Tuesday, June 11, 2013

Kakak Yang Aku Sayangi...

Azizah Bte Jalil....

Beliau merupakan kakak kandung aku..aku cukup rapat dengan beliau..Beliau adalah kakak aku,beliau juga adalah kawan dan beliau juga adalah tempat aku meluahkan perasaan suka,gembira,sedih serta sama-sama berkongsi pendapat..TAPI !!!...awal Januari 2009,kakak kesayangan aku ini jatuh sakit...beliau terlantar dirumah sehingga ke hari ini..Setiap masa aku sentiasa memohon kepada Allah agar kakak aku ini sihat dan pulih seperti sediakala...Selama ini rasanya kering airmata aku mengenangkan nasib kakak kesayanganku ini...Gambar diatas merupakan gambar yang aku ambil semasa dia datang berkunjung  kerumah aku ke Seremban beberapa bulan sebelum dia jatuh sakit..Aku cukup sedih dan kami sekeluarga cukup simpati dengan beliau,abang ipar aku serta 3 orang anaknya...Seluruh keluargaku mengharapkan agar kakak aku pulih seperti sediakala dan ceria seperti sebelum ini...Kepada Bang Zainal,saya cukup kagum atas kesabaran dan pengorbanan Bang Zainal dan saya bertuah mendapat abang ipar seperti Bang Zainal..Kepada Ainal Yaqin,Ainal Hakim dan Aina Huda,pakcik harap korang bertiga akan terus menjadi manusia yang berjaya suatu hari nanti..Balas jasa ibu dan ayah yer...Pakcik harap anak-anak sedara pakcik ni akan terus menjadi insan cemerlang suatu hari nanti,Insyallah..Pakcik sayangkan ibu dan amat terharu bila melihat dan menatap wajah ibu setiapkali pakcik datang kerumah  melawat ibu...Ya Allah !! berikanlah kami kekuatan dan ketabahan agar segala dugaanmu ini memberikan rahmat dan hidayah buat kami sekeluarga..Untuk Emak,saya cukup berbangga atas ketabahan dan pengorbanan emak yang setia menemani Kak Lang selama Kak Lang terlantar sakit..Buat Kak Lang,Lin tetap sayangkan Kak Lang dan sentiasa berdoa agar Kak Lang akan sembuh seperti sediakala..Amin.

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com