Baru-baru ni,aku sekeluarga telah menginap di Hotel Grand Lexis,Port Dickson.Negeri Sembilan .Check In pada 22hb November 2014 (Sabtu) dan Check Out pada 23hb November 2014 (Ahad) .Kali pertama aku menginap hotel ni .saja-saja bawak family aku bercuti...Boleh tahan mahal gak harga sebilik kat sini...tapi memang puashati sebab antara hotel terbaik yang pernah aku menginap sepanjang hayat aku ni...
Nak cerita sikit tentang Hotel Grand Lexis Port Dickson ni....Dalam bilik ni siap ada private pool..Kolam renang dalam bilik dan boleh berendam sesuka hati...berkubang sampai kecut pun boleh..suka hati korang jer..Itu yang buatkan aku rasa antara hotel terbaik yang pernah aku menginap...
Terbaik...siap ada private pool..patut ler mahal.. |
Bilik pun agak besar dengan 2 buah katil King Size.....Bilik pun luas dan sesuai untuk 10 - 15 orang dewasa tidur disini..tapi atas lantai ler..Keadaan bilik cukup kemas dan tersusun rapi..Aku share beberapa view suasana bilik di Grand Lexis ni..
Suasana bilik...Katil tepi kolam jer... |
Suasana Bilik |
Bilik ini juga dilengkapi dengan pantry (dapur kecil) dan memang sesuai untuk ngeteh kat dapur ini dengan rekabentuk yang cukup menarik...Puashati betul menginap disini..
Cantik... |
Ruangan Pantry..macam kat rumah |
Kolam dalam bilik |
Landskap pun cantik |
Sarapan percuma untuk 4 orang yang menginap dibilik ini.. |
Hidangan cukup menarik.. |
Tapi,aku cuma nak sharing kisah menarik yang tak dapat aku lupakan sepanjang aku bercuti di Grand Lexis Port Dickson ini....terutama isteri aku..selepas aku menginap di sini...
.....Selepas sehari abis bercuti disini,tiba-tiba isteri aku memberitahu bahawa rantai leher (emas) dia yang dianggarkan bernilai lebih RM2000 telah hilang dan mungkin tercicir dimana-mana..Aku berdua cuba mencari dimana rantai tersebut samada hilang dirumah,dalam kereta atau ditempat lain sebaik saja abis bercuti di Grand Lexis Port Dickson.............................?????
Aku dapat bayangkan rantai leher tersebut telah hilang dan mungkin tercicir dimana-mana dan aku berdua terus buntu untuk mencari rantai kesayangan bini aku.Aku yakin bahawa rantai emas berserta loket tersebut hilang dan mungkin akan dijumpai oleh orang lain...habis lesap...sukar nak dapat balik barang 'rare' tu.....orang umah aku dah mula moyok..sedih...frust dan hilang selera makan kerana 'rantai leher kesayangannya' hilang...
Walaubagaimanapun,pada pagi Isnin (24hb November 2014) aku cuba menghubungi pihak Hotel Grand Lexis Port Dickson.Aku sekadar ingin tahu samada rantai tersebut ada dijumpai di sekitar atau dalam bilik hotel Grand Lexis Port Dickson yang aku menginap...Aku kesian tengok orang umah aku yang agak sugul sebab harta kesayangan yang disimpan,dijaga dan dipakai dari kecil hilang dari simpanan dia....Aku pun langsung tak yakin bahawa rantai leher itu boleh dijumpai semula...
Aku cuba hubungi pihak hotel tersebut dan aku disambungkan kepada pihak Housekeeping Department, Hotel Grand Lexis Port Dickson dan bercakap dengan Ms Liew Chooi May...
Aku bercerita dan sekadar ingin bertanya kalau-kalau pihak pekerja houskeeping terjumpa rantai leher bini aku tu....Aku cukup terkejut dan terkedu sekejap apabila diberitahu bahawa rantai tersebut disimpan oleh pihak Housekeeping Department dan dijumpai oleh staff beliau bernama Mr Jiblal yang mengemas bilik yang aku menginap 2 hari lepas.
Aku cukup terharu dan ingin merakamkan setinggi penghargaan diatas kejujuran dan sikap bertanggungjawab staff Hotel Grand Lexis Port Dickson kerana memulangkan semula rantai leher isteri aku dengan keadaan baik.Aku begitu gembira dan menghargai "Khidmat Cemerlang" yang diberikan oleh kakitangan pihak Grand Lexis Port Dickson seperti ini.Aku sekeluarga merasakan inilah hotel yang benar-benar mengamalkan model pekerja contoh yang cemerlang yang belum pernah aku alami selama ini.Aku cukup menghargai dan menyanjung tinggi terhadap kejujuran,keikhlasan serta amanah yang diamalkan oleh pekerja Hotel Grand Lexis Port Dickson ini.
Aku sekeluarga ingin merakamkan jutaan terimakasih yang tidak terhingga diatas khidmat cemerlang,jujur dan amanah kakitangan Hotel Grand Lexis Port Dickson ini... terutama dua kakitangan mereka ini.
Itulah kenangan yang tak dapat aku lupakan dan mengharapkan agar sikap dan khidmat cemerlang ini menjadi contoh kepada semua kakitangan hotel yang lain...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com