Selamat Tahun Baru 2015...Sempena cuti tahun baru (1.1.2015),aku sekeluarga pergi jalan-jalan @ ronda-ronda ke Kelang,Selangor...Lebihkurang pukul 11.00 pagi aku keluar rumah dari Seremban..singgah di RnR Dengkil untuk makan tengahari dan solat Zohor....
Selepas selesai berehat disini lebihkurang sejam,aku dan family terus bergerak menghala ke arah utara untuk menuju ke Kelang..suasana kenderaan petang tu agak lengang dan mungkin masih ramai bercuti lagi...aku teruskan perjalanan dan keluar di susur keluar Pulau Indah / Kelang..
Sebaik sahaja keluar dari susur keluar Pulau Indah ini,aku terus melalui depan Proton Shah Alam....
Aku sebenarnya ronda-ronda ke Kelang sebab semata-mata nak pergi buat kali pertama di GM Kelang..dengar dari kawan-kawan aku bagitau kat GM Kelang ni banyak barang dijual dengan harga borong dan murah..samada bohong atau mahal,aku datang sendiri dan tengok sendiri..
Ini rupanya Bangunan GM Kelang..memang besau giler building ni...sekali pandang macam bentuk ikan paus yang terdampar...Dari tepi Lebuhraya Shah Alam dah nampak...Lokasi dia,seperti dalam map yang aku sertakan kat bawah ni..
Aku sampai kat GM Kelang ni lebihkurang dalam pukul 2.30 petang..Boleh tahan gak orang ramai yang datang bershopping kat sini..Parking pun penuh dan terpaksa aku parking kat atas bumbung bangunan ni di tingkat 7..Itu jer yang ada kosong..
Ini rupanya GM Kelang sepertimana yang kengkawan aku bagitau...Aku merayau dari satu tingkat ke satu tingkat..dari satu kedai ke satu kedai dan sehingga separuh ruang legar bangunan tu aku tawaf..memang besau giler,tapi itu jer yang mampu aku rayau..memang menimbun kedai dan macam-macam barang ada kat sini...
Dari baju,pinggan mangkuk,barangan dapur,aksessori,tuala,PC,barangan mainan dan sebagainya ada dijual disini...
Aku rasa barangan kat sini memang murah,cuma kena beli borong...apapun,aku puashati datang kat sini sebab bangunan ini agak selesa dan ada aircond,kedai tersusun ikut kategori dan banyak pilihan..Aku rasa memang puashati ronda-ronda dan beli belah di GM Kelang......GM Kelang,mu tunggu aku datang lagi...

No comments:
Post a Comment
Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com