terus menghubungi Pak Bakhtiar untuk bawak aku makan malam di sekitar Pekan Parapat...Pak Bakhtiar terus standby dan jemput aku depan lobi hotel...perghhh,aku berdua macam VVIP..bell boy hotel tu terus bukakkan pintu kereta untuk aku berdua...nak duit tips ler tu..Maaf yer,aku pun tak suruh ko bukak pintu kereta tu...yang ko bukak,apasal..hiihiihi...Pak Bakhtiar bawak aku gi sebuah restoren makanan Islam yang agak besar di pekan tu..Aku balun semacam jer sebab memang lapar gila...Pak Bakhtiar kata dia dah kenyang makan bakso sebelum bawak aku..Ohh..ok gak,kurang kos makan malam..hihiii..Selepas makan malam,aku terus minta Pak Bakhtiar hantar ke hotel..aku perlu sambung berbulan madu lagi.....malam aku berdua tidur dengan lena diulit mimpi indah...

Bot ni agak besar lengkap dengan PA System..tapi aku berdua tak minat nak naik bot..

Hari Kedua,aku dihidangkan sarapan pagi di Cafe Hotel..ramai gak pelancung yang menginap di hotel tu..lantaklah diorang,yang penting honeymoon aku berdua cukup menarik...
Bergambar sebagai tanda kenangan di tepi Danau Toba
Memang best ...malam tadi hujan pulak kat sini..sejukkk

Berposing sekejap di tebing Danau Toba
Selepas sarapan,aku terus checkout dan ikut jadual aku berdua akan ke Brastagi...pusat sayur serta buah-buahan terkenal di Medan..kiranya macam Cameroon Highlands...Perjalanan akan mengambil masa lebihkurang 4 jam dari Danau Toba ni...apapun,badan cukup segar dan selamat tinggal Danau Toba.Horass !
laluan ke Brastagi menyusuri Danau Toba
gambar yang sempat dirakam semasa nak ke Brastagi
Pemandangan cukup memukau sepanjang laluan..
Aku sempat melalui laluan Gunung Berapi Sinabung yang masih aktif disini..sempat ambik gambar..jarak dari tempat ambik gambar lebihkurang 15 kilometer..Risau gak takut meletus masa aku ambik gambo tu...
Gunung Berapi Sinabung
 Aku teruskan perjalanan menghala ke Brastagi dengan melalui kawasan perkampungan kaum Batak...banyak Gereja rupanya kat sini ...
Pekan Brastagi
Hampir 2 jam perjalanan dari Danau Toba (Parapat),aku selamat sampai di Brastagi...Aku hulur duit upah untuk hari ni kat Pak Bakhtiar..sekejap ajer dia dah hilang cari tempat merokok sebab aku dah arahkan dia jangan merokok dalam kereta..kalau tak aku cucuh putung rokok tu kat muncung dia..hihii...Aku berdua terus ke kedai-kedai yang terdapat kat situ..cuaca kat situ agak sejuk ..sekitar 20 darjah celcius..kira ok ler tu....
Ni kira round about kat Pekan Brastagi 

Mercu Tanda Pekan Brastagi...biasa jer..
Sampai jer,terus orang umah gi kedai kain ..memang peveret dia bab-bab kain ni..aku follow jer sambil jeling-jeling kot-kot ada jual jajan yang murah-murah buat senaman mulut ni...
Buah Markisa....boleh tahan sedap gak
Buah-buahan kat sini memang murah gak harganya..aku cuma rasa jer sebab budak yang berniaga tu bagi free test utk buah yang dia jual..dia bagi rasa buah mangga,pisang kaki,buah salak,markisa dan sebagainya..Aku terus kenyang makan buah,langsung tak beli...hihiiii

banyak kereta kuda dan kuda kat sini
Brastagi ni terkenal dengan kuda tunggangan dan kereta kuda yang boleh dinaiki oleh pelancung yang berminat.Tapi aku tak minat sebab taik kuda bersepah..bau celaka jer...potong stim betul...Lainkali pastikan kuda ni dibekalkan dengan pampers,barulah tak ada bau busuk kat kawasan ni...Tu cadangkan aku ler..kalu tak mahu ikut,ko punya pasal ler..

Ambik gambo sikit tanda kenangan dah sampai di Brastagi
Hampir 2 jam aku Brastagi,orang umah beli beberapa helai kain serta telekung sebagai tanda berbelanja di Brastagi...aku tak makan tengahari kat sini walaupun dah pukul 1 tengahari...Perut memang lapar,tapi disebabkan 'aura taik kuda' yang membuatkan tekak aku langsung tak selera...Aku hanya boleh telan kacang dan jajan jer kat sini beb...Aku terus bagitahu Pak Bakhtiar supaya terus ke Kota Medan..dia terus ikut arahan aku dan meninggalkan pekan Brastagi dengan penuh kenangan...
On the way ke Kota Medan nampak rumah tradisi Batak disini

Perjalanan mengambil masa lebihkurang sejam dari Brastagi untuk ke Kota Medan...Jalan tersebut boleh tahan juga tak senonoh...penuh dengan selekoh tajam,gaung yang agak curam dan sama macam jalan Bukit Putus , Kuala Pilah dulu...perghh..agak mencabar gak tapi kenderaan memang banyak dari kedua-dua hala.Dalam perjalanan dari Brastagi ke Kota Medan,tetiba aku ternampak sebuah kenderaan yang tulis agak lucah kalau di Malaysia..cuba baca betul-betul tulisan belakang kenderaan dalam gambar dibawah ni....Hampeh !!

