Sunday, September 19, 2010

Zaman Persekolahan Aku

Peringkat Menengah,aku bersekolah di Sekolah Menengah Datuk Bendahara Jasin,Melaka.Bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5.Aku cuma ingat beberapa guru yang mengajar aku seperti Cikgu Misratin Mispani,Cikgu Marsilah Ibram,Cikgu Safiah Mohd Sultan,Cikgu Normi Jantan,Cikgu Rabiah Husin,Cikgu Faridah Fadil,Cikgu Zainon Abdullah.........eh,Cikgu Perempuan jer..? Tak,aku masih ingat lagi Mr Tara Singh (mendiang),Cikgu Ali Aman,Cikgu Osman Md Tana,Cikgu Osman Wahab,Cikgu Noorsir Sarip dan ramai lagi yang dah lupa...Masa tu,Pengetua Cikgu Rahmat Jantan dan Penolong Kanan-Cikgu Jalil Morah....
Zaman sekolah menengah,aku taklah sebagus mana.Kawan-kawan memang ramai tapi aku cuma mampu lulus SRP dan sekadar pangkat 3 - SPM...itulah hasil yang aku perolehi akibat tak bersungguh-sungguh menumpukan pelajaran..Buat Ibuku dan arwah bapa aku,aku mohon maaf kerana gagal membawa kecemerlangan dalam keputusan SPM aku....Insyallah,aku akan perbaiki masa depanku demi untuk keluarga,bangsa dan agama....Bila ? Macamana ?...sabar..nantikan seterusnya..
Kepada semua kengkawan di SMDB,Jasin..aku harap korang sentiasa success sentiasa...

No comments:

Post a Comment

Terimakasih kerana sudi membaca blog saya.Sebarang pertanyaan,komen serta maklumbalas boleh email terus ke : afqbiz@gmail.com