Monday, March 5, 2012

Aku Sebagai Mat Motor..

Dulu aku memang kaki motor..Tapi aku bukannya seorang Mat Rempit..Masa dulu,aku tak pernah ditahan oleh polis akibat terlibat lumba haram.Aku memang tak minat nak berlumba apatah lagi lumba haram dijalanraya.Sepanjang berstatus mat motor,aku sebenarnya minat untuk berkonvoi dan mengembara dengan menunggang motosikal kesayangan aku...
Ini motosikal kesayangan aku yang disimpan hingga ke hari ni..Bagi aku,motor Yamaha RXS ni memang cukup bernilai buat aku...Motor ini dibeli hasil dari titik peluh aku semasa bekerja di Pejabat Tanah Jasin..inilah harta yang dapat aku kumpulkan ...

Ini geran motor Yahama RXS aku....bukan motor curi beb....hehhehe

Gambar bersama motosikal kesayangan ketika menyertai konvoi motosikal anjuran Lucky Strike suatu ketika dulu menjelajah Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Majalah Roda Roda.
Konvoi motosikal melalui Bandar Diraja Pekan,Pahang Darulmakmur.Aku sempat bergaya sebaik sahaja selamat sampai di papan tanda tersebut.
Motosikal Yamaha RXS 115 cc yang telah banyak berjasa buat aku....aku cukup sayang kenderaan 2 roda ini yang tetap aku simpan hingga ke saat ini....
Ketika konvoi sampai di Kota Gelanggi,Jerantut semasa menghala ke Kuala Tembeling untuk ke Taman Negara...Memang cukup mencabar dan kenangan bermotosikal yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat.

Konvoi motosikal merupakan aktiviti utama aku sepanjang memiliki motosikal.Konvoi atau Ekspedisi bermotosikal adalah kegemaran aku sebab ianya menjadikan aku sebagai lelaki tabah dan sedia menghadapi hujan panas sepanjang konvoi dengan penuh sabar..Lelaki yang bermotosikal aku anggap sebagai 'Lelaki Sejati'.....cewahhhh
Ini bukan motor aku..ni motor pinjam sekejap sementara aku nak bergambar dengan motor ni..Semasa tiba di Litar Pasir Gudang untuk menyaksikan Perlumbaan Motosikal Endurance Dunia...masa tu Kevin Schwantz dan Eddie Lawson tengah popular....

Ini apa pulak ?? Besi buruk ?..sorry Bro,inilah satu-satunya hadiah istimewa dari arwah bapa mertuaku untuk menantu dia yang tersayang macam aku..Kalu aku ni hantu,memang tak dapat hadiah motor buruk ni...hehhehe

Oklah,aku nak cerita sikit pasal motor honda kapcai ni...Motor ni sebenornya dah lama tersadai kat pangkal pokok rambutan depan rumah bapa mertuaku..Aku ni pulak jenis memang peminat motor-motor lama (antik).So,aku memang berhajat nak ambik motor kapcai ni..tapi segan nak mintak kat bapa mertuaku..Jadi,terpaksalah mintak tolong orang umah aku supaya motor buruk yang dah uzur tu diserahkan kat aku...Alhamdulilah,bapa mertuaku serahkan motor buruk dia tu kepada aku...Aku rasa macam nak berguling depan halaman rumah mertuaku tanda happy sebab dapat hadiah motor buruk ni..Aku terus sewa lori angkut motor buruk ni dari Melaka ,bawa ke rumah aku kat Seremban..
Ini ler rupa motor kapcai tu...besi buruk ler katakan...
 Gambo ni aku ambik sebaik sahaja sampai kat rumah aku di Seremban...aku tengah berfikir nak cari duit nak bikin balik,repair dan pastikan motor hadiah arwah bapa mertuaku akan menjadi motosikal terbaik dan tercantik....macam aku..hehhehehe

Bro,antara sebab utama aku bersungguh-sungguh nak repair balik motor ni,sebab motor ni ada geran.Kalau tak ada geran motor ni,aku pun tak sanggup nak angkut besi buruk ni dari Melaka.Cuma roadtax dan insuran dah lama mati (tamat tempoh)..Biasalah,dah hampir 10 tahun motor ni tersadai kat bawah pokok rambutan...kena hujan,panas,salji.....cewah,saje jer aku tambah ayat tu supaya sedap sikit korang baca kisah motor aku ni..
Ni geran motor honda kapcai tu....

Aku ambik masa lebihkurang sebulan gak nak repair dan bikin semula motor buruk honda ni...Aku terpaksa study dan buat design untuk motor honda kapcai aku ni supaya dia nampak menarik.
Ini design motor kapcai tu....aku cuba nak buat yang terbaik

Berkat kesabaran,kecekalan serta sifat tabah yang ada dalam jiwaku ini (cewah...)akhirnya siap jugak projek pembikinan motor honda kapcai kesayanganku ini...Jangan Terkejut !!
Amacam ?? Cantik tak ?...inilah hasilnya dari besi buruk terus jadi barangan berharga..
Ni pandangan dari sebelah kanan pulak....perghhhh..siap terjongket tayar belakang..
Ni pulak view dari sebelah depan....(kekadang risau gak bila parking kat Bandar Seremban sebab ramai jer yang jeling )..jeling ada 2 maksud,satu mungkin dia suka tengok motor ni dan yang satu lagi memang nak curi motor ni....dulu masa besi buruk sorang pun tak pandang..kahkahakah..
Tengok tu....Menteri Besar,Negeri Sembilan (Dato Hj Mohamad Hasan) pun pakai motor kapcai macam aku gak...hehhehe

8 comments:

  1. Cantik moto kapcai tu..,,terbaekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih tuan,
      banyak duit habis kat moto tu tuan......dari besi burok hinggalah nak jadikan sebijik macam hari ni....ambik masa gak....

      Delete
  2. Assalamualaikum abg Mohd rosly sye nak tnya Ade Tak abg simpan lgi baju luckystrike Dan pourbag lucky strike Dan topi nya..kalau Ade Saya hendak membelinya utk disimpan sebagai koleksi..

    ReplyDelete
  3. Nombor plate kita sama bang WCE
    BEZA CC JE SAYA 750 HEHE H2 1990

    ReplyDelete

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com