Aku dilahirkan dari sebuah keluarga yang sederhana...Dari generasi Datuk dan Nenek aku,kiranya aku ni generasi ketiga iaitu peringkat cucu...Tetapi,keluarga aku cukup ramai..Aku ceritakan serba sedikit berkaitan susur galur keluarga aku....Datuk aku (Allahyarham Maalom Endut ) merupakan emak aku punya ayah..Datuk aku ni memang cukup terkenal di Kampung Chinchin,Jasin,Melaka..kalau peringkat usia 45tahun keatas , sapa-sapa yang tak kenal Arwah datuk aku ini,dia sebenarnya bukan orang Kg Chinchin...Oklah berbalik kepada kisah keluarga aku (sebelah emak aku ni...)
Aku ni jenis manusia yang suka kepada sesuatu kelainan serta keunikan dalam aku menjalankan rutin kehidupan seharian aku...Aku ni jenis yang suka melakukan kerja-kerja yang diluar jangkaan seseorang.Aku suka kepada kelainan dan ingin sentiasa menghasilkan sesuatu perkara yang baru...Setiap yang akan aku lakukan,aku ingin menghasilkan KEJAYAAN dan KEMENANGAN !..Dalam diri aku sebenarnya tak ada istilah GAGAL !....Justeru itu,aku cuba mencipta suatu kelainan dalam keluarga aku...Aku cuba lakukan yang terbaik buat keluarga aku..Walaupun agak mustahil,tapi aku gagahkan usaha aku demi untuk mengujudkan kejayaan dan keharmonian buat keluarga aku sendiri...
Pada awal tahun 2000,timbul dalam benak kepala aku untuk mengujudkan salasilah atau susur galur keluarga aku bagi sebelah emak.Emak kesayangan aku ini mempunyai 9 orang adik beradik..Aku rasa bersyukur dan bertuah dilahirkan dalam keluarga Maalom Endut ini kerana semua bapa saudara,emak saudara,anak saudara,sepupu serta semua kaum keluarga aku adalah jenis yang sporting dan mudah mesra.Jadi,aku sendiri terfikir dan berusaha untuk mengujudkan "AHLI KELUARGA MAALOM"..Mungkin ramai yang tak tahu betapa sukarnya untuk aku mulakan usaha menghasilkan sebuah keluarga yang harmoni seperti ini...Aku memerah otak,mencari idea serta mengembeling tenaga dan kudrat aku untuk menghimpunkan seluruh ahli keluarga dan sanak saudara aku yang berjumlah lebih 200 orang pada waktu itu..Itu belum lagi yang mempunyai ikatan bau-bau bacang atau bau-bau bacin lagi...hihii...
Sebagai usaha dan langkah pertama diawal penubuhan Keluarga Maalom ini ,aku sendiri terpaksa menziarahi setiap keluarga sebelah adik beradik emak aku..Aku sendiri datang berjumpa emak saudara aku,Mak Ngah Saurah di Loji Air,Bapa saudara aku - Arwah Pak Uda Apit di Melaka,Pak Uteh Wahid di Kelang,Pak Itam Wahad di Taman Maju Jasin,Pak Andak Din di Palong 7,Pak Lang Atan di Seremban,Pak Cik Yunus di Palong 6 dan Pak Cu Jaafar di Chinchin....Semuanya aku jumpa dan berbincang dengan bapa dan emak saudara aku itu tentang niat suci dan hajat murni aku ini...Syukur Alhamdulilah,semuanya menerima idea dan cadangan aku untuk mengujudkan KELUARGA MAALOM tanpa bantahan.Aku rasa berbangga dan cukup bertuah kerana mereka memberikan sokongan penuh kepada anak buah 'kesayangannya ini' untuk menjadikan sebuah impian menjadi suatu kenyataan..
Langkah Pertama !..seawal tahun 2001 aku telah mula mengujudkan pengkalan data semua saudara mara,suku sakat serta seluruh anak-anak serta cucu dan cicit Keluarga Maalom.Alhamdulilah,sepupu-'sepipit' aku ni semuanya jenis aggresif dan proaktif..mereka banyak membantu memberikan maklumat dan data keluarga masing-masing kepada aku.Aku mendapat sokongan dan segala data serta salasilah keluarga aku dan berjaya dikumpulkan walaupun mengambil masa hampir 6 bulan..Tak apa,janji ianya terus bergerak dan berjalan lancar.
Langkah Kedua !..Pada tahun 2002,Buat kali pertama aku telah menganjurkan suatu perhimpunan raksaksa keluarga aku iaitu Perhimpunan Keluarga Maalom 2002...Walaupun first time aku menganjurkan perhimpunan ini,namun ianya telah menghasilkan kejayaan terbaik buat keluarga aku....Perhimpunan ini semestinya mendapat liputan meluas dari media tempatan..Tahniah buat semua !
