Sunday, November 3, 2013

Pulau Langkawi 2006

Kali ini aku sekeluarga bercuti di Pulau Langkawi..Aku bawak semua anak-anak aku untuk dia merasai sendiri program percutian keluarga yang aku rancang ini.Macam biasa,diorang memang suka bercuti apatah lagi menaiki kapal terbang..
Azim dan Amri memang kali pertama menaiki pesawat.Cuma Afiq yang kali kedua sebab masa dia kecik dalam lingkungan setahun aku pernah bawa dia ke Langkawi..masa tu aku dapat pakej percutian sebagai pekerja terbaik di Samsung Corning 1998...cewah....
Kali ni aku menaiki Air Asia..everyone can fly..tiket tambang murah jer..aku dapat harga promosi untuk 5 orang pergi balik cuma RM 300..Itupun lebih 8 bulan aku tempah tiket harga murah ni..Kira murah ler berbanding bawak kereta dengan kos tol dan petrol..Apapun,anak-anak aku happy naik kapal terbang,,
Aku menginap di resort area Pantai Cenang..betul-betul di tepi pantai..Memang kegemaran anak aku berdua ni..Afiq dan Azim..Amri pada waktu ni takut air..So,dia duduk jauh jer dan tak berani nak join main air laut.
Azim dan Amri sedang bergaya depan kamera sebelum kami bersiap-siap nak merayau sekitar Pulau Lagenda ni..
Ni kereta Proton Iswara Aeroback yang aku sewa sepanjang 4 hari 3 malam aku berada di Langkawi.Sewa kalau tak silap RM80 sehari..Kira satu pulau aku meronda sampai abis petrol..Memang enjoy...
Bergambar bersama Afiq di Monumen Helang yang menjadi mercu tanda pulau lagenda ini.Kalau tak bergambar kat sini menjadi bukti aku pernah sampai disini..hihii
3 orang hero aku ni ambil kesempatan makan jajan sementara tunggu mama dia shopping area Pekan Kuah...Kitorang memang tak boleh follow orang pompuan bershopping...hampir 3 jam kitaorang berada kat sini baru mama call angkat pinggan mangkuk,kain batik dan pelbagai lagi barangan yang dibeli...
Baru dapat bergambar berdua sebab sebelum ni gambar anak-anak jer..Sekarang ni,diorg dah boleh ambik gambar papa dan mama dia...dirakamkan di Padang Matsirat International Airport,Langkawi sebelum berangkat pulang ke LCCT.
Azim dan Amri bergambar bersama Mahsuri..Walaupun dia sibuk tanya siapa tu Mahsuri.?
 Bergambar di depan pesawat Air Asia sebaik tiba di LCCT,Sepang...bergaya depan kamera sebelum kena halau dengan security yang bertugas kat situ....hihiii...Percutian aku sekeluarga kali ini cukup menarik dan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan..

1 comment:

  1. Salam En. Rosly,

    We are pleased to inform you that the Faculty Of Manufacturing Engineering, UTeM, will be organizing a seminar on Occupational Safety and Health (OSH) titled “ Creating Sustainable Manufacturing Through Safe Working Environment.”
    The details of the seminar are as follows:
    Time : 830am to 5pm
    Date : 4-5th December 2013
    Venue: Auditorium Canselori, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    Fees: RM 350/person
    10 CEP points can be obtained from seminar, and it is HRDF claimable. Speakers from the industry, government agencies and academia will be sharing their experience in field of occupational safety and health. Please contact Dr Wan Hasrulnizzam Wan Mahmood at 013-618 8280 or email (hasrulnizzam@utem.edu.my), or via fax (06-3316411/6431) for further enquiries.

    Thank you and we hope to see you in the seminar!


    Best regards,
    Syafiq

    ReplyDelete

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com