Aku dengan sahabat aku Isma,pergi sarapan pagi kat pekan kecil Seri Menanti,Kuala Pilah pada pagi Ahad,17hb Ogos 2014 aritu...Lebihkurang 20 minit jer dari Seremban,aku berdua singgah kat warong kampung tu tak jauh dari Istana Seri Menanti..
Selepas order nasi lemak telur mata dan hidangan yang sama gak Isma order,aku berdua terus duduk kat hujung meja warong tu..Aku tak sangka sebelah meja aku ada 2 bijik Honda Kapcai seperti kapcai kesayangan aku...Tapi kapcai ni nampak unik..Perghhh...aku terus terhenti untuk menyuap nasi lemak dan bergegas ke dalam kereta Wish dan aku ambik kamera cap ayam aku..terus aku ambik gambau ni...
|
lain macam jer seat dia tu.... |
|
Ni rakan kapcai yg lagi satu.....merah menyala...parking berjiran jer...
|
Aku tengok honda kap ni diubahsuai agak kreatif.Maklumlah,tuanpunya motor ni modified ignition suis guna kayu..
|
Tengok tu,tempat kunci pun dibuat dari produk berasaskan kayu.. |
Tapi aku tak sanggup duduk atas seat dia..memang keras giler ..aku rasa kalau ride dari sini ke Seremban,mahu berlaku pendarahan bahagian punggung aku...Apapun ,ini kali pertama aku jumpa motor kapcai sebegini rupa..
|
Double seat...hanya yang punggung keras jer boleh ride motor ni..
|
Apapun,aku tak pasti samada JPJ tahan atau tidak rider ni kalu ada roadblock sebab plat motor ni pun dibuat dari kayu..
|
Kalu ikut dari no plat,motor aku sebenarnya lebih antik atau lebih otai dari motor ni.. |
Aku tak pasti sapa owner motor ni..samada tauke warong atau pakcik yang tegur aku 'minat ker?' semasa aku snap gambau ni...tak kisahlah,bukan aku nak rembat pun motor ni..aku pun ada motor yang sama..cuma aku memang mengharapkan agar motor kapcai sebegini akan tetap kekal dan menjadi kenangan untuk generasi akan datang..Aku tak mahu kapcai sebegini 'pupus' ditelan arus kemodenan...
No comments:
Post a Comment
Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com