Langkah Ketiga !..Tak cukup dengan perhimpunan itu,pada penghujung tahun 2002,aku berjaya menganjurkan Hari Keluarga Maalom yang berlangsung di Pantai Pengkalan Balak,Masjid Tanah.
|
Family Day --- Red Day ! |
|
Adik beradik aku...Al Fatihah buat Bang De..Abd Jabar yang telah pulang kerahmatullah pada tahun 2012 |
|
Aksi Menarik semasa sukaneka di Pantai Pengkalan Balak |
|
Bapa dan Emak Saudara yang banyak memberi sokongan kepada aku |
|
Acara menganyam ketupat untuk kaum ibu |
Seterusnya ...Perhimpunan Keluarga Maalom bersempena Aidlifitri bagi tahun 2003 terus diadakan.Bertempat di rumah Pak Itam Wahad,Taman Maju,Jasin,seluruh keluarga aku hadir memeriahkan perhimpunan kali ini.
|
Suasana yang cukup meriah buat seluruh keluarga aku apabila menjelang hariraya |
|
Setiap Perhimpunan Keluarga,pastinya akan tersiar dalam Media... |
Perhimpunan Keluarga merupakan hari yang cukup ditunggu-tunggu oleh seluruh ahli keluarga aku..Dikesempatan perhimpunan ini kami semua dapat berjumpa,beramah mesra serta mengenali antara satu sama lain.
Keluarga Maalom seterusnya berjaya menganjurkan Hari Keluarga 2003 yang berlangsung di Pantai Kuala Linggi,Kuala Sungai Baru,Melaka..Seperti biasa,aku adalah merupakan ketua penyelaras Keluarga Maalom.Aku orang yang paling sibuk..Apapun,aku seronok dan cukup gembira kerana adik beradik,sepupu serta bapa saudara yang lain membantu dan menyokong usaha aku selama ini..Itu yang bertambah semangat.
|
Suasana Hari Keluarga 2003 yang sempat aku rakamkan... |
Perhimpunan Raya 2004 telahpun berlangsung di rumah Pak Uda Apit di Taman Balkis,Jalan Malim,Melaka.Seperti biasa,kami semua berkumpul pada 2 hariraya tahun tersebut untuk berjumpa seluruh sanak saudara,bermaaf maafan dan sambil menjamu selera.Sesungguhnya,perhimpunan ini mengeratkan lagi tali silaturrahim serta memeriahkan suasana hariraya buat keluarga kami.
|
Afiq sedang bergambar dengan Tok Uda dia..dia paling banyak dapat duit raya pada masa tu.. |
Perhimpunan Keluarga Maalom 2005 telah berlangsung di rumah Pak Andak Din,Felda Palong 7,Gemas Negeri Sembilan bersempena Hariraya Aidilfitri tahun tersebut.Memang cukup meriah dan dihadiri oleh seluruh ahli keluarga aku..
|
Group Photo |
|
suasana raya.. |
|
Paling best..terima duit raya |
|
kanak2 bawah umur |
|
ramai yg datang |
|
makan ikan sembilang salai palong 7 |
Perhimpunan Keluarga 2006 telah berlangsung di Rumah Pak Lang Atan di Seremban.Aku juga merupakan tuan rumah untuk majlis perhimpunan tahun ini.Maklumlah,tinggal berhampiran rumah Pak Lang Atan,rumah aku menjadi persinggahan seluruh keluarga aku...
|
Mesti glamour..tak sah kalau tak masuk paper..tersiar dalam Berita Harian beberapa hari selepas majlis tersebut. |
|
Inilah gambar yang digunakan pemberita untuk disiarkan dalam Berita Harian...Tahniah ! |
Perhimpunan Keluarga 2007 telah berlangsung di rumah adik aku..Mohd Roslan di Taman Seri Chinchin..Pihak Media telah mempromosikan perhimpunan keluarga aku ini sebagai suatu bahan berita menarik.
|
Ini gambar hitam putih... |
|
Ini gambar color...Apapun,perhimpunan keluarga aku sentiasa tersiar dalam suratkhabar... |
Perhimpunan Keluarga 2008 telah berlangsung di rumah Pak Uteh Wahid Kelang..Perhimpunan ini juga adalah bersempena meraikan Pak Uteh Wahid dan Mak Uteh Salmah yang akan menunaikan ibadah haji pada tahun 2008 ini.Perhimpunan ini adalah permintaan Pak Uteh sendiri agar semua keluarga aku berhimpunan di rumah beliau...Kami menunaikan janji beliau dan semua ahli keluarga aku berkumpul di rumah beliau di Pandamaran Jaya,Kelang pada tahun tersebut..
|
Pak Uteh sedang menerangkan sesuatu kepada Pak Lang |
|
Ramai yang hadir |
|
Hadiah dari aku untuk tuan rumah..Pak Uteh Wahid |
|
Group photo |
|
Seronok dapat berjumpa seluruh ahli keluarga.. |
Perhimpunan Keluarga tahun 2009 berlangsung di rumah Pak Cik Yunus,Felda Palong 6,Gemas,Negeri Sembilan..Ramai keluarga aku hadir dan melibatkan seluruh tiga generasi salasilah keluarga aku...Perhimpunan kali ini cukup meriah kerana ianya dihadiri oleh ramai sanak saudara dari seluruh pelusuk tanahair..Pak Cik Yunus terpaksa menyediakan 2 buah kanopi untuk menampung kehadiran kami...
