Friday, November 1, 2013

Port Supai,Kuala Linggi

Aku kali pertama sampai disini...Port Supai,Kuala Linggi , Melaka...Tepi pantai,tempat menarik dan angin dari Selat Melaka bertiup kencang semasa aku sampai..


 Kat pintu masuk dah terpampang papan tanda "Restoren Terapung" yang aku rasa salah satu tarikan disini...Maklumlah,kalau restoren terapung,gerai terapung,hotel terapung selalunya akan menjadi suatu tarikan sebab ianya unik....Tapi,keselamatan disini adalah 'Tanggungjawab Sendiri"..
 Aku faham maksud keselamatan tanggungjawab sendiri tu...So,kalau anda terjatuh,tercedera,mati dan sebagainya,anda tidak boleh mendakwa sesiapa dan tidak boleh menyalahkan sesiapa...Cuma aku agak terkilan sebab keadaan jeti untuk ke restoren terapung tu agak bahaya.Patut ler dia letak papan tanda Tanggungjawab sendiri....Jeti tersebut hanya dipagarkan dengan tali bubut yang agak usang..Ada yang dah tercabut diantara beberapa tiang..Lihat saja gambar diatas tu....
Aku agak terkilan dengan lokasi yang menarik sebegini,tetapi soal keselamatan langsung tidak diambil berat.Mungkin sudah ada yang terjatuh kelaut,baru pagar tersebut diganti dengan tiang konkrit dan sebagainya?Entahlah,aku pun tak faham apa tujuannya dibuat jeti tanpa ada sebarang penghadang mengelakkan orang dari terjatuh ..atau ini sebagai satu 'jerat'untuk orang ramai ?Aku harap pihak yang terlibat dapat melihat perkara begini.Utamakan keselamatan dan perlu sentiasa memeriksa keadaan jeti tersebut.Oleh kerana aku tidak sanggup melihat ahli keluarga aku terjatuh dari atas jeti tersebut,aku terus membatalkan untuk menjamu selera di restoren terapung tersebut.Restoren tersebut telah hilang pelanggan orang seperti aku..Mungkin ada pelanggan lain yang akan datang melalui jeti tersebut...Harap-harap,jeti tersebut telahpun dibaiki atau menjadi lebih selamat untuk dilalui orang ramai pada waktu ini.Tapi,sejak dari itu,aku belum pun menjejakkan kaki disitu untuk kali kedua.......

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com