Kenderaan tak senonoh
Aku selamat sampai di Kota Medan lebihkurang pukul 4 petang...terus aku mintak Pak Bakhtiar cari hotel yang sesuai untuk aku bermalam di sini...
menghampiri Kota Medan

Akhirnya aku dibawa ke Hotel Ibunda di Kota Medan ni..boleh tahan gak facilities dihotel ini kecuali tak der kolam renang..tak per,bukan masalah besar yang penting murah..RM 70 semalam menginap disini...Bilik selesa.
Keadaan di Kota Medan
Selepas check in,aku terus mintak Pak Bakhtiar bawak gi makan sekitar Kota Medan...Dia introduce aku hidangan Soto Medan..aku berdua setuju jer sebab dia rekomen..tapi aku bagitau hidangan mesti enak,tempat mesti bersih..Lebihkurang 15 minit dari hotel tu,aku sampai restoren Soto Medan...aku dalam keadaan kebulur,terus belasah soto yang dikatakan enak tu..Memang best..kuah dia cukup power,kicap lada cukup terasa dan hidangan cukup menyelerakan..Tak cukup satu,dua mangkuk aku belasah....Puashati walaupun harga memang cukup berbaloi dengan nilai yang dibayar..Selepas makan,aku mintak Pak Bakhtiar bawak aku berdua ke tempat membeli-belah yang terbaik di Kota Medan..

BIG ???...Big Trouble !!!!
Semasa merayau sekitar Kota Medan ini,aku ternampak poster / signboard yang cukup besar dan tinggi ..lebihkurang 20 meter ketinggian papan tanda tersebut...tetiba aku nampak dua orang sedang pasang banner kat atas tu..Tanpa sebarang safety body harness atau guna mobile crane atau guna scaffolding untuk pasang banner tu....Perghh..kalau jatuh memang maut 2 budak ni..langsung tak der 'safety awareness' ..harap-harap pihak berkuasa Kota Medan pantau kerja-kerja ini...Safety Department Indonesia kena tengok perkara begini..Kalau rasa perlu OSH Consultant,boleh call aku..bayar ler sikit..baru ler ada kesedaran keselamatan semasa bekerja..betul tak ???

Shopping Matahari
 Aku pergi bershopping sekitar Matahari Shopping..kat sini aku banyak beli keychain dan cenderamata Medan..boleh kata murah gak..tapi kena beli bundle baru puashati..diskaun gila-gila
Mal Medan
 Mal Medan juga salah satu shopping yang terdapat kat sini....aku masuk gak sekadar window shopping..
Menjelang malam,aku balik ke Hotel penginapan aku..Aku suruh Pak Bakhtiar balik rumah dia..mandi dan rehat..kesian aku tengok dia tu...badan pun dah bau kambing..aku hulur duit upah hari ni,dia terus ambik tanpa banyak soal....Dan malam ni aktiviti bebas aku berdua di hotel...ehem-ehem...Selepas makan malam di hotel,aku terus merayau sekitar Hotel..malam-malam memang happening disini..Pusat karaoke dan dangdut pun melambak..'Ayam Betina' pun banyak..kalau datang sorang-sorang memang kena goda ...hihiii

Merdeka Walk..tempat yang patut dikunjungi waktu malam
Hari ketiga - Selepas sarapan,aku terus ke lobi hotel..Pak Bakhtiar dah siap menunggu..Perghh..setia betul pak supir aku ni...ikut jadual,aku akan ke Pasar Ikan Lama,Medan untuk wife aku shopping lagi...
Suasana dalam kedai kat Pasar Ikan Lama
 Tapi paling best tempat jual telekung dan kain pasang..Kat sini orang umah aku memang shopping gila-gila..aku lupa nama tempat tu tapi dia lebihkurang macam kawasan Taman Cempaka/Pudu kalu kat KL..tempat jualan kat situ memang banyak dan murah-murah..

Koleksi Telekung....memang murah giler

Koleksi tudung

..Orang umah aku borong hampir 20 helai telekung sulam yang memang murah giler.kain pasang entah berapa helai....dia pun shopping habis kat sini sebab harga 3 kali ganda murah dibandingkan tempat kita....Lantak lah,aku cuma bagi duit belanja jer dengan had yang dibenarkan..kalu habis,nasib ler..Terpkasa beli beg besar yang baru kat sini....Apapun,aku harap wife aku happy dan enjoy dengan hobi dia yang suka shopping...dan paling penting aku mahukan Honeymoon aku kali ini cukup meriah dan mesra..ehem-ehem..
Proton Saga yang dijadikan teksi kat Medan..terbaik..
Hampir separuh hari aku disini dan aku dapat rasakan wife aku macam nak datang lagi ke sini..Aku cakap sabar,next kalu kita ada peluang,kita buat rombongan Cik Kiah kesini..hihii..Apapun,aku puashati dengan layanan tauke kedai disini..
Beratus-ratus motor dikawasan parking ni...
Aku tengok kat sini banyak motosikal...Paling banyak orang tunggang motosikal..tapi langsung tak pakai helmet..No Safety Awareness !.
Apapun,kenangan yang cukup manis selama 4 hari 3 malam aku berbulan madu bersama isteri kesayanganku.Aku berdua cukup merasai kenikmatan bersama dengan bercuti bersama di negara orang.Aku berharap agar dapat peluang lagi untuk aku honeymoon bersama di tempat menarik dilain waktu.Apapun,percutian berbulan madu mengeratkan lagi hubungan percintaan aku berdua selama-lamanya..Terimakasih buat semua pembaca blog aku ini...nantikan kisah hidupku lagi selepas ini..