|
Tiga Generasi Keluarga kami 2009...Syabas !! |
|
Gambar yang digunakan untuk siaran akhbar...Paling best disini ialah : Hidangan Ikan Salai !!! |
Seterusnya aku memnganjurkan Perhimpunan Keluarga Maalom 2010 yang berlangsung di rumah Pak Cu Jaafar,Jalan Loji Air,Chinchin.Kali ini,perhimpunan berlangsung di tempat asal usul kami iaitu di rumah peninggalan arwah datuk dan nenek aku..Makin ramai yang hadir kerana keluarga aku juga bertambah ramai.300 orang keluarga aku yang hadir dicatitkan sebagai rekod baru kehadiran setiapkali perhimpunan keluarga aku.Tahniah buat semua yang hadir..Paling menarik,ada hadiah nombor bertuah serta pakaian tercantik disediakan oleh Pak Cu Jaafar..
|
Group photo sebagai acara rasmi untuk siaran media.. |
|
Perhimpunan paling meriah 2010 kerana diadakan bermula dari pagi sehingga tengah malam..Jemputan cukup ramai..Tahniah Pak Chu Jaafar ! |
Perhimpunan Keluarga Maalom 2011 telah berlangsung di rumah Pak Itam Wahat,Taman Maju,Jasin,Melaka...Makin hari makin ramai dan aku cukup bertuah mempunyai ahli keluarga yang begitu ramai.Tahniah buat Pak Itam sekeluarga yang sudi menyediakan hidangan menarik buat kami yang hadir..Bukan hidangan yang kami pentingkan tetapi,perjumpaan,kemesraan dan ukhwah yang kami cari.
|
Keluarga aku , tanggung jawab aku !!...cewah |
|
Utusan Online telah tersiar berita perhimpunan keluarga aku... |
Perhimpunan Keluarga Maalom tahun 2012 telah berlangsung di rumah Pak Cik Yunus,Felda Palong 6,Gemas,Negeri Sembilan..Sekali lagi rumah Pak Cik Yunus ,Felda Palong 6 menjadi lokasi perhimpunan raya keluarga aku bagi tahun 2012 setelah kejayaan perhimpunan yang sama pada tahun 2009..
|
Memang Glamour Family aku..tiap-tiap tahun keluar suratkhabar |
|
Gambar selepas menikmati hidangan Ikan Haruan dan Baung Salai !!! |
Perhimpunan Keluarga Maalom 2013 berlangsung di rumah Nooraszlin Atan di Seremban,Negeri Sembilan.Buat kali kedua,Seremban menjadi lokasi sambutan perhimpunan tahun ini.Rumah baru sepupu aku,Nooraszlin menjadi tempat kami berhimpun...Ramai yang hadir dan aku antara orang paling sibuk sepanjang perhimpunan berlangsung..Hilang penat dan letih melihat seluruh keluarga hadir meraikan hariraya pada tahun tersebut.
|
Gambar beramai-ramai..aku tak der? |
|
Ohhh..yang handsome tu aku..hihiii |
|
Terima duit raya |
|
Masyukkk |
|
Paling best yg dinantikan oleh kanak-kanak |
|
kemeriahan raya keluargaku 2013 |
|
Menarik |
|
Menanti hidangan |
|
Jumpa semua |
|
Sinar Harian tersiar berita perhimpunan keluarga aku... |
|
Berita Harian menyiarkan beberapa hari selepas Sinar Harian menyiarkan berita tersebut.. |
Pada tahun 2014 / 1435H , Perhimpunan Raya Keluarga aku diadakan di Felda Palong 7,Gemas,Negeri Sembilan.Bertempat di rumah Pak Andak Din aku .Semua waris serta sanak saudara aku datang berkumpul.Keseronokan berkumpul bersama seluruh sanak saudara adalah saat paling menggembirakan setiapkali menjelang hariraya.
|
Pembayaran Zakat Keluarga-Duit Tabung Keluarga |
|
Antara Yang Hadir |
|
Pemberian Duit Raya untuk kanak-kanak bawah umur |
|
Saat yang paling menggembirakan oleh kanak-kanak..Masyukkkk |
|
Group Photo..aktiviti wajib sebagai kemuncak majlis Perhimpunan Raya 2014 keluarga aku. |
Tahun 2015/1436H akan diteruskan lagi tradisi Perhimpunan Raya keluarga aku...Untuk Tahun 2015,aku akan pastikan suatu perhimpunan besar-besaran buat seluruh keluarga aku...Tunggu !! dan nantikan !!
No comments:
Post a Comment
Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com