Thursday, January 9, 2014

Ikan Bakar Kuala Sungai Baru 1.2.2007

Aku dan family menikmati Ikan Bakar di sebuah restoren Kuala Sg Baru,Melaka..Restoren ini memang sudah lama beroperasi di bawah kelolaan LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) cawangan Melaka Barat,Kuala Sungai Baru..
Azim sedang menikmati cuaca petang berhampiran restoren ini.
Restoren ini berada betul-betul di muara Kuala Sungai Baru..Lokasi restoren ini lebihkurang 200 meter di belakang deretan rumah kedai Pekan Kuala Sungai Baru..
Azim sedang cuba merasa sambal nasi lemak...
Ikan disini boleh dikatakan segar dan harga juga berpatutan kerana ianya dikawal oleh LKIM.Aku dan family selalu kesini kerana suasana dan lokasi restoren ini yang menghadap Selat Melaka.Bukan saja ikan tetapi udang,ketam serta lain-lain hasil laut dijual dengan apa jua 'bakar' yang pelanggan mahu..Bakar kering,bakar sambal dan tiga rasa juga disediakan disini..Tak lupa,disini juga disediakan hidangan asam pedas Melaka yang agak menarik dan sedap...
Suasana muara Kuala Sungai Baru dengan bot nelayan berada tidak jauh dari restoren tersebut...


No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com