Selepas pergi jalan-jalan dan ronda-ronda di GM Kelang,aku sekeluarga pergi makan-makan di Tanjung Harapan,Kelang..Restoren seafood terapung yang rekabentuknya seperti pelantar menghadap laut..cantik suasana dan time aku sampai tu,dapat gak menyaksikan matahari terbenam..Sunset !!
|
Ni gambo yang dapat dirakam..ada kapal berlabuh kat situ
|
Macam biasa,aku sekeluarga cari table yang paling tepi menghadap laut..kalu boleh ditengah-tengah laut...Terus duduk dan pekerja restoren terus menghulurkan menu list untuk aku...aku pilih ikan stim,tomyam campur,sayur kailan ikan masin,air buah 2 jug..untuk lebih mudah,aku ambik set untuk 4/5 orang...
|
Azim dan Afiq telah memulakan acara suapan..
|
Hidangan cukup menarik dan pelanggan agak ramai time tu..maklumlah,cuti tahun baru 2015 pada hari tu...Boleh kata,table semua penuh....
|
Amri pun bleh tahan gak...habis dipulun udang goreng tepung
|
Restoren ini menjadi tumpuan sebab suasana cukup menarik menghadap Selat Melaka walaupun pantai disini semuanya berlumpur dan tak sesuai langsung mandi...Restoren ini juga mengamalkan kebersihan dan tak dinafikan memang ramai pelanggan yang datang makan disini..Tak hairanlah dapat diiktiraf sebagai Premis Paling Bersih Kelas A..terbaik
|
Kategori A..Premis Bersih |
Hidangan di Restoren ini cukup sedap dan menyelerakan dan berbaloi kalu makan disini..Ini menurut tekak aku..tekak korang,aku tak tahu..
Selesai makan,aku terus pulang ke Seremban dengan perut kekenyangan...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com