Friday, June 28, 2013

ISMANIZAM YAHAYA - YOU SAHABAT SEJATIKU !

Salam,

Hari ini-28hb Jun 2013-Jumaat merupakan hari yang cukup bersejarah buat  sahabat sejati,rakan rapat,kawan karib,teman sejati aku...Ismanizam Yahaya ! Aku faham kisah tersebut berlaku tepat jam 5.45 petang hari ini .....Biarlah Rahsia ! you adalah hero ! you adalah pahlawan ! you sebenarnya telah menjadikan Samsung begitu gah di persada dunia.You sebenarnya merupakan orang yang telah menaikkan nama Samsung selama ini di Malaysia.You adalah permata Samsung.....You memang hebat yob..

Ismanizam Yahaya ! aku sebenarnya begitu kagum dengan sikap,cara dan sifat you selama aku kenal.Aku sebenarnya memang tak menyangka dapat berkawan dengan you.Walaupun kita bukan mempunyai ikatan kekeluargaan,tetapi sejak aku kenal Ismanizam Yahaya,aku rasakan Ismanizam Yahaya memang seorang sahabat sejati.
Ismanizam Yahaya ! Kita berdua memang sahabat setia....susah senang kita sama-sama melaluinya yob..Kita berdua begitu tabah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran demi kejayaan buat kita.Ismanizam  Yahaya ! Samsung sebenarnya kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi,pekerja yang terbaik,berbakat,pekerja yang berkaliber.
.
You memang ada 'talent'


 Fizi...you memang bertuah mendapat suami - Ismanizam Yahaya.Secara jujur saya cukup senang dan happy dengan sikap suami you.Seluruh keluarga saya mengenali hati budi Isma..Dia jenis yang tidak sombong,menghormati orang dan mudah bergaul...Very Good Person !..Lebih 15 tahun seingat saya mengenali Ismanizam,saya tahu beliau merupakan seorang yang baik,periang dan cukup mengambil berat soal ikatan persahabatan.Walaupun saya punyai begitu ramai kawan-kawan yang lain,tetapi Ismanizam adalah yang terbaik.Malah ramai kawan-kawan yang mengenali Isma memberitahu bahawa saya telah mendapat seorang kawan yang baik.
Abang Long - Tahniah Bang Long sebab dapat seorang babah yang cukup baik hati,ambil berat dan sentiasa menjadi perangsang buat Bang Long berjaya samada dalam pelajaran mahupun kehidupan.Balas jasa babah sebab babah seorang yang inginkan Bang Long berjaya didunia dan akhirat.Kak Ngah,Kakak n Adik...uncle cukup respek sikap babah...Tak jemu-jemu ingin memastikan semua anak-anaknya berjaya ...
Ismanizam - Terimakasih banyak-banyak buat miker yang selama ini tidak jemu-jemu untuk menjadikan diri miker sebagai seorang yang terbaik.Miker sebenarnya mempunyai pengaruh yang cukup besar yob...Teman akui,miker mempunyai PR yang cukup baik..Dari peringkat menteri,ketua jabatan,ketua pengarah,media,VIP,VVIP,kenamaan,jabatan kerajaan dan sebagainya telah miker pengaruhi..Siapa yang tak kenal Isma ?....sebut sahaja dimana-mana semuanya kenal you yob...Syabas ! You Memang Terbaekkk !

Tuesday, June 11, 2013

Menaiki Menara Taming Sari Melaka

Aku dengan family tak lepaskan peluang menaiki Menara Taming Sari,Melaka...masa tu menara ni baru start beroperasi..Anak-anak aku teruja nak naik menara ni..Aku pun layan jugak ..
3 orang hero aku ni menunjukkan aksi yang kurang sopan bila bergambar..bersedia untuk menaiki roda berputar Menara Taming Sari...
Pemandangan dari udara sekitar Bandar Hilir....

Menyusuri Sungai Melaka

Aku memang asal dari Melaka..aku berbangga jadi cucu Hang Tuah..Darah pahlawan memang sentiasa mengalir dalam tubuh badanku...hahhaha...Oh ya!setiapkali balik Melaka,aku tak melepaskan peluang membawa keluarga melawat tempat menarik yang terdapat di sekitar Bandar Melaka..kali ini,aku membawa anak aku serta anak-anak saudara yang lain menaiki bot menyusuri Sungai Melaka...
Berposing sebelum memulakan "River Cruise"..anak aku Amri menjadi Taiko..muka garang jer

Amri.....bukan main happy lagi dapat naik boat...

Perjalanan menyusuri Sungai Melaka ini mengambil masa hampir sejam bermula dari Pengkalan Rama,Kg Morten,Banda Kaba,Dataran Rempah,Banda Hilir dan berpatah balik ke tempat permulaan..Memang cukup menyeronokkan..terbang ler juga RM 50 tambang untuk membawa kanak-kanak ni..apapun,diorang memang enjoy !

Kakak Yang Aku Sayangi...

Azizah Bte Jalil....

Beliau merupakan kakak kandung aku..aku cukup rapat dengan beliau..Beliau adalah kakak aku,beliau juga adalah kawan dan beliau juga adalah tempat aku meluahkan perasaan suka,gembira,sedih serta sama-sama berkongsi pendapat..TAPI !!!...awal Januari 2009,kakak kesayangan aku ini jatuh sakit...beliau terlantar dirumah sehingga ke hari ini..Setiap masa aku sentiasa memohon kepada Allah agar kakak aku ini sihat dan pulih seperti sediakala...Selama ini rasanya kering airmata aku mengenangkan nasib kakak kesayanganku ini...Gambar diatas merupakan gambar yang aku ambil semasa dia datang berkunjung  kerumah aku ke Seremban beberapa bulan sebelum dia jatuh sakit..Aku cukup sedih dan kami sekeluarga cukup simpati dengan beliau,abang ipar aku serta 3 orang anaknya...Seluruh keluargaku mengharapkan agar kakak aku pulih seperti sediakala dan ceria seperti sebelum ini...Kepada Bang Zainal,saya cukup kagum atas kesabaran dan pengorbanan Bang Zainal dan saya bertuah mendapat abang ipar seperti Bang Zainal..Kepada Ainal Yaqin,Ainal Hakim dan Aina Huda,pakcik harap korang bertiga akan terus menjadi manusia yang berjaya suatu hari nanti..Balas jasa ibu dan ayah yer...Pakcik harap anak-anak sedara pakcik ni akan terus menjadi insan cemerlang suatu hari nanti,Insyallah..Pakcik sayangkan ibu dan amat terharu bila melihat dan menatap wajah ibu setiapkali pakcik datang kerumah  melawat ibu...Ya Allah !! berikanlah kami kekuatan dan ketabahan agar segala dugaanmu ini memberikan rahmat dan hidayah buat kami sekeluarga..Untuk Emak,saya cukup berbangga atas ketabahan dan pengorbanan emak yang setia menemani Kak Lang selama Kak Lang terlantar sakit..Buat Kak Lang,Lin tetap sayangkan Kak Lang dan sentiasa berdoa agar Kak Lang akan sembuh seperti sediakala..Amin.