Friday, June 28, 2013

ISMANIZAM YAHAYA - YOU SAHABAT SEJATIKU !

Salam,

Hari ini-28hb Jun 2013-Jumaat merupakan hari yang cukup bersejarah buat  sahabat sejati,rakan rapat,kawan karib,teman sejati aku...Ismanizam Yahaya ! Aku faham kisah tersebut berlaku tepat jam 5.45 petang hari ini .....Biarlah Rahsia ! you adalah hero ! you adalah pahlawan ! you sebenarnya telah menjadikan Samsung begitu gah di persada dunia.You sebenarnya merupakan orang yang telah menaikkan nama Samsung selama ini di Malaysia.You adalah permata Samsung.....You memang hebat yob..

Ismanizam Yahaya ! aku sebenarnya begitu kagum dengan sikap,cara dan sifat you selama aku kenal.Aku sebenarnya memang tak menyangka dapat berkawan dengan you.Walaupun kita bukan mempunyai ikatan kekeluargaan,tetapi sejak aku kenal Ismanizam Yahaya,aku rasakan Ismanizam Yahaya memang seorang sahabat sejati.
Ismanizam Yahaya ! Kita berdua memang sahabat setia....susah senang kita sama-sama melaluinya yob..Kita berdua begitu tabah menempuh pelbagai dugaan dan cabaran demi kejayaan buat kita.Ismanizam  Yahaya ! Samsung sebenarnya kehilangan seorang pekerja yang berdedikasi,pekerja yang terbaik,berbakat,pekerja yang berkaliber.
.
You memang ada 'talent'


 Fizi...you memang bertuah mendapat suami - Ismanizam Yahaya.Secara jujur saya cukup senang dan happy dengan sikap suami you.Seluruh keluarga saya mengenali hati budi Isma..Dia jenis yang tidak sombong,menghormati orang dan mudah bergaul...Very Good Person !..Lebih 15 tahun seingat saya mengenali Ismanizam,saya tahu beliau merupakan seorang yang baik,periang dan cukup mengambil berat soal ikatan persahabatan.Walaupun saya punyai begitu ramai kawan-kawan yang lain,tetapi Ismanizam adalah yang terbaik.Malah ramai kawan-kawan yang mengenali Isma memberitahu bahawa saya telah mendapat seorang kawan yang baik.
Abang Long - Tahniah Bang Long sebab dapat seorang babah yang cukup baik hati,ambil berat dan sentiasa menjadi perangsang buat Bang Long berjaya samada dalam pelajaran mahupun kehidupan.Balas jasa babah sebab babah seorang yang inginkan Bang Long berjaya didunia dan akhirat.Kak Ngah,Kakak n Adik...uncle cukup respek sikap babah...Tak jemu-jemu ingin memastikan semua anak-anaknya berjaya ...
Ismanizam - Terimakasih banyak-banyak buat miker yang selama ini tidak jemu-jemu untuk menjadikan diri miker sebagai seorang yang terbaik.Miker sebenarnya mempunyai pengaruh yang cukup besar yob...Teman akui,miker mempunyai PR yang cukup baik..Dari peringkat menteri,ketua jabatan,ketua pengarah,media,VIP,VVIP,kenamaan,jabatan kerajaan dan sebagainya telah miker pengaruhi..Siapa yang tak kenal Isma ?....sebut sahaja dimana-mana semuanya kenal you yob...Syabas ! You Memang Terbaekkk !

2 comments:

  1. Salam Tuan. Boleh dapat no tel atau email sahabat ni? tksh

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan. Boleh saya dapatkan no tel atau email En Ismanizam...? Terima kasih

    ReplyDelete

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com