Wednesday, January 21, 2015

Jadi Penceramah Motivasi Di IKM Jasin Melaka

Assallamualaikum,

Agak lama aku tak menulis dalam blog ni..sibuk dengan tugas harian...kadang-kadang baru bukak PC,mata dah kuyu..Ada pulak,bila bukak PC,idea dah hilang pulak....So,time ada idea ni,aku nak kongsi cerita tentang kisah aku dijemput sebagai Penceramah Motivasi di IKM Jasin,Melaka.
Untuk kali ini,aku sebenarnya dah jadi penceramah motivasi jemputan di IKM Jasin sejak 15 tahun dulu..dah 30 kali aku dijemput sebagai penceramah motivasi terutama untuk Pelajar Baru IKM Jasin,Melaka
Biasanya ceramah yang aku sampaikan adalah waktu malam..bermula jam 9.00 hingga 1100malam..2 jam aku akan berkongsi pengalaman dan cerita kisah aku yang merupakan bekas pelajar IKM Jasin.
Aku akan berikan kata-kata semangat serta motivasi untuk semua anak-anak bangsaku...Aku berikan tips-tips yang berguna untuk mereka..
Sebagai penceramah,aku sekadar mampu menyampaikan perkara serta maklumat terbaik buat semua.Terpulang kepada mereka samada ingin menjadikan motivasi aku ini sebagai panduan atau perhatian mereka.
Aku juga dilahirkan bukan dari kalangan keluarga yang berada...Aku juga sama seperti mereka...Aku dulu telah melalui pelbagai dugaan,cabaran dan pahit getir untuk menjadi orang yang berjaya..Sekadar semangat saja tidak mampu membawa kita kemana-mana..Tapi usaha,ikhtiar dan doa amat diutamakan untuk kejayaan seseorang..
Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tersebut,kecuali kaum tersebut yang mengubah nasib mereka sendiri.
Kejayaan tidak datang bergolek tanpa usaha...Peluang yang ada perlu diambil sebaik mungkin..Dimana jua anda berada,kesungguhan,disiplin dan ketekunan akan membawa anda berjaya...Itulah yang aku amalkan.
Kejayaan,Kesederhanaan dan Kegagalan adalah jalan yang kita pilih..terpulang kepada anda memnentukan halatuju diri anda...
Aku masih lagi berusaha,berkongsi idea,memantapkan ilmu,membantu orang lain serta memastikan aku tidak lupa diri dan tidak lalai terhadap suruhan Ilahi...Syukur Alhamdulilah,sehingga kini aku masih dijemput ke IKM Jasin sebagai Penceramah Motivasi demi meningkatkan jatidiri anak bangsa sendiri...Aku akan membalas jasa dan bakti untuk IKM Jasin Melaka kerana merupakan tapak permulaan untuk aku terus menempa kejayaan...Terimakasih buat semua Pengajar,Pengetua,Pihak Pentadbiran serta seluruh kakitangan IKM Jasin,Melaka yang terus memberikan sokongan terhadap aku sejak dulu lagi...Aku Cukup terharu diatas sokongan dan kepercayaan yang diberikan terhadap aku....Demi IKM Jasin,Melaka..aku rela bersamamu demi kejayaan semua...

Terimakasih IKM Jasin,Melaka........Sumbangan anda amat aku hargai dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit..IKM Jasin Melaka,nama mu tetap di atas !!!